Part 30

738 48 0
                                    

Kata Doktor Halimah dan Doktor Natasha kandunganku sihat dan keadaanku juga tidak akan memberi sebarang risiko kepada bayi dalam kandunganku.

Aku bersyukur aku tidak perlu mengorbankan kandunganku hanya untuk diriku sendiri.

Rayden juga turut lega mendengarnya.

Aku telah menjadi seorang mama seawal usia aku 26 tahun. Tak lama lagi aku akan mencecah 27 tahun. Tiada apa yang aku minta. Cukup kebahagiaanku kekal selamanya.

Sejak aku hamil, rawatanku semakin kurang memandangkan kandungan masih di awal usia jadi banyak perkara harus dijaga supaya kesihatan bayi tidak terjejas. Namun hal ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepadaku. Alhamdulilah berkat doa suami dan ahli keluargaku, kesihatanku makin pulih.

-

"Hello mama-to-be!" suara Isabella kedengaran memecahkan kesunyian aku yang menunggunya di kafe.

Namun Isabella tidak keseorangan. Ada Karl bersamanya.

"Amboi, tak bagitahu pun ajak boyfriend" usikku

"Eh! boyfriend pulak! Suka hati je you kata dia boyfriend I. Nanti kalau lelaki lain dengar habislah I, nanti dia orang tak jadi nak ngurat I" balas Isabella.

Aku menjelingkan mata ke atas sambil menggelengkan kepala.

Ya mereka tidak bercinta tapi aku tahu salah satu di antara menyimpan perasaan. Malah Rayden juga perasan akan hal itu.

"Nah, for you"

Tersenyum aku melihat sejambak bunga mawar merah yang dihulurkan oleh Karl.

"Aww so sweet! Thank you!" ucapku

"I teringat yang you suka bunga rose, that's why I beli. Anggaplah hadiah sempena pregnancy you." kata Karl.

Aku terdiam sejenak. Sejak bila aku sukakan bunga mawar?

"Bila pula Ireen suka bunga rose? Siapa beritahu you?" Soal Isabella.

"I nampak lah. Masa dekat airport dulu, ada orang bagi you bunga rose kan?" Jawapan Karl buatkan aku teringatkan masa lalu. Masa lalu di mana hari kepulangan aku ke Malaysia.

Ya aku menerima sejambak bunga mawar daripada seorang lelaki. Dylan.

"Oh" balasku.

"Haah kan, bila ingat balik.. Masa I jumpa you after kita landing.. I tak nampak pun bunga rose tu" kata Karl membuatkan aku menghelakan nafas sebelum menjawab

"Sebab I tak ambil bunga tu." balasku membuatkan Isabella dan Karl keduanya fokus ingin mendengar ceritaku.

"Since masa tu I dengan Dylan dah putus. Jadi kalau I terima nampak macam I masih bersama dia lah. I tak nak beri dia harapan masa tu" jelasku.

Karl kelihatan terdiam kerana merasakan dirinya telah tersalah cakap.

"Hahah don't worry. I'm okay. Dah lama dah kisah tu.. I dah move on" jawabku cuba untuk memberi keyakinan kepada Isabella dan Karl.

"Um.. Baby you girl ke boy?" tanya Isabella.

"Eh you ni, awal lagi.. mana boleh tahu gender" Karl mencelah membuatkan Isabella menjeling kepadanya.

Siap bertikam lidah lagi.

Aku tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Assalamualaikum" mejaku di sapa oleh suamiku.

Takdir Yang TerindahWhere stories live. Discover now