13

999 91 3
                                    

" Cik Brenda." Xavier dengan berhati-hati menghulurkan tangannya pada Luna.

Baru sahaja Luna ingin mengapai huluran tangan Xavier, tiba-tiba sahaja tangannya dipegang oleh Atrick.

" Biar saya yang memimpin Brenda." ujar Atrick dingin.

Xavier Carson menurunkan tangannya tanpa banyak soal biarpun hatinya sedikit tersentak.

" Apa ni?!" Luna memberontak keras. Dia berusaha melepaskan tangannya dari genggaman Atrick.

" Saya tunang awak. Jadi, biar saya yang memimpin awak."

" Siapa tunang tuanku hah?!" Luna berang.

" Brenda, jaga sikap kamu." tegur Marquis yang baru sahaja tiba setelah bersiap-siap ingin menuju ke istana.

Luna menahan geram, dia menjeling tajam ke arah wajah bersahaja Atrick yang tidak mahu melepaskan tangannya.

Dasar lelaki hipokrit! Talam dua muka! Munafik! Ego! Sombong! Bongkak! Angkuh! Laki tak guna!

Bergunung-ganang kata makian dilemparkan Luna pada Atrick saat ini. Sungguh hatinya merasa sakit dan panas kerana berpimpinan tangan dengan lelaki yang dibencinya.

Atrick pula hanya memasang riak selamba biarpun dia tahu Brenda kini tidak menyukai perbuatannya. Melihat wajah tegang Brenda saat ini sudah terang menjelaskan bahawa dihati Brenda sememangnya sedang memaki hamunnya.

Atrick tersenyum kecil, memikirkan tentang makian Brenda, entah apalah yang dikatakan Brenda saat ini.

" Gila." ujar Luna apabila melihat senyuman Atrick.

" Kalau saya gila pun, tiada kaitannya dengan Brenda." jawab Atrick.

" Jadi? Saya kisah apa? Lagipun kalau tuanku gila, bukankah itu kesempatan yang bagus untuk saya membatalkan pertunangan kita." Luna senyum sinis.

Atrick diam apabila mendengar balasan Brenda. Semakin hari layanan Brenda semakin dingin dengannya. Tapi, kenapa dia tidak sukakan layanan Brenda yang sekarang.

" Kereta kudanya sudah siap." Benedict turun dan menyapa Marquis, Brenda dan Atrick.

" Kita naik kereta kuda istana lebih luas dan selesa." saran Atrick.

" Tak apa. Saya lebih selesa naik kereta kuda ayah saya. Kan ayah kan.." Luna memandang wajah Marquis. Luna sengaja berkata begitu kerana tidak mahu bersama dengan Atrick pergi ke istana. Dia ingin Marquis dan Xavier menemaninya.

" Tapi, tuan putera mesti tidak selesa dengan-"

" Tak apa.. Tuan putera naik kereta dia sendiri. Kita naik yang kita punya.. Kan Tuan Putera." Luna kemudian mengalih pandangannya pada wajah Atrick.

" Saya tak ada masal-"

" Epp! Tiada bantah Yang mulia."

" Heyy Tuan Ash! Sila pimpin tuan putera mahkota ke kereta kudanya. Baginda ingin berangkat segera!" arah Luna.

" Tapi saya-"

" Tak apa-apa tuanku. Kami akan menyusul kemudian. Tuanku berangkat lah dahulu. Selamat jalan tuanku." Luna membawa Atrick atau dengan lebih tepat lagi menyeret Atrick ke kereta kudanya.

Atrick tidak mampu menbantah dan hanya merelakan dirinya diseret oleh Luna.

" Selamat jalan!" Luna senang hati melambai kereta kuda Atrick yang meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah agam Quez.

" Brenda." Marquis memegang bahu anaknya.

" Jum ayah, nanti kita lewat." Luna senyum lalu memeluk mesra lengan Marquis menuju ke kereta kuda.

" Xavier, awak ikut sekali kan?" soal Luna.

" Sudah menjadi kewajipan saya mengikut kemana sahaja Cik Brenda pergi."

Luna senyum senang apabila mendengar jawapan Xavier.

" Baguslah, nanti tak adalah saya bosan." Luna kemudian naik ke kereta kuda dan diikuti oleh Marquis.

~~~~

Luna hanya diam mendengar perbincangan Permaisuri Veronica yang rancak berbincang dengan pereka baju gaunnya untuk majlis ulang tahun kelahiran Atrick.

Diruangan ini juga Atrick turut memberi beberapa idea untuk design bajunya nanti. Entahlah, bukankah Atrick membencinya tapi kenapa saat ini Atrick begitu beria ingin memberi beberapa cadangan reka bentuk baju gaun dan tuxedo mereka nanti.

" Brenda, ada apa-apa yang ingin Brenda tambah?" soal Permaisuri Veronica yang sedari tadi memerhati Brenda yang sepertinya tidak begitu tertarik dengan perbincangan mereka.

" Tidak ada, tuanku." Luna senyum tipis. Ketidakhadiran Marquis disisinya saat ini membuatkan hati Luna gelisah. Dia hanya ingin Marquis disisinya. Sejak kejadian Atrick menamparnya, Luna menjadi seorang yang amat sensitif. Adakah dia trauma berada disisi Atrick?

" Maafkan saya, tuanku. Saya ingin pergi ke luar sebentar." Luna tiba-tiba merasa ingin muntah disaat ini.

" Ya silakan."

Luna kemudian berdiri dan terus beredar dari ruangan tersebut. Dia berlari menuju ke taman bunga.

" Ergh! Kenapa aku tiba-tiba rasa mual." Luna memegang kepalanya.

" Cik Brenda tak apa-apa?"

Luna memandang wajah Xavier yang berada disampingnya.

" Kenapa awak ada disini?"

" Saya kan pengawal peribadi Cik Brenda."

" Saya ingatkan awak dah balik bersama ayah."

" Tempat saya disisi Cik Brenda."

Luna senyum mendengar bicara Xavier.

" Awak sekarang sudah pandai berkata-kata." Luna memegang wajah Xavier, pipi bersih Xavier perlahan diusap.

Entah kenapa melihat wajah Xavier memberi ketenangan untuk Luna.

" Awak, penawar saya, Xavier." Luna perlahan memeluk tubuh kekar Xavier.

" Ci-cik Brenda." Xavier cemas apabila Luna tiba-tiba sahaja memeluknya.

" Awak hanya perlu berdiam diri sahaja. Saya sekarang ini perlukan pelukan untuk memulih kembali tenaga saya." ujar Luna bersahaja.

Kehangatan tubuh Xavier Carson betul-betul menenangkan jiwa Luna. Perasaan loyanya sebentar tadi hilang begitu sahaja apabila mendengar suara Xavier.

Xavier diam, wajahnya memerah apabila berada sedekat ini dengan Brenda. Dia tidak membalas pelukan Brenda dan hanya diam. Jantungnya saat ini berdegup kencang dan semestinya Brenda mendengar degupan jantungnya.

Xavier memejam matanya, sungguh disaat ini dia merasa malu kerana Brenda mendengar degupan jantungnya.

Luna senyum apabila mendengar degupan jantung Xavier. Luna membayangkan wajah malu Xavier. Haih sungguh comel Xavier-ku.

Pelukan ditubuh Xavier semakin erat. Luna harap dia tidak akan melepaskan pelukan ini sampai bila-bila. Senyuman manis terukir indah diwajah Luna. Dia betul-betul menginginkan Xavier berada disisinya.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now