Part 9

651 42 0
                                    

Tak lama masa yang aku perlukan untuk menunggu kelibat Rayden muncul.

Sekali lagi Rayden mengetuk cermin tingkap baby boo aku. Hanya dia aje yang berani menyentuh badan baby boo aku! Geram juga bila nampak kesan cap jari dia! Tapi sebab nak minta tolong punya pasal. Aku diamkan aje.

"Cepatnya you sampai" Aku keluar dari kereta untuk berbicara dengannya. Kalau tak nanti dia kata aku benci dia pula sebab bercakap dari dalam kereta aje.

"Aku memang ada dekat area sini je."

Rayden memandang aku atas bawah berkali-kali sampaikan aku rasa kurang selesa. Lagi-lagi pakaian aku ni memang tak cukup kain. Gaun longgar atas lutut sahaja. Ya, agak menjolok mata. Aku tahu tu.

Akhirnya dia berhenti memandang aku dan bersuara "Aku tengok kau okey je, tak ada apa pun"
"Kau saja je nak suruh aku datang jumpa kau kan. Kau bosan kan sebenarnya"

Eh? sejak bila pula aku kata aku kena apa-apa? Aku call dia sebab minta bagitahu pasal location je. Dia yang tiba-tiba nak datang. Salah aku ke? Kenapa lah mesti dia yang angkat call aku. Kenapa bukan Karl? Eh haah! aku call Karl! bukan dia! kenapa dia yang angkat!?

"Tapi I call Karl, not you"

"Karl busy"

Aku diam menanti sebuah penjelasan yang lebih memuaskan. Setakat busy semua orang boleh guna alasan tu. Aku pun selalu guna alasan tu bila mama suruh bawa Zayyad ke playground. Eh! terkantoi pula!

Aku pandang dia, dia pandang aku. Diam.

"Yelah dia busy ada meeting dengan client. Phone dia tinggal dalam kereta. Aku angkat sebab ingat client lain call tapi rupanya kau. Alang-alang aku tak ada buat apa, aku datanglah sini"

Aku pandang Rayden dengan pandangan yang sengaja aku buat konon masih tidak berpuas hati. Saja bergurau.

"Yelah tu, padahal memang sengaja nak jumpa kita" cakap aku sendirian yang memang sengaja nak Rayden dengar.

Aku pun berlalu masuk dalam kereta tinggalkan dia.

"Apa kau cakap?" sempat juga lah aku dengar dia membebel sebab nak suruh aku ulang balik ayat aku tu. Tapi kali ini nasib menyebelahi aku. Aku sempat masuk kereta. Siap sempat jelir lidah lagi. Bergurau namanya.

Rayden pula mestilah tak puas hati. Lama dia tenung aku dengan sepetkan mata dia sikit. Nampak garang lah juga. Tapi aku tak takut pun. Hahaha!

Rayden masih berdiri di luar kereta dan memandang aku. Dia layang-layangkan skrin telefon yang bercahaya itu.

Buzz Buzz. Bunyi notifikasi masuk.
Aku tunduk memandang skrin telefon aku pula

"Seems like you don't need my help right? my beautiful" Tepuk dahi aku baca mesej dari Rayden tu. Aku lupa aku tengah nak minta tolong dia tapi boleh pula aku buat provokasi! Siap jelir lidah lagi! What a bad day Aireen!

Walaupun malu, tapi aku tebalkan juga muka untuk keluar kereta menghadap Tuan Rayden yang amat mulia ni. Kalau tak memang aku yang akan jadi kek malam ni!

Rayden memandang aku wajah yang sangat judgemental. Sambil tangan dia peluk tubuh, kaki bersilang. Memang nampak macam tengah tunggu nak kutip hutang. Seram! Aku tunduk malu memikirkan ayat untuk memohon pertolongannya kembali. Akhirnya sinar idea muncul di akal fikiran aku.

"Pak cik Rayden... boleh tak tolong bawa kan saya ke kedai kek tu?" pinta aku dengan wajah yang aku sengaja buat-buat comel. Suara aku sengaja ubah kepada lebih lembut dan mesra. Senyuman manis juga aku lemparkan. Tambahan lagi, aku pakai gaun putih bunga-bunga kecil. Full package!

Tapi mungkin idea bernas aku ni tak kena dengan situasi dan orangnya. Aku kena reject wei! Rayden tolak dahi aku dengan handphone dia yang keras tu "Auch! Sakit!" adu aku. Tangan aku auto mengusap dahi aku.

"Dramaqueen sangat. Padahal bukan sakit pun" balas Rayden yang langsung tak ada perasaan belas kasihan atau nak minta maaf dengan aku. Yang ada, dia terus masuk dalam kereta aku duduk kat tempat pemandu, kunci pintu.

Terkejut beruk aku dengar bunyi pintu kereta aku dikunci. Padahal aku masih di luar. Kali pertama aku ketuk cermin kereta sendiri minta nak masuk.

Rayden ketawa lepas. Nampak sangat bahagia dapat kenakan aku.

Sepanjang perjalanan aku dan Rayden hanya bunyi lagu-lagu dan lawak jenaka yang diberikan oleh penyampai radio sahaja kedengaran. Aku dan Rayden diam membisu. Aku tak rasa janggal atau pelik tapi aku teringat akan sesuatu.

Melihat Rayden yang berada di sebelahku memandu kereta kesayangan aku buatkan aku teringat pada masa lalu. Masa lalu yang buatkan aku hanyut lagi sekali.

"wow you're such a good driver huh baby" ucapku dengan wajah yang penuh gembira seperti tiada sebarang masalah yang melanda hidupku pada saat itu.

Lelaki yang sedang memandu di sebelahku itu pula ialah kekasihku. Cinta hati dan satu-satunya lelaki yang aku cintai. Seorang lelaki yang tidak akan mampu buatkan aku benci padanya.

"I love you again today, my Kamilia" ayat terakhir yang berada di dalam akal fikiran aku sebelum ada suara yang memanggil aku kembali ke dunia nyata.

"Kau ni dah petang pun berangan. Kut ye pun aku ni sedap mata memandang tak payahlah tenung lam-"

Tanpa aku dapat mengawalnya, beberapa titis air mata aku jatuh membasahi pipi putih gebuku. Hati aku menjadi sedih. Sebuah perasaan yang tak dapat aku elakkan. Perasaan sedih merindukan seseorang.

Rayden yang melihat aku menangis tiba-tiba terus gelabah mencari tisu. Mana taknya aku nangis tiba-tiba memang gelabah lah dia. Lagi-lagi lelaki mana boleh tengok air mata wanita jatuh. Memang auto jatuh lah ego lelaki bila nampak air mata wanita jatuh. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Ya, pengalaman yang mendewasakan.

"Eh! kau kenapa nangis pula ni? Aku tak ada marah pun kan? Aku nak bagitahu kau yang kita dah sampai dekat kek ni." Fuh lembut dan mesra sungguh suara Rayden pada ketika itu. Kalau aku tak menangis masa tu, memang aku saja buat nangis biar dapat menghayati suara handsome dia. Bukan selalu! Hahaha.

Entah kenapa kali ini air mata aku tak berhenti menjurah pula. Selalunya aku dapat tahan lagi. Padahal bukan baru kali pertama aku hanyut dibawa ke masa lalu. Saja je nak bagi aku nampak lemah dan manja depan Rayden!

Aku mengambil masa untuk bertenang, sementara Rayden menunggu aku diluar. Katanya suruh aku habis menangis dulu. Tak tahu sebab dia memang baik atau sebab dia tak suka tengok perempuan lemah macam aku ni. Aku nampak tubuh belakang tegap dia bersandar di pintu kereta. Mungkin menghalang daripada orang nampak aku nangis kut. Entahlah tak sempat nak fikir niat asli seorang lelaki bernama Rayden ni.

Ambil masa beberapa minit juga untuk aku bertenang sebelum akhirnya aku keluar kereta dan tunjuk muka baru lepas menangis aku kat dia. Nak buat macam mana, memang tak dapat elak. Takkan nak terjun bangunan pula kan.

Yang aku suka tentang Rayden ni, walaupun mulut dia ni tak ada insurans dan sangat sarkastik, tapi dia pandai dan cepat faham situasi. Macam sekarang, dia lebih memilih untuk diam daripada tanya sebarang soalan dekat aku. Kalau Karl ni dah bertubi-tubi soalan dia tanya aku.

"Jom masuk kedai ni, tak silap aku pukul 6 petang dah tutup. Sekarang dah pukul 5 Petang." kata Rayden dengan nada suara yang sangat rendah dan lembut. Hilang gundah gulana hati aku buat seketika.

Takdir Yang TerindahWhere stories live. Discover now