31

899 73 0
                                    

Luna bersiul sambil menyediakan bahan untuk memasak. Hari ini sudah masuk hari ke-10 dia tinggal di rumah Edward dan hanya tinggal 7 hari lagi majlis perkahwinan putera mahkota. Semua rakyat di Kota Friesland bersenang-senang dan teruja menantikan hari perkahwinan putera mahkota kerana keluarga diraja akan menyiapkan hadiah yang lumayan untuk diberikan kepada rakyat jelata.

Luna dikejutkan dengan bunyi loceng yang terdapat di sisi pintu dapur yang menandakan kehadiran seseorang di luar pagar rumah agam. Dahinya berkerut seribu. Selama dia tinggal di rumah Edward inilah kali pertama dia mendengar bunyi loceng itu.

Tanpa berlengah, Luna segera membuka pintu dan berlari anak menuju pagar rumah. Langkahnya mati apabila melihat reka bentuk kereta kuda itu.

" Cik Luna." sapa Pendeta Tertinggi setelah turun dari kereta kuda itu.

Luna diam tidak membalas. Wajahnya pucat melihat Pendeta tertinggi datang sendiri menemuinya. Perlahan dia mendekati pagar itu lalu membukanya.

" Ada urusan apa, pendeta datang ke sini?" soal Luna tanpa berselindung.

" Apa kata kalau kita masuk dan berbual dahulu... Sudah lama kita tak bertemu.." ujar Pendeta Tertinggi dengan tenang.

Luna dengan tenang mempersilakan Pendeta Tertinggi masuk ke dalam kawasan rumah agam itu. Dia hairan melihat pendeta tertinggi dapat menemuinya di sini.

Luna menyiapkan teh hangat dan beberapa manisan untuk tetamu tanpa diundang.

" Macam mana pendeta tahu saya ada di sini?" Soal Luna.

Pendeta tertinggi senyum. " Saya pasangkan penjejak di pergelangan kaki awak. Pada mulanya sukar untuk saya kesan kedudukan awak. Berkat doa dan pentunjuk dewa, saya menemui awak di sini." Ujar Pendeta tertinggi dengan tenang.

" Apa?! Penjejak? Sejak bila?"

" Sejak awak tinggal di kuil."

" Tapi kenapa?"

" Cik Luna... Awak adalah manusia yang berasal dari dunia luar... Kehadiran awak di dunia ini mengancam-"

" Saya bukannya iblis atau raksasa yang turun memusahkan dunia ni... Saya cuma manusia biasa-"

" Tapi takdir hidup Cik Luna tidak terikat di dunia ini."

Luna terdiam.

" Cik Luna harus ikut kami ke kuil." Ujar pendeta tertinggi apabila melihat Luna mendiamkan diri.

" Saya tak nak. Pendeta tak ada hak untuk arahkan saya. Pendeta juga tak ada hak untuk halang saya tinggal kat sini." Bantah Luna. Matanya tajam menikam wajah-wajah pendeta muda dihadapannya.

" Kalau Cik Luna berkeras. Saya terpaksa menggunakan kekerasan." Pendeta tertinggi memberikan isyarat matanya ke arah pendeta muda yang sedari tadi berdiam diri untuk menangkap Luna.

" Apa ni?" Soal Luna apabila tangannya digari.

" Cik Luna harus ikut kami ke kuil."

Luna meronta keras apabila dirinya diusung tanpa rela oleh pendeta-pendeta itu.

" Awak tak boleh paksa saya! Saya bukan orang jahat yang awak semua boleh gari dan kurung sesuka hati!" Bentak Luna.

" Awak bukan sesiapa pun di sini.. sama ada awak baik ataupun seorang yang jahat itu tidak penting."

Mulut Luna ditekup dengan kain agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi, begitu juga dengan matanya turut ditutup dengan kain hitam. Tubuhnya ditolak kasar ke dalam kereta kuda dan dikurung di dalam sangkar besi. Kaki dan tangannya digari dengan rantai besi.

Mereka memperlakukan Luna seperti anjing liar. Luna menjerit tanpa suara. Air matanya jatuh berderai membasahi pipinya. Wajah Edward terlayar di ruang matanya.

Edward... Tolong saya....

~~~~

Brenda mudar-mandir di dalam bilik. Entah kenapa hatinya resah memikirkan Luna. Kedatangan pihak kuil ke sini mengejutkan Brenda.

Lebih mengejutkan lagi apabila Pendeta Tertinggi yang datang menemui untuk mengetahui keberadaan Luna. Brenda tahu di mana Luna tinggal kerana sebelum ini Luna pernah datang menemuinya untuk bertanya khabar dan memberitahunya bahawa dia tinggal sendiri di sebuah rumah agam lama yang terletak di hujung kota. Brenda juga sering datang menjenguk Luna. Lagipun, Luna adalah satu-satunya kawan yang dia ada.

Pada mulanya, Brenda tidak mahu menjawab pertanyaan Pendeta Tertinggi namun apabila Pendeta Tertinggi menyakinkannya bahawa Luna tidak selamat berada di rumah itu akhirnya Brenda memberitahu di mana Luna berada. Semua ini untuk keselamatan Luna. Tapi hatinya ragu-ragu dengan pihak kuil setelah mendengar Edward menjelaskan niat sebenar kuil beberapa minggu yang lepas.

" Brenda..."

Suara panggilan Marquis menyentak lamunan Brenda. Dia menoleh memandang ke arah Marquis.

" Kenapa ayah?" Soal Brenda lembut lalu mendekati ayahnya.

" Ayah mendapat undangan daripada istana... Permaisuri Veronica ingin bertemu dengan Brenda... Brenda nak ikut ayah?"

Brenda terdiam. Sejak dia kembali ke sini, dia tidak pernah menjenguk istana lagi setelah kejadian dia membunuh diri.

" Kalau Brenda tak nak ikut.. Ayah faham.." Marquis mengusap rambut Brenda.

" Brenda pergi..." ujar Brenda sambil tersenyum. Lagipun, semuanya sudah berakhir. Sudah tiba masanya dia membuka buku baru.


LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now