TRUTH UNTOLD:END OF THE BEGINNING

Start from the beginning
                                    

"Sebab tu aku taknak bagitau korang awal-awal.Kan tak pasal-pasal aku lagi yang salah?"

"Dan biarkan kami nampak jahat di mata Naifa?"

"Haihh..sejak bila pula topik kita bertukar kepada Naifa ni??"

Khan menjegil biji mata sementara Jimmy pula menyepetkan matanya sehingga hanya membentuk garisan.Ammar mencekak pinggangnya sendiri manakala Fateh berpeluk tubuh.

"Aku tak kira" Jimmy menyambar buku di atas meja sambil mendekatkan mukanya kepada Farhan yang rimas dipandang begitu."Yang aku tahu,kau kena cari jalan macam mana nak minta maaf dengan Naifa.Muktamad!"

"Aku pulak??"

Protes Farhan mati sebaik Jimmy meletakkan telunjuknya merentangi bibir petanda dia tidak mahu mendengar sebarang alasan.

"Salah siapa?" Ammar mendagu dengan cebikan khasnya yang paling menjengkelkan pernah dilihat Farhan setakat ini.

"Oii..."Farhan melaung kawan-kawan 'bertuah'nya itu ketika mereka seorang demi seorang meninggalkannya yang termangu-mangu sendiri.

Eissstttt...Naifa Zahra!!!

*                *                  *

Sebentar-sebentar Jumaat datang lagi dan tahu-tahu sahaja sudah dua minggu berakhirnya Minggu Orientasi para pelajar junior.Selepas melalui minggu yang melelahkan dengan diakhiri dengan kemuncak malam penutupan serta menobatkan STAR OF STARS,rupanya hanya berbaki tiga empat hari lagi sebelum Farhan kembali semula ke hospital untuk menyudahkan bulan-bulan terakhir tempoh praktikalnya.

Sepanjang menyudahkan tetek-bengek tugasannya sebagai Pengerusi MPP,hampir tiap hari dia didatangi Khan,Jimmy,Fateh,ataupun Ammar bahkan sekali-sekala Anita.

Empat makhluk berjambul itu datang untuk menagih janji yang entah sejak bila dipersetujuinya dan dia diperingatkan secara jelas bahawa hal tersebut perlu diselesaikan sebelum mereka kembali semula ke hospital.Sesekali sempat singgah di fikiran Farhan dosa apa yang sudah dia perbuat pada masa silam sehingga balasan untuk dosa tersebut mendatanginya dalam bentuk empat orang pemuda yang sebaya dan selalu membuatkan dia pusing tujuh keliling.Sahabat-sahabat karibnya lagi!

Meminta maaf bagi Farhan bukanlah suatu hal yang sukar tetapi jika menyangkut nama Naifa,segalanya serba tidak kena.Dari dulu lagi.Hakikat bahawa tidak ada seorang pun selain mereka berlima yang tahu perihal Naifa menambah bebannya.

Naifa seperti biasa sesuai dengan reputasinya sebagai magnet yang memiliki kutub bertentangan dengan para kru hazer Minggu Orientasi yang lepas kerap dilihat bersama Raez,Amei dan Uwais.Sudah tentu kerana mereka berkongsi sentimen yang sama sebagai mangsa penindasan kru hazer dar neraka pimpinan Farhan sementara dia dan Uwais dinobatkan sebagai STAR OF STARS Minggu Orientasi.

Dengan pelajar lain baik yang junior atau senior,Naifa baik-baik sahaja namun sebaik sahaja melihat tampang Farhan-raut wajah gadis itu berubah drastik.Bukan tidak pernah mereka terserempak dan jelas-jelas Naifa sanggup berpatah semula ke belakang dan mengambil jalan lain hanya kerana dia sedang menuju ke arah gadis tersebut.

Peluang terbaik hadir pada suatu petang ketika Farhan mendatangi bangunan pentadbiran bagi menghantar sebuah fail yang dipinjamnya beberapa hari yang lepas.Naifa tanpa ditemani sesiapa melangkah satu persatu sambil memerhatikan skrin telefon bimbitnya sehingga tidak menyedari pemuda itu hanya berjarak beberapa ela daripadanya.

Demi apa saja.Jika di belakang Naifa tidak berdirinya Ammar,Fateh,Khan dan Jimmy-Farhan pun tidak mahu juga menunggu Naifa begitu.Perduli apalah dia dengan permintaan mereka kerana Farhan malas sekali berurusan dengan gerombolan penjahat itu tetapi apakan daya.Dia tidak lagi mampu mengelakkan diri kerana keempat-empat mereka berdiri tegak seperti patung batu di Kepulauan Ester itu.

Farhan memandangi mereka minta dikasihani tetapi empat orang pemuda itu tetap bergeming.Dia hanya berani membuka mulut untuk memberi salam setelah melihat Jimmy mengacukan tinju dan membuat jurus seakan-akan patukan bangau di belakang Naifa untuk mengancamnya.

"Assalamualaikum,Naii."

Naifa angkat wajah dan pantas sekali dia mengerutkan kening.

"Walaikumsalam.Ada apa-apa yang saya boleh bantu,senior Farhan?"Lihatlah sinis Naifa menjawab salamnya.

"Tentang minggu orientasi...."

" Peraturan adalah peraturan,senior.Tidak ada apa-apa yang perlu dijelaskan lagi."

Sekilas dilihat Farhan bibir Naifa terangkat membentuk bingkai senyum yang sangat kaku dan tidak ikhlas lalu dengan satu anggukan,dia kembali membuka langkah melepasi Farhan yang kaku di tempatnya berdiri.Begitu sahaja.Tanpa basa-basi.

" See?" Farhan mengetap gigi sambil melangkah menghampiri mereka berempat "Puas hati nampak macam mana Naifa tak endahkan aku sampai begitu sekali?"

Dia tahu mereka dapat membaca fikirannya dan kerana itulah manusia keribo itu segera meraih bahu Farhan dan mengurut-urutnya seraya menggiring pemuda itu meneruskan kuakan kaki.

"You know what,boss?"

Ujar Ammar dengan nada pasti seakan-akan dia merupakan seseorang yang sangat berpengalaman dan itu membuatkan hati Farhan jengkel bukan kepalang.

"Perempuan perlu tahu bahawa kita ini tidak mudah hilang akal kerana mentaliti seperti itulah yang membuatkan mereka paling terkesan.Jika kita kelihatan seperti orang mudah bingung,mereka akan menendang kita begitu sahaja kawan"

Lahh...lupakah dia kami ini merupakan saksi hidup bagaimana berpuluh-puluh kali juga dia ini mati kutu di depan Zakiah dulu? Kini gadis tersebut bakal menjadi tunangannya semata-mata kerana rekomendasi kakak Zakiah yang kebetulan merupakan senior dalam barisan MPP yang lama.Bukan kerana berkat keberkesanan segala macam teori tengiknya itu !

"Apa katamu?" Farhan berbalik menggeser tangan Ammar pada bahunya lalu mengepit leher pemuda tersebut pada celah ketiak " Jangan kau sama kan kejadian kau dan Zakiah dengan aku.Lagi pula,siapa yang paksa aku untuk meminta maaf dengan Naifa?"

Melihat Ammar kewalahan melepaskan diri daripada penumbuk Farhan yang ditorehkan ke arah ubun-ubunnya,gerombolan pendesak yang kurang sukses itu lari berhamburan meninggalkan Ammar yang menderita dan sedang berusaha melepaskan lehernya dari celah ketiak Farhan.

Bertuah punya kawan!! Tunggu giliran kalian ya.

*               *               *

My Dear LoserWhere stories live. Discover now