Part 16

576 51 2
                                    

Dylan tak curang. Dia tak akan pernah melukakan hati aku. Tak akan.

Ambil masa juga aku nak menjawab. Tak pasti adakah sekarang masa yang sesuai untuk aku bercerita atau tak. Memandangkan aku baru saja kenal mereka berdua sebulan yang lepas.

"I yang putuskan. Pada malam yang sepatutnya menjadi malam bahagia. Anniversary kami yang ke-6"

Aku mula membuka cerita. Sekali lagi aku dibawa ke arus masa lalu. Enam bulan yang lalu. Enam bulan yang menyedihkan.

Pada malam itu Dylan berpakaian segak. Sut hitam lengkap bersama kemeja putih sebagai undershirtnya. Aku pula mengenakan gaun hitam separas lutut. Potongannya mengikut bentuk badan, tak ada lah sendat hingga menjadi seperti kulit keduaku. Tapi tetap buatkan lekuk hour-glassku yang menjadi impian setiap wanita itu kelihatan. Rambutku disanggul tinggi dan diletakkan dua cucuk sanggul berlian sebagai perhatian.

Ruangan yang dipenuhi lilin dan bunga-bunga segar di sekeliling meja bulat itu membuatkan situasi pada ketika itu sangat romantik. Namun hal itu tidak memberi sebarang reaksi teruja atau gembira padaku. Wajahku kosong.

Tatapanku fokus kepada seorang lelaki yang sedang berdiri menungguku di tepi kerusi.

"Come sayang. Have a seat" katanya.

Lelaki itu adalah Dylan.

Aku melemparkan senyuman palsu padanya. Dia menarik kerusi di tepinya itu sebagai isyarat untuk aku duduk. Aku mengikutinya sahaja.

"Happy 6th Anniversary Kamilia. I love you again today, yesterday and forever" ucapnya bersama senyuman yang sangat aku rindukan pada ketika ini.

Aku diam tidak membalas.

"Sayang? Kamilia? kenapa ni? What's wrong?" tanya Dylan.

"Kita habis sini ya" kataku tiba-tiba.

Aku tak mampu nak ucapkan kata-kata itu sambil memandang tepat ke arah wajah Dylan yang pastinya sedih dengan kata-kata aku.

Dia diam. Aku juga diam.

Suasana senyap di antara kami.

Aku masih tidak mampu memandang wajah Dylan yang dari tadi sedang menatap wajahku yang tidak keruan itu.

"You serious ke?" tanya dia yang hanya menerima anggukan sahaja daripada aku.

"Kenapa? We're good right? Tak ada masalah pun kan? I ada buat salah ke?" tanya Dylan lagi. Kali ini suaranya sedang menahan sebak.

Aku diam lagi. Menutup mata juga untuk menahan sebak.

"Kamilia, please tell me. Kenapa ni?"

"You akan jadi suami orang esok kan" balasku sambil air mata mengalir keluar.

Dylan diam tidak bersuara.

Lama kami berdiam.

"5 months. Give me 5 months only" Dylan bersuara.

Aku angkat kepala memandang muka Dylan yang juga kelihatan sedang menahan tangisan. Aku tidak mengerti maksud "5 months" yang dikatakan olehnya.

"I just need to marry her for only 5 months. Then I akan ceraikan dia"

Sungguh aku tak sangka Dylan mempunyai hasrat sebegitu rupa. Sangat tidak bertanggungjawab. Satu sisi yang baru tentang Dylan.

Dylan melutut di tepi sisi aku sambil tanganku digenggam erat olehnya. Wajah sayu Dylan buatkan hati aku makin sakit. Sakit melihat dia menangis seperti ini.

Takdir Yang TerindahWhere stories live. Discover now