3

1.2K 106 1
                                    

Luna berjalan kaki menghirup udara Kota Friesland yang riuh-rendah dengan suara-suara orang kota.

Luna berhenti di satu kedai yang menjual manisan. Lama Luna memerhati kedai manisan tersebut.

" Cik Brenda nak saya belikan satu untuk Cik?" soal Xavier apabila melihat Luna seakan-akan tertarik dengan kedai manisan tersebut.

" Saya-"

Luna tiba-tiba merasa sebak. Kedai manisan itu mengingatkan dia dengan dua orang adik lelaki kembarnya. Lucas dan Lucius amat gemar memakan manisan terutamanya coklat.

" Cik Brenda." Xavier memandang wajah sayu milik Luna.

" Tunjukkan saya jalan ke kuburan."

Xavier sedikit terkejut dengan permintaan Luna.

" Saya nak ke sana, sekarang." arah Luna lagi apabila menerima kebisuan Xavier.

" Ba-baik, Cik Brenda."

Xavier tunduk lalu menyiapkan kereta kuda untuk Luna.

Tiba sahaja di tapak perkuburan, Luna segera turun dari kereta kuda.

Luna perlahan berjalan menuju ke arah gaung curam.

" Cik Brenda! Hati-hati!" Xavier segera menahan lengan Luna apabila melihat Luna semakin maju menuju ke arah gaung tersebut.

" Jangan risau, lambat lagi untuk saya mati." ujar Luna lalu melepaskan pegangan tangan Xavier.

Luna mengamati bawah gaung tersebut, kalau dia terjun sekarang ini belum tentu akan menjaminkan kematian untuk Luna seperti sebelumnya.

Dulu Luna pernah terjun ke tasik itu semula kerana ingin mati dan kembali ke dunia asalnya, namun tidak berjaya kerana diselamatkan oleh Xavier.

Kali ke dua, Luna minum racun yang paling kuat di dunia ini, namun masih tidak berjaya apabila ramuan yang dia minum itu adalah ubat tidur bukannya racun.

Cubaan kali ke tiga, Luna terjun dari balkoni biliknya, tetap tidak berjaya apabila berjaya disambut oleh Xavier yang kebetulan baru sahaja keluar dari rumah agam tersebut.

Cubaan kali keempat, Luna melukai tubuhnya dengan menggunakan pisau, tetap sahaja tidak berjaya kerana sempat dicegah oleh Florina dan Rina.

Cubaan kali ke lima, Luna mengupah pembunuh upahan untuk membunuhnya, keputusannya tetap sama apabila pembunuh upahan itu berjaya ditangkap oleh pengawalnya tanpa sedikit pun meninggalkan luka pada tubuh Brenda.

Cubaan yang dia buat selama satu bulan ini cukup membuktikan bahawa Luna ingin kembali ke tempat asalnya. Cubaan membunuh diri tidak berjaya seolah-olah tuhan tidak membenarkan dia mati melainkan tuhan sendiri yang mengambil nyawanya dengan tangannya sendiri.

" Kenapa Tuhan terlalu kejam pada aku." luah Luna, namun dapat didengari oleh Xavier.

" Aku tak nak hidup sebagai Brenda, tolong, kembalikan aku ke tempat asal aku." Luna terduduk di tanah meratapi nasibnya.

" Tolong, bebaskan aku dari hidup Brenda." Luna akhirnya tumpas, dia menangis di kawasan tanah perkuburan tersebut.

Xavier Carlos Smith tunduk apabila mendengar tangisan sayu milik Luna. Hatinya juga terusik dengan tangisan penuh pilu dari Luna.

" Xavier."

" Ya, Cik Brenda."

" Kita balik."

" Baik, Cik Brenda."

" Tolong dukung saya, saya penat." arah Luna sambil mendepakan tangannya ke arah Xavier.

" mengikut perintah, tuanku." Xavier dengan penuh berhati-hati mendukung Luna dan berjalan menuju ke kereta kuda.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now