Part 20

653 49 0
                                    

Pada malam ini, aku hanya sendirian di dalam bilik tidur. Isabella mengarahkan aku untuk hanya menunggunya di dalam bilik sementara dia membeli makan malam kami bersama Karl. Walaupun aku dah beritahu Isabella yang aku sudah baik-baik saja, aku tetap dipaksa untuk duduk menunggunya di dalam bilik.

Dah sejam lebih dan Isabella masih belum pulang. Aku bosan dan juga sedang lapar.

Aku membuka sedikit langsir untuk melihat suasana di luar tingkap. Kelihatan lampu masih terang di sekeliling kawasan pantai itu.
Tidak terlalu gelap. Itu yang berada di dalam fikiranku.

Aku membuat keputusan untuk mencapai selendang hitamku yang sedang berada di atas kerusi untuk menutup kepalaku. Aku berjalan keluar dari bilik sejurus telefon bimbitku berada di dalam genggaman tanganku.

"This smell" ucapku sambil memejamkan mataku dan dadaku ternaik akibat menarik nafas yang sangat dalam pada ketika itu.

Aku tersenyum melihat pantai yang gelap itu. Hanya mendengar arus ombak yang sedang berlanggar antara satu sama lain. Satu ketenangan yang sudah lama aku inginkan.

Aku duduk di atas pasir putih yang berlapikkan seliparku itu. Membuang pandang ke arah kegelapan pantai. Fokus aku sepenuhnya milik keindahan Allah swt itu.

Sedang aku melayani perasaan, datang seorang lelaki duduk di sampingku tanpa meminta izin.

Rayden Kim.

Aku membiarkan saja dia duduk di sebelahku. Kami hanya berdiam membiarkan arus ombak berbicara.

"Cantik, kan?" aku memecahkan kesunyian kami sementara mataku masih fokus pada ombak-ombak pantai itu.

"Ciptaan Allah swt memang cantik. Tak ada yang tak cantik." Rayden membalas.

Kami kembali diam.

"Kau selalu pergi pantai?" Soal Rayden.

Aku mengangguk mengeyakan pertanyaannya.

"Dengan Isabella?" tanya dia lagi.

Kali ini aku menggelengkan kepala.

"Dengan Dylan." Aku menjawab.

Aku palingkan kepalaku memandang Dylan yang sedang menantikan sesuatu dari aku.

"He is my ex" Aku bersuara lagi. Kali ini aku tidak menitiskan air mata. Hanya senyuman yang aku berikan.

"Boleh aku tanya?" kata Rayden.

"You mesti nak tanya macam mana I boleh putus dengan dia kan?"

Rayden mengangguk sekali.

"He is going to be a husband... to someone else... And... he is a husband now." Aku menjawab

Tanpa sedar aku mula menceritakan detik-detik perit dalam hidup aku pada suatu ketika dahulu. Di malam sejarah di mana aku minta untuk mengakhiri hubunganku bersama Dylan.

Kali ini aku mampu menceritakan segalanya tanpa menitiskan air mata. Walau setitik. Mungkin kerana saat ini aku berada di suatu tempat yang indah dan sangat menenangkan.

"Kau masih tak boleh lupakan dia?"

Aku diam menunduk sebelum akhirnya mengalihkan pandangan ke arah pantai itu semula.
Aku membetulkan posisi kedudukan aku. Duduk tegak sambil nafas ku hela panjang.

"I tak akan mampu untuk lupakan dia" kataku

"Dylan seorang lelaki dan teman lelaki yang sangat baik pada I. Dia tak pernah buat I sedih apatah lagi buat I menangis. Dia selalu kata yang I adalah masa depan dia." Aku tersenyum sebelum menyambung lagi kata-kataku.

Takdir Yang TerindahWhere stories live. Discover now