Part 18

561 38 0
                                    

Aku merasa agak malu apabila dilihat atas bawah oleh Rayden dan Karl. Tahu lah terpesona dengan penampilan aku hari ni tapi tak perlu lah tenung lama sangat. Rasa awkward pula.

"wow makin cantik" puji Karl dengan mulut ternganga dia tu.

"Cantik." Rayden juga memuji aku dengan sepatah kata.

"Thank you" balasku ikhlas yang mula merasakan pipiku panas kemerahan oleh kerana pujian dua orang lelaki itu.

Ketika aku dan Karl sedang duduk menunggu ketibaan Isabella, Mata aku tertumpu pada Rayden. Tubuh tegap dia bersandar di dinding sambil kaki disilangkan. Fokus pada skrin telefonnya. Handsome. Macam hero dalam drama korea. Tambahan lagi dia pakai jaket kulit warna hitam. Memang perfecto!

Pada saat aku tenung memerhati dia mata kami pun bertemu. Aku malu. Terus palingkan kepala ke sisi sebab tak nak bertentangan mata dengan dia. Tapi malangnya sisi aku ada Karl si buaya darat pula!

"Eh, Aireenku cantik, apa nama kawan you eh? dia ada boyfriend tak? dia cantik macam you ke? sama umur dengan you?"

Banyak betul soalan buaya darat ni. Nasib baik lah aku baik hati nak layan.

"Isabella. Single. I lagi cantik. Sebaya dengan I" jawabku mudah. Ringkas tapi fakta. Lagi-lagi tentang kecantikkan aku tu. Memang betul pun aku lagi cantik daripada Bella. Buktinya masa zaman master dulu ramai lelaki cuba mengurat dia berbanding aku sebab takut aku akan tolak cinta dia orang. Hahaha!

"wow boleh tahan confident juga eh you ni"

Aku jongket bahu
"well, memang betul pun"

Tak lama selepas itu, namaku dipanggil dari jarak yang boleh tahan jauh juga.

"Ireeeennn!"

Ya panggilan yang hanya dipanggil oleh Isabella buat aku ialah Ireen. Singkatan daripada Aireen.

Aku toleh memandangnya. Rindu sungguh! Terus buat drama berpelukan dekat situ. Lantak lah orang pandang pun, asalkan dapat lepas rindu.

"Oh my god" kata-kata yang terucap di bibir Isabella.

"You.. bertudung?" sambung dia lagi bersama senyum manis dan gembira dia lemparkan pada aku.

Ya aku kini bertudung. Walaupun dah lama hasrat ingin bertudung terbuku di hati aku cuma baru hari ini dapat aku laksanakan hasratku itu.

Kak Riana banyak membantu dan memberi nasihat dalam penghijrahan aku. Begitu juga Isabella yang sentiasa hadiahkan tudung selendang buatku pada setiap ulang tahun kelahiran aku. Beruntung kan aku dikelilingi orang yang baik macam ni. Aku bersyukur. Alhamdulilah.

"And... this is dua orang lelaki yang you cerita tu? The one yang jumpa dalam flight and kawan baru you dekat Malaysia?"

"yep" Aku mengangguk.

"Hi, I Karl. Karl Zafran." Karl mencelah. Seperti biasa, Karl yang memang pantang nampak perempuan cantik habis semua dia sapu. Tapi Isabella memang cantik pun. Lagi-lagi manis ayu bertudung. Tapi masih tak boleh lawan aku lah. Hahaha!

"Hi, Isabella" balas Isabella

"So kalau you Karl, you mesti Rayden kan? Lelaki yang mulut sarkastik tu. Kan?" Terbeliak biji mata aku bila Isabella cakap macam tu. Kantoi lah aku burukkan Rayden dekat Isabella. Telan air liur aku bila nampak dekat ekor mata aku yang Rayden tengah tenung aku.

"Handsome" Tambah Isabella lagi.

"Aku tahu" balas Rayden sebelum melangkah pergi meninggalkan aku, Isabella dan Karl.

Isabella apa lagi memang kerja dia mengusik aku lah. Konon aku sesuai dengan Rayden. Tak faham aku padahal dia baru aje tengok muka Rayden.

Karl apa lagi mod mengurat dia memang dia aktifkan sepenuhnya. Tak habis-habis cuba nak berbual dengan Isabella. Selagi tak masuk dalam kereta untuk bergerak ke Penang, selagi tu lah Karl melekat sebelah Isabella. Walaupun Isabella tak layan. Tak putus asa juga dia tu! Lepas tu aku pula jadi mangsa untuk rapatkan dia dan Isabella. Haih nasib sungguh lah.

"Um Aireen, boleh tak you duduk depan? Tiba-tiba I sakit kepala lah. Nak duduk dekat belakang" Walaupun aku tahu Karl auta saja tapi entah kenapa aku ikutkan aje. Dan persetujuan aku akhirnya mengundang seribu satu penyesalan.

"Kau ni memang tak reti tengok maps ke? Patut lah cari kedai kek pun susah. Patutnya tugas kau duduk sebelah aku menyenangkan aku. Ni tak, kau ni banyak benda kena belajar. Betul ke kau lepasan master ni?"

Sakit hati aku dengar dia ungkit kisah lama. Perlu ke? Dan sejak bila tertulis tugas orang yang duduk di tempat duduk penumpang itu adalah tengok maps? Sekarang dah maju dah kan? Letak aje lah telefon dekat phone holder lepas tu tengok sendiri. Tak boleh ke?

Saja je nak bagi aku dosa. Dasar lelaki tak boleh tengok orang senang. Iaitu Rayden. Malang nasib isteri dia nanti. Asyik kena bebel aje.

"Ha mengumpat lah tu" usik Rayden lagi. Sempat pula tu dia palingkan muka pandang aku yang tengah blur cuba nak faham kan maps ni. Asyik ubah route aje.

"Mana ada. Kerja you ni memang asyik menuduh aje kan. Dosa tahu tak?"

Dia senyum sinis.

"I rasa tak boleh lah. You yang selalu salah jalan sampaikan maps ni pun pening. Nanti you berhenti lah kereta sekejap, I minta Bella atau Karl duduk depan balik. Sorry tapi I memang slow sikit bab maps ni" kataku

Hujung bibir Rayden terjongket sikit.
That sexy smirk.. Again.

Kemudian anak mata coklat cairnya jelas tembus ke dasar hati. Dingin. Tapi terpancar sedikit riak nakal untuk mengusik.

"Tak payah. Dah nak sampai dah" katanya.

Aku macam ha? Dah sampai? Lepas tu apa yang dia bising dengan aku? Nampak sangat saja nak cari pasal dengan aku!

Aku menjulingkan mataku ke atas memandang tingkap. Terpesona juga bila nampak pantai sepanjang perjalanan kami tu. Langit membiru sangat cantik. Indah sungguh ciptaan Allah. MasyaAllah.

"Kita dah sampai ke bro?" Karl bertanya setelah sekian lamanya terlena dalam mimpi. Indah sangat agaknya mimpi dia sampai tak terjaga langsung.

"Lah. Kau hidup lagi ke? Ingat kan aku kena hantar hospital tadi. Kut lah kau koma ke apa ke. Risau juga" jawab Rayden sambil menjeling cermin kereta pandang belakangnya yang menyebabkan aku dan Isabella ketawa. Boleh tahan juga lawak jenaka Rayden.

Aku dapat rasakan yang Karl sedang sakit hati sebab tu diam tak menjawab. Hahaha!

Tak lama selepas itu Rayden memberhentikan kereta Audi hitamnya. Dah sampai.

Sama seperti yang digambarkan oleh Rayden tempoh hari. Pemandangan yang sangat cantik. Aku pejamkan mata untuk menghirup udara yang sangat segar pada ketika itu. Berbaloi aku ikut dia dan Karl hari ini.

"Kau pergi lah kalau nak tengok pantai tu. Aku boleh bawa masuk beg dekat dalam resort dulu."

"Thank you pakcik Rayden!" teruja aku pada ketika itu. Aku pun terus tarik pergelangan tangan Isabella untuk menemani aku menghayati suasana pantai yang sangat menenangkan itu.

"Thank you gentleman!" ucap Isabella. Entah pada Karl atau Rayden. Atau mungkin keduanya sekali.

Takdir Yang TerindahWhere stories live. Discover now