34

1.1K 83 11
                                    

Kini, Edward berdiri betul-betul di hadapan Raja Frederick. Para bangsawan termasuk keluarga Quez turut berada di dalam dewan itu bersama dengan Edward. Brenda menangis apabila melihat ayahnya terluka parah akibat melawan perintah Edward. Rumah agam pusaka Quez hancur akibat serangan Edward. Begitu juga para bangsawan yang lain. Hanya tinggal Kuil Northstead yang masih lagi megah berdiri menanti ketibaan Edward untuk menghancurkannya.

" Apa yang kamu inginkan?" soal Raja Frederick menatap redup ke arah Edward.

" Kematian keturunan kau. Keturunan Friesland." ujar Edward sambil tersenyum sinis. Edward kini betul-betul hilang kawalan.

Dia juga habis membunuh orang-orangnya sendiri apabila mengetahui bahawa Lazarus berkomplot bersama dengan Ardmore selama 500 tahun ini untuk memanfaatkannya. Walaupun Lazarus berkomplot bersama dengan Ardmore, dendamnya lebih kuat berbanding kesepakatan antara dia dan Ardmore. Tetapi rahsia yang selama ini dijaga rapi oleh Lazarus, terbongkar oleh setiasusaha Frederick yang terdesak ingin hidup apabila Edward menyerang kediamannya. Lazarus ingin menjelas hal itu namun belum sempat dia membuka mulutnya, Edward sudahpun memenggal kepalanya terlebih dahulu.

Kini hanya Edward sendiri yang menghabiskan kerajaan Friesland dengan tangannya. Hanya dia sendiri yang berjuang menghancurkan Friesland. Rasa sakit dikhianati oleh orang yang dipercayainya menambahkan lagi bara dalam api kemarahannya yang meluap-luap.

" Edward sedarlah, Edward... Kalau Luna tahu-"

" Kau tak layak sebut nama Lia dengan mulut kotor kau!" jerkah Edward lalu dengan sihirnya dia memotong lidah Brenda.

" Semuanya sebab kau, perempaun jalang." Edward menatap tajam ke arah Brenda yang meronta-ronta kesakitan di atas lantai akibat lidahnya yang dipotong oleh Edward.

Semua bangsawan hanya diam membisu menangisi nasib malang yang menimpa mereka. Mereka tidak sanggup melihat Brenda yang meronta kesakitan. Ada di antara mereka juga menjerit histeria apabila melihat lidah Brenda keluar dari mulutnya.

Pintu dewan terbuka dari luar muncullah wajah Pendeta Tertinggi dan beberapa pendeta yang lain di sebalik pintu itu.

Para bangsawan yang melihat kehadiran pihak Kuil menarik nafas lega. Namun Edward hanya beriak tenang malah dia ketawa besar menyambut kehadiran Kuil Northstead.

Selama sebulan ini dia berperang bersendirian menghancurkan Friesland hanya Kuil Northstead sahaja dia belum mampu menghancurkannya. Ini kerana dia terus-menerus diugut oleh pihak kuil sekiranya dia menyentuh walau hujung jarinya pada Kuil Nortstead, mereka akan membunuh Luna.

" Selamat datang." Edward senyum menatap wajah dingin Kyle.

" Aku bawa apa yang kau mahukan." ujar Kyle lalu memberi ruang kepada orang bawahannya menolak sangkar besi itu ke arah Edward.

Edward bungkam. Tatapannya tajam menebusi sangkar besi itu. Kelihatan tubuh Luna yang terbaring lemah penuh dengan noda darah di bajunya membuatkan Edward semakin berang.

Pintu sangkar itu perlahan di buka dari luar. Luna hanya mampu mengerdipkan matanya melihat wajah Edward yang samar-samar mendekatinya. Bibirnya ingin bergerak menyatakan sesuatu namun suaranya tersekat.

Terasa tubuhnya diangkat dan dipangku oleh Edward. Suara esakan dan teriakan Edward menerjah gegendang telinganya. Air mata Edward jatuh menitis di wajah Luna.

" Kenapa? Kenapa?" Edward menangis pilu memeluk tubuh lemah itu dalam dakapannya.

Kyle dengan bersahaja mengunci pintu sangkar itu. Para bangsawan bersorak gembira apabila melihat iblis itu dengan sendirinya masuk ke dalam sangkar besi. Fikiran mereka menyatakan bahawa iblis itu adalah seorang yang bodoh.

Kyle dengan wajah bangganya senyum manis apabila ramai bangsawan menjerit namanya memanggilnya pahlawan. Raja Fedrick dan para kerabat diraja turut bersorak gembira. Sangkar besi itu kemudiannya di tutup dengan kain putih lalu dibawa ke Kuil Northstead. Mereka tidak menyangkakan terlalu mudah untuk menangkap Edward. Hanya dengan membawa wanita yang telah mencuri permata berharga Kuil, Edward berjaya ditawan malah dia dengan rela hatinya melangkah ke dalam sangkar itu.

Seluruh Friesland menyambut kemenangan mereka dengan meriah pada malam itu. Berita Edward ditawan oleh pihak kuil tersebar luas serantau Friesland. Rakyat jelata memuja Kuil Northstead memanggilnya pahlawan agung yang diturunkan dewa untuk menjaga Friesland. Friesland betul-betul hanyut dalam kemenangan sementara mereka.

~~~~

Edward terus-menerus memeluk tubuh lemah itu. Dia menangis merayu agar Luna tetap bertahan hidup.

" Kenapa awak lambat?" soal Luna dengan lemah.

" Saya minta maaf..." Edward mencium penuh kasih dahi Luna.

" Saya takut." bisik Luna perlahan. Air matanya terus-menerus mengalir membasahi wajahnya.

" Saya tahu.." balas Edward memeluk erat tubuh Luna.

Tubuh Luna penuh dengan luka torehan. Bajunya turut dibanjiri noda darah merah pekat. Semakin membuak rasa dendam dalam diri Edward.

" Saya janji akan menghancurkan segalanya... Saya akan hancurkannya...." bisik Edward di telinga Luna.

Luna menangis. Dia memejamkan matanya. Hatinya betul-betul terluka. Semua orang di sini membuatnya derita. Selama sebulan ini, dia diseksa dengan kejam. Luka ditubuhnya tidak pernah sembuh malah semakin bertambah dari hari ke hari.

" Hancurkannya... Hancurkan semuanya yang buat saya begini.."

Edward menanggukkan kepalanya berulang kali lalu mencium wajah Luna.

Malam itu, Edward menghancurkan penjara bawah tanah dalam sekelip mata. Kuil Northstead hancur dalam genggaman Edward.

Kyle yang sedang bergembira di istana menerima laporan bahawa Edward berjaya menumpaskan tentera suci kuil Northstead. Raja Frederick dan Putera Mahkota Atrick panik melihat wajah cemas Kyle. Belum sempat mereka ingin meninjau keadaan luar istana. Edward sudah pun membakar seluruh istana dan kerajaan Friesland dengan sihirnya.

" Apa semua ini?!"

Semuanya panik melihat api yang semakin marak merebak jauh menelan seluruh istana itu. Para bangsawan terperangkap di dalam dewan utama termasuk kerabat diraja yang lainnya.

Dikala api sedang marak, Edward muncul mendekati Kyle. Edward senang mendengar jeritan puitis orang ramai disekitarnya. Agenda ini sama dengan apa yang berlaku 500 tahun yang lepas. Keluarganya dan penduduk yang mengamalkan ilmu sihir habis dibakar hidup-hidup tepat di hadapan matanya ketika itu. Kini gilirannya pula membakar seluruh kerajaan Friesland dengan tangannya sendiri.

Kyle jatuh terjelupuk di lantai. Dia mengelak mendekati Edward. Tanpa disedarinya dia dengan sendirinya masuk ke dalam api yang sedang marak di belakangnya.

Edward senyum puas melihat Kyle yang menjerit kesakitan. Dia puas melihat tubuh itu dijilat api sihirnya. Dia memandang keadaan sekelilingnya. Raja Frederick, Permaisuri Veronica, Putera Mahkota Atrick dan kerabat diraja yang lain turut dimamah api. Melihat dan mendengar jeritan syahdu mereka itu cukup memuaskan dendam dalam diri Edward.

" Semuanya sudah berakhir." ujar Edward lalu menghilangkan diri dalam marakan api itu.

Edward dengan perlahan mendukung Luna keluar dari kota Friesland dan menuju ke puncak gunung Fynn. Dia dengan perlahan melabuhkan punggungnya di tanah sambil memeluk tubuh lemah Luna.

Mereka menikmati pemandangan seluruh Kerajaan Friesland yang sedang musnah dimamah api di atas puncak gunung itu.

Luna mengalirkan air matanya melihat kemusnahan Friesland. Wajah Brenda, Marquis dan beberapa pelayan lain yang dekat dengannya bermain dimindanya.

" Maafkan saya... Tapi... Saya juga menderita.." luah Luna perlahan lalu menyembamkan wajahnya di dada bidang Edward.

Edward senyum mengeratkan lagi pelukannya. Pemandangan nan merah di hadapannya kelihatan sungguh indah pada malam itu. Pasti dia takkan pernah melupakan saat ini.

THE END

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now