Epilogue 1

961 47 0
                                    

"Captain Dylan, adakah anda berjanji akan membawa saya ke mana sahaja yang saya inginkan?"

"Yes my future, I janji. I'll take you everywhere you want. As long as you love me, my precious Kamilia"

Saat itu aku dan Dylan di tepi pantai bersama matahari terbenam mengindahkan lagi kenangan lama.

Bayangan Dylan pergi meninggalkan aku juga ada pada ketika itu. Aku tidak mampu mengikutinya.

"I'm sorry. I will never forget you. You'll always in my Dua. You once made me happy" hanya itu kata-kata yang keluar dari mulutku apabila melihat Dylan pergi meninggalkan aku di belakangnya.

-

Aku terjaga bersama air mata yang membasahi batal kepalaku.

Dengan cepat aku sedarkan diri untuk kembali ke dunia nyata.

Aku pusing kekiri dan senyuman di bibir aku terukir.

Rayden.

Dia sedang fokus melihat skrin tabletnya sehingga tidak menghiraukan aku.

"Awak?" panggilku lembut.

Rayden terdengar panggilanku dan terus meletakkan tabletnya di atas meja dan menuju ke arahku bersama senyuman lengkap di bibirnya.

Dia duduk di kerusi pelawat sebelahku.

"Sayang dah bangun?"

Aku mengangguk

"Nak air? atau makan?" tanya Rayden.

Aku menggeleng.

"Athalia dekat rumah mama tau sayang" kata Rayden sambil mengusap lembut kepalaku.

Aku mengangguk lagi.

"Um.. sayang boleh tunggu sekejap? Saya nak keluar ambil barang. Ada benda yang saya nak tunjuk pada awak, sayang" kata Rayden bersama riak wajah misterinya.

"Baiklah" aku menjawab dengan penuh senyuman manis.

Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu bilikku.

Karl.

Dia datang untuk menjengukku hari ini.

"Saya suruh dia datang tengok sayang sekejap sementara saya keluar ambil barang" kata Rayden yang menjelaskan sebab kehadiran Karl hari ini.

"Aku datang bukan sebab kau suruh. Aku memang nak tengok Aireenku cantik ni" balas Karl.

Aireenku cantik. Dah lama aku tidak mendengar panggilan itu. Aku tersenyum mendengarkannya. Teringat akan kenangan lama.

Rayden malas ingin berlawan lidah jadi dia hanya membiarkan Karl bersamaku.

-

"You sihat?" tanya Karl

"Alhamdulilah I sihat" aku menjawab.

Situasi di antara kami kembali diam. Tidak tahu harus berbual apa.

Akhirnya aku memulakan perbualan.

"Karl.. boleh I minta tolong dengan you?"

Karl mengangguk menanti lanjutan kata dariku.

"I nak minta tolong you supaya jagakan Rayden
untuk I...."

Dapat aku lihat wajah Karl bertukar mendung.

"Tolong jangan bagi dia bersedih terlalu lama. Tolong sentiasa ada di sisi dia. I tak mampu untuk ada dengan dia lama-lama. I tak tahu berapa banyak lagi masa yang I ada. Anggaplah ni bayaran you pada I sebab kenalkan you dengan Bella. Ni satu-satunya permintaan I pada you, Karl. You janji dengan I ya?"

Karl mengeluh sebelum menjawab.

Nampak Karl sangat dihimpit pelbagai perasaan pada ketika itu. Nak tak nak, hanya persetujuan sahaja yang dia mampu membalasnya.

"I janji."

Aku melemparkan senyuman kepadanya.

Suasana kami senyap seketika sebelum Karl memulakan bicara yang membuatkan aku terharu mendengarnya.

"I pernah suka you dulu Aireen. Dan I ingat I akan jadi watak utama dalam hidup you. Tapi nak buat macam mana kan? Allah maha mengetahui. I hanya watak sampingan saja dalam hidup you sebab I ditakdirkan untuk menjadi watak utama dalam hidup kawan you, Isabella. Dan you ada lah watak utama dalam hidup kawan I, Rayden. You seorang yang sangat baik. Sebab tu I jatuh cinta pada you.
I.. I tak boleh jamin yang Rayden akan lupakan you. Tak mudah untuk dia. Sedangkan I pun susah untuk lupakan you dulu"

Aku diam menunggu dia menghabiskan kata-katanya.

"I tahu.. Rayden akan ambil masa yang lama untuk lupakan you. Dan I tak boleh nak halang atau paksa dia untuk cepat-cepat lupakan you."

"You tak payah fikirkan benda yang belum berlaku. Tenangkan saja fikiran you. Okey?"

Aku mengangguk mengerti. Memang benar semua kata-kata Karl itu.

Cuma ada satu yang silap di tutur katanya.

Dia bukan watak sampingan di dalam hidupku.

"You bukan watak sampingan Karl. You juga salah satu watak utama dalam hidup I. Tanpa you, I tak akan kenal lelaki sebaik Rayden. You pun penting dalam hidup I Karl. Selama I kenal you, you selalu buat I tersenyum dan ketawa. You baik. Baik sangat. I beruntung ada you dalam hidup I. Thank you Karl. Thank you so much for being my friend."

Karl turut tersenyum sambil mengangguk sekali tanda menyetujui kata-kataku. Wajahnya nampak riak berlagak sikit. Hahaha.

up until now, i've been always thankful that i had a chance to meet and to know you, a lovely and beautiful person. I am lucky to have you as my friend too" balas Karl

Aku juga membalas senyuman kepada kata-kata Karl itu.

"Sampaikan salam sayang I pada Bella ya."

Itu adalah kata-kata terakhirku pada Karl.

Takdir Yang TerindahWhere stories live. Discover now