22

931 92 5
                                    

Luna berjalan santai menyusuri koridor istana sambil bibirnya mengalunkan nyanyian kecil, hatinya berasa senang dan tenang apabila mendengar tentang pertunangan yang dibatalkan sendiri oleh Raja Fredirck.

Tujuan dia dan ayahnya datang ke istana tidak lain tidak bukan adalah kerana ingin menguruskan pembatalan pertunangan dia dengan putera mahkota sekaligus mengurus perniagaan ayahnya di istana.

Baru sahaja Luna ingin melangkah menuju ke arah pohon bunga itu, langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Luna menoleh memandang ke belakang.

Keluhan halus keluar dari bibirnya apabila melihat wajah serba salah Helena.

" Ya, ada apa?" soal Luna dingin.

" Saya datang kerana ingin meminta maaf pada Cik Brenda. Disebabkan saya, Cik Brenda-"

" Shuhhhhhh!!! Saya tak nak dengar apa-apa tentang hal itu.. semuanya sudah terjadi.. mungkin itulah takdir yang sudah terlulis..." jelas Luna lalu memalingkan kembali wajahnya ke arah rimbunan bunga mekar itu.

" Tapi Cik Brenda.." 

'' Eeeeee... awak tak faham bahasa ke?? Saya kan dah cakap tadi.. TAK APA-APA SEMUANYA SUDAH TERTULIS..." balas Luna dengan sedikit rasa sebal di hati apabila melihat Helena yang seperti ingin terus-menerus mengungkit tentang hal itu.

" Saya minta maaf Cik Brenda!" tiba-tiba sahaja Helena bersujud di kaki Luna. Tangan Helena pula memegang hujung gaunnya menyebabkan dia sukar hendak melarikan diri dari Helena.

" Ishh apa ni..Lepaslah.. sayakan dah bagitahu saya tak apa-apa..apa ke bebal awak niii..." Luna sedaya upaya menarik gaunnya dari dipegang oleh Helena. 

Jika ada yang melihat agenda ini semestinya mereka akan tersalah faham padanya.seolah-oleh dia memaksa Helena bersujud meminta maaf kepadanya atas kehancuran pertunangannnya dengan Putera Mahkota.

" HELENA!!!" Jeritan Atrick mengejutkan Luna dan Helena.

" Apa semua ini, Brenda?" soal Atrick dengan amarah lalu menarik lengan Helena bangkit dari sujudnya.

" Apa?" soal Luna kehairanan.

" Kenapa Helena bersujud dekat kaki awak?? Awak dah gila ke apa?? Awak ingat Helena tak ada maruah?? tak ada harga diri??" marah Atrick pada Luna.

" Eyyy baik sikit eh... Bila masa aku suruh dia bersujud dekat kaki aku... dia sendiri yang menjatuhkan harga diri dia.. kenapa nak salahkan aku pulak..." balas Luna lantang.

" Aku?" 

" Kenapa? Kau nak aku bercakap dengan kau dengan nada hormat?"

" Maaf tetapi tidak menyesal... kau tak layak dapat rasa hormat aku.." Luna senyum sinis memandang wajah marah Atrick.

" KAU.." 

" Atrick..hentikannya! saya sendiri yang rela hati bersujud ingin meminta maaf pada Cik Brenda!!!" Helena menghalang Atrick dari menyakiti Luna.

" Tapi kenapa?" soal Atrick dengan nada lembut pada Helena.

" Sebab saya.... pertunangan Atrick dan Cik Brenda hancur.." luah Helena dengan tangisan hibanya.

" Helena..ini bukan salah awak.." Atrick kemudian memeluk Helena menenangkan Helena yang menangis teresak-esak.

Luna pula merasa menyampah melihat agenda romantik dihadapannya. Tanpa banyak bunyi dia segera melangkah meninggalkan pasangan dua sejoli itu berpelukan ditaman bunga.

" Mesti Cik Brenda marah sebab saya.. Pertunangan Atrick dan Brenda terbatal.." ujar Helena yang masih lagi dalam pelukan Atrick.

" Ini bukan salah awak.. Lagipun saya hanya cintakan awak, Helena.."

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now