Part 28

637 48 2
                                    

"Nampaknya kita tak sempat ziarah Dylan hari ini" kata Rayden.

"Kita pergi hari lain ya Aireen?"

Aku mengangguk setuju.

"Rayden... boleh saya minta izin?" aku bertanya

Rayden mengangguk.

"Boleh saya minta izin baca buku nota yang ditinggalkan oleh Dylan?"

Rayden diam seketika tapi wajahnya seperti menyetujui permintaanku.

"Terpulang pada awak. Asalkan awak bahagia" kata Rayden.

"Saya keluar ya? Saya bagi ruang pada awak untuk membaca. Kalau ada apa-apa awak panggil saya ya?" tambah Rayden lagi sebelum berjalan keluar meninggalkan bilik tidur kami.

Aku mencapai buku nota yang dahulunya aku berikan kepada Dylan. Keadaan masih cantik dan bersih seperti asal. Tiada yang berubah. Dylan menjaga buku ini dengan sangat baik.

Aku kentalkan hati untuk membaca.

Jika dikira hari ini merupakan hari ke-11 setelah pemergian Dylan. Masih baru pemergiannya. Namun aku tidak meratapi.

Sehelai demi sehelai buku nota itu aku selak. Terlalu banyak kenangan bahagia kami yang mampu membuatkan aku tersenyum gembira, mengimbau kenangan lama.

Selakkan aku terhenti apabila aku melihat ada tulisan yang bukan milik aku.

Milik Dylan.
Dylan juga menulis di buku ini. Helaian terakhir yang aku tulis tidak terhenti di situ.

Dylan meneruskan penulisan yang seterusnya. Di mana aku tiada lagi bersamanya. Helaian demi helaian aku selak. Setiap helaian yang ditulis olehnya membuatkan aku menitiskan air mata. Terdapat satu helaian yang membuatkan aku tak dapat menahan tangisan aku lagi. Tangisan aku pecah. Setitis demi titis jatuh jua membasahi buku nota kertas itu.

"You're my future, Kamilia. You're the story that I always wanted to tell the whole world.. But now.. you're like a sunset and i'm like a sunrise. We both chasing a different sky."

Halaman seterusnya aku selak lagi bersama tangisan yang cuba aku kawal.

Dylan menulis tentang keadaan dirinya setelah berpisah denganku serta tentang kisah dirinya dan Amylia, bekas isterinya.

"Hari ini I pergi Penang. Tenangkan fikiran I lepas bercerai dengan Amylia. Dia sangat baik tapi I tak nak terlalu kejam dan pentingkan diri. I lepaskan dia untuk bersama orang lain. Yang lebih layak memiliki hati dan perasaan dia. Tapi siapa sangka, I ternampak you duduk di tepi pantai. Bertudung. Cantik sangat. I nak pergi dekat you tapi langkah I terhenti bila nampak you bukan seorang diri. You bersama orang lain. Lelaki. You tersenyum pada dia. You nampak sangat bahagia Kamilia. I tak marahkan you. I tak akan pernah marah you. I terus palingkan pandangan I. I percaya lelaki itu hanyalah kawan baru you sahaja. Kan?"

Dylan tiada jawapan akan persoalan itu.
Aku sungguh tidak sangka bahawa Dylan sudah bercerai dengan Amylia. Seperti dia katakan padaku, dia hanya menikah bersama Amylia hanya untuk sementara. Sungguh aku tidak percaya!

Lagi aku tak percaya bila dia kata dia nampak aku di Penang! Dia pernah beritahu tentang pelan hidupnya yang akan bersama Amylia tapi ternyata.. itu hanyalah penipuan semata-mata.

Aku selak lagi helaian seterusnya.

"I'm still thinking about you Kamilia. I always tell myself to forget you so I can move on slowly, starting a new life without you.. but no matter how hard I try to fill up my mind with work, I still miss you Kamilia. I terlalu rindukan you..
Can you please come back and love me again Kamilia?"

Sekali lagi Dylan tiada jawapan akan pertanyaannya.

Ya Allah rasa sakit di dadaku kembali. Perit aku memikirkan keadaan Dylan ketika dia menulis di buku ini.

Sampai di helaian terakhir yang di tulis oleh Dylan membuatkan air mataku pecah tidak dapat dibedung lagi. Air mataku jatuh berjurai-jurai bersama hati yang sakit dan pedih. Terasa seperti dihiris pisau yang tajam.

"Helaian ini akan menjadi helaian terakhir yang I tulis. Lepas I jumpa you semalam, I rasa tenang. Buat kali pertamanya I rasa sangat tenang selepas kita berpisah. Sebelum I jumpa you, I masih berharap hati you untuk I.. I masih berharap dan yakin yang you masih cintakan I.. Dan kalaupun hati dan cinta you bukan untuk I lagi, I berdoa yang hati you akan kembali pada I.. Tapi semuanya berubah selepas I jumpa you.. mungkin sebab I nampak you betul betul bahagia tanpa I. atau mungkin sebab I tak perlu risaukan tentang you yang I ingat akan bersedih sebab perpisahan kita. Jadi bila I nampak you bahagia tanpa I, I buat keputusan untuk tutup kisah kita selamanya.
Akhirnya I berjaya buat keputusan ni."

"Kalau buku ni ada pada tangan you semula, itu maknanya masa yang dipinjamkan untuk I dah habis. Jadi sebelum terlambat I nak ucapkan terima kasih pada you. You seorang kekasih yang sangat baik. You buatkan I jatuh cinta pada you setiap masa. You adalah cinta pertama I yang I tak akan mampu untuk lupakan. You bagi I kebahagiaan yang mampu letakkan I dimana I berada sekarang. you bagi I kebahagiaan yang buatkan I sentiasa menanti hari esok. You sentiasa ada dengan I masa I susah dan senang. I doakan akan ada lelaki yang mampu bahagiakan you dan sentiasa buat you tersenyum seperti yang I nampak. I harap lelaki tu tak akan buat air mata you menitis, walaupun setitik. I juga harap lelaki tu dapat menjadi masa depan you yang baru. Masa depan yang akan sentiasa kekal bersama you.

Thank you Kamilia, thank you for writing about me, about us. Thank you for giving me a chance to be part of your life although we didn't make it. It was an honour to be part of your story.

Kamilia, in the future, if by some miracle you ever find yourself in the position to fall in love again.. please.. please fall in love with me.
Let's start a new book. New book yang ada you dan I sebagai watak utama.

Our chapter in this book is officially over. This book will always be my favourite book but i can't keep reading and hoping for a different ending right? Maybe the remaining chapter in your life is meant for someone else to finish.
I let you go.
You're free now, my Kamilia."

Kini air mataku penuh membasahi helaian terakhir itu. Buku nota peninggalan Dylan aku bawa ke dadaku. Aku memeluk erat buku itu. Aku menangis teresak-esak sehingga membuatkan Rayden masuk ke dalam bilik tidur kami. Sungguh aku katakan, pada ketika itu aku memang sangat merindui Dylan. Aku rasa sedih akan penulisan terakhirnya.

Buku yang bermula dengan kisah indah, berakhir dengan kedukaan. Kedukaan yang tiada siapa minta.

Aku rasa bersalah kepada Rayden kerana sikapku yang masih memikirkan lelaki di masa laluku.

Rayden cuba untuk menenangkanku dengan membawaku ke dalam dakapannya. Tubuh belakangku diusap lembut olehnya. Rambutku dicium oleh Rayden.

"It's okay.. Everything is gonna be fine. You have me. Kita doa untuk dia ya sayang?" cuma itu kata-kata yang diucapkan oleh Rayden. Tiada langsung kata-kata marah atau kecewa dari Rayden. Dia tidak menyuruhku untuk berhenti nangis. Dia hanya menenangkan aku.

Takdir Yang TerindahWhere stories live. Discover now