SPECIAL CHAPTER END: ETERNAL LOVE

1.3K 138 25
                                    

Selama lebih 50 tahun ini, Edward dan Luna berkelana dari sebuah kota ke kota yang lain. Hal ini bertujuan untuk menyembunyikan identiti mereka, Si Gadis Asing dan Penyihir. Kisah itu menjadi cerita hangat di seluruh dunia. Si gadis asing yang mempunyai tenaga dan batu permata suci dan penyihir yang menhancurkan kerajaan Friesland menjadi sebuah lagenda.

Batu dan permata suci yang berada di dalam tubuh Luna menyebabkannya hidup abadi. Wajah dan tubuhnya juga tidak menua walaupun usianya sudah mencecah hampir 100 tahun begitu juga dengan Edward, umurnya usah dikata. Bayangkan Edward sudah pun hidup di dunia ini selama 5 abad 7 dekad. Agak-agak umurnya berapa ya?

" Lia! Saya kan dah larang jangan keluar kenapa awak degil nak keluar!" Edward berlari anak sambil membawa selimut tebal lalu dilabuhkan di pundak Luna.

" Saya bosan." Luna senyum tipis.

Edward menarik tubuh kecil itu dalam pelukannya. Dia tahu apa yang membuatkan Luna begini.

" Edward... Saya tak ada masalah kalau awak cari seseorang yang-"

" Awak merancang ingin meninggalkan saya?" soal Edward dingin. Entah kali keberapakah Luna sering meluahkan kata-kata itu. Dia cukup tidak suka apabila mendengar ayat itu keluar dari bibir wanita yang dia cintai.

" Saya cuma nak awak bahagia."

Air mata Luna akhirnya tumpah jua. Tenaga dan Batu permata suci itu menolak kuasa yang mengalir dari tubuh Edward. Itu menyebabkan mereka sehingga kini tidak memiliki anak. Tidak. Edward tidak bermasalah tetapi dia. Tenaga dan batu yang dia miliki menyebabkan Luna tidak dapat memiliki anak sama sekali. Walapun dia berkahwin dengan lelaki lain sekali pun dia tetap tidak akan dapat melahirkan anak kerana tubuhnya menentang aliran tenaga di dunia ini.

" Anak. Tidak menjamin sesebuah kebahagian. Saya hanya menginginkan awak. Hanya awak. Dan awak."

" Tipulah kalau awak cakap awak tak mahu anak." Luna memukul tubuh Edward.

" Saya tak pernah kata saya menginginkannya selama kita bersama." Edward menggenggam erat tangan Luna menghentikan pukulan di tubuhnya.

" Apa?"

" Anak itu. Akan merampas cinta dan perhatian awak dari saya. Saya tidak sukakannya." Edward menatap dingin wajah Luna.

" Apa maksud awak?" Luna ketawa kecil mendengar kata-kata Edward. Sangkaanya, Edward hanya bergurau untuk menenangkannya.

" Saya tak menipu. Kata-kata itu bukanlah untuk menenangkan awak. Kalau awak mengandung suatu hari nanti saya akan membunuhnya. Saya tak mahu awak menyayangi benda itu lebih daripada diri saya. Kalau awak perlukan tempat untuk mencurahkan perhatian dan kasih sayang awak. Diri saya sudah cukup untuk awak sayang dan cintai." Edward memeluk erat tubuh Luna.

Kata-kata Edward sebentar tadi membuatkan Luna tergamam. Dia tidak menyangka Edward akan berkata demikian. Haruskah dia merasa senang mendengar kata-kata itu?

" Saya perlukan awak. Dan awak perlukan saya. Selamanya. Hanya kita." luah Edward.

Luna bungkam. Dia tidak tahu haruskah dia merasa bahagia atau sebaliknya?

" Saya sayang awak, Lia."

Luna hanya diam tidak membalas kata-kata Edward.

" Lia?" Edward meleraikan pelukannya. Hairan apabila mendengar kebisuan Luna.

Mata merah Edward bersatu dengan mata ungu milik Luna. Lama Luna menatap mata merah itu dalam-dalam.

" Saya juga sayang awak, Edward." balas Luna setelah sekian lama membiarkan Edward berbicara sendiri.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Edward pantas memeluk tubuh Luna.

" Cinta kita abadi. Takdir kita abadi. Saya tidak peduli walau beribu tahun akan datang sekalipun hanya awak yang saya inginkan untuk berada di sisi saya selamanya." ucap Edward dengan nada hangatnya.

" Ini kerana saya hanya mencintai gadis yang bernama Luna Aurelia. Saya sayang awak, lebih dari segalanya yang ada di sini." Edward perlahan melabuhkan ciuman di dahi dan pipi Luna.

" Tiada siapa yang akan pisahkan kita lagi. Tiada siapa yang akan menyakiti kita lagi. Walaupun itu takdir, saya akan menentangnya." Edward memeluk tubuh Luna erat.

Luna bungkam. Air matanya perlahan mengalir di pipi.

" Saya juga cintakan awak. Untuk selamanya. Cinta saya, sayang saya, abadi hanya untuk awak, Edward." Luna membalas pelukan erat Edward.

Dia bersedia menghadapi hari-hari yang akan datang bersama Edward. Dia juga bersedia merempuhi liku hidup bersama dengan Edward. Selamanya, dia bersedia asalkan bersama dengan Edward.

Cinta abadi antara dia dan Edward takkan pernah terpadam walau ditelan sejuta detik dan zaman. Cinta mereka tetap utuh dan erat malah abadi untuk selama-lamanya.

END OF SPECIAL CHAPTER LIVING WITH A LIE.

To my silent readers,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada silent readers. Terima kasih kerana sudi menyokong karya saya yang tidak seberapa ini. Pada awalnya saya ingin unpublish karya ini sebab saya rasa macam tak seronok dan banyak yang mengarut 😂 tapi saya tetap teruskan atas nasihat adik saya ( Tq ma sister a.k.a ma first reader) dan juga ada beberapa silent readers yang lain tiba-tiba sahaja voted cerita ni jadi ia mendorong saya untuk terus menulis cerita ini. Kepada silent readers yang menunggu cerita ini tamat dari awal lagi terima kasih sebab support cerita saya selama ini. Saya sangat menghargainya. Setiap kali saya baca komen yang awak semua tinggalkan sangat memberi inspirasi kepada saya untuk terus berkarya lagi. Dan karya yang seterusnya Rewrite my own destiny silalah singgah support juga🤗. Untuk karya yang akan datang Stay Away From The Main Lead mungkin akan dipublish pada masa yang terdekat. Stay tuned!

I love you my silent readers❤️! love sangat-sangat sampai rasa nak peluk! Thanks for supporting my story! I hope one day I'll be writer who writes about Romantic Royal Fantasy because that is my favourite genre. Wish me luck❤️!

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now