6

1K 93 0
                                    

Luna mengamati suasana petang hari di Kota Amethysts. Sungguh indah dan nyaman.

" Esok pagi kita akan berangkat, Cik Brenda." sapa Xavier.

" Apa pendapat awak tentang kota ni?" soal Luna tenang.

Xavier diam. Dia mengamati belakang tubuh Luna untuk seketika sebelum membuka mulutnya.

" Saya tak layak untuk menyuarakan pendapat kepada majikan saya sendiri. Adapun pendapat saya itu tidaklah begitu bernilai." jawab Xavier dengan nada rendah diri.

" Kalau awak anggap saya majikan awak. Jadi, awak kena dengar semua arahan saya." Luna berpusing memandang Xavier yang sentiasa menunduk kepalanya apabila berhadapan dengan dirinya.

" Angkat kepala awak apabila saya bercakap dengan awak. Saya tak suka orang menundukkan kepala mereka apabila bercakap dengan saya. Bagi saya itu kurang sopan. " bisik Luna sambil jaring runcingnya perlahan menyentuh dagu Xavier agar memandang wajahnya.

Untuk pertama kalinya mata ungu milik Luna bertatapan dengan mata hijau zamrud milik Xavier.

" Awak mempunyai mata yang indah." puji Luna ikhlas. Lama mata ungu Luna menatap mata hijau zamrud milik Xavier.

" Jangan biar orang lain tatap mata awak sepertimana saya menatapnya. Hanya saya seorang sahaja yang boleh menatapnya seperti ini." Luna dengan perlahan mendekatkan bibirnya ke arah mata Xavier dan dicium perlahan.

Xavier memejamkan matanya, menerima ciuman dari majikannya itu. Biarpun saat ini jantungnya bagaikan hendak terkeluar dari tubuh badan, reaksi Xavier tetap kelihatan tenang.

" Ma-maafkan saya." Luna termalu sendiri apabila menyedari tingkahnya kini di luar kelaziman. Adakah Brenda menguasai tubuhnya sebentar tadi.

" Tak apa-apa, Cik Brenda." Xavier senyum tipis apabila melihat wajah Luna yang kemerahan. Bukankah sepatutnya dia yang bertingkah seperti itu.

" Kalau awak tidak selesa. Awak boleh menolaknya." ujar Luna lalu mengalih pandangannya melihat pemandangan kota Amethysts.

" Siapalah saya menolaknya. Lagipun hidup saya adalah milik, Cik Brenda. Saya menyerahkan semua yang ada pada saya termasuk hidup saya pada Cik Brenda." tutur Xavier ikhlas sambil berlutut di hadapan Luna.

Perlahan tangan Luna diambil, dan mencium penuh hormat pada kekura tangan Luna.

" Jadi, lakukan apa yang Cik Brenda hendak lakukan pada saya. Dengan senang hati saya menerima perintahnya."

Luna senyum kecil, terharu dengan kata-kata Xavier sebentar tadi namun tidak lama senyumannya mati. Xavier hanya patuh pada Brenda bukannya dia.

" Saya tahu, awak ada banyak soalan dalam minda awak. Jadi, jangan ragu-ragu untuk menyoal saya."

Xavier diam seketika, perlahan dia bangkit dan berdiri betul-betul di samping Luna.

" Saya tahu, saya tidak berhak untuk masuk campur dalam urusan hidup Cik Brenda."

Jeda.

" Saya nak tahu, adakah di samping saya ini Cik Brenda atau bukan?" soal Xavier perlahan.

Luna senyum sememangnya Xavier begitu peka dengan perubahan diri Brenda.

" Kalau jawapan saya.. Saya bukanlah Cik Brenda, awak nak bunuh saya?" Luna memandang wajah Xavier.

Xavier sedikit tergamam mendengar tutur kata Luna. Patutlah selama ini perangai Cik Brenda berubah seratus peratus, tiada lagi tingkah sombong dan angkuhnya dan sikap panas baran. Kenapa disaat ini dia begitu senang berada di samping Cik Brenda yang sekarang dan bukannya Cik Brenda yang dahulu.

" Saya bukan Brenda Bedelia, tetapi roh asing dari dunia asing. Saya tahu ini terlalu mengarut hendak diterima tapi itulah kenyataannya." Luna membuang pandangannya di Kota Amethysts.

" Saya tak kisah kalau awak benci pada saya sebab saya bukanlah majikan awak sekarang." sambung Luna lagi.

" Walau siapa pun Cik Brenda, saya tetap setia berada disisi Cik Brenda. Kerana Cik Brenda tetap Cik Brenda, majikan saya. Tiada alasan untuk saya tidak oatuh dan membenci majikan saya sendiri." Xavier meletakkan tangan kanannya di dada kiri dan menundukkan kepalanya pada Luna.

" Awak terlalu baik pada Brenda." Luna senyum lalu meletakkan tangan kananya di kepala Xavier. Untuk seketika, mereka berbalas pandangan menzahirkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

~~~~

" Hmm, sekarang anak gadis awak jarang sekali menjenguk kami. Adakah kerana kami menolak keinginannya untuk memutuskan tali pertunangan Brenda dan Putera Mahkota?" soal Raja Frederick sambil menyisip perlahan teh panas yang baru sahaja di tuang oleh pelayan istana.

Raja Frederick semakin gusar memikirkan tentang tingkah laku Brenda yang semakin hari menjauhkan diri dari istana. Seolah-olah ingin meletakkan jurang antara keluarga Quez dan Kerabat Diraja. Raja Frederick berharap agar Brenda bertahan dengan pertunangan ini, dia sedar putera mahkota tidak mencintai Brenda namun hanya Brenda yang layak menyandang gelaran permaisuri suatu hari kelak.

" Ermm.. Brenda sekarang terlantar sakit, tuanku. Jadinya, dia tak dapat nak menjenguk tuanku sekalian. Maafkan ketidaksopanan anak saya, tuanku." Marquis menundukkan kepalanya.

Tangan digenggam erat menahan geram dengan sikap anak gadisnya yang kini semakin degil. Takkan dia nak bercakap jujur bahawa kini Brenda melarikan diri. Hari ini sudah masuk hari ke-20 Brenda belum pulang ke rumah.

" Ouh ya! Kasihannya, saya harap Brenda cepat sembuh kerana tak lama lagi tiba hari ulang tahun kelahiran putera mahkota." ujar Permaisuri Veronica.

" Ya.. Harapnya begitulah." Marquis senyum tipis, terbit rasa bersalah dalam hati kecil Marquis kerana menipu baginda Raja dan Permaisuri.

Selesai sahaja jamuan minum teh bersama Raja dan Permaisuri, Marquis dengan langkah lemah beredar dari istana.

Dalam perjalanan hendak menuju ke kereta kuda miliknya, tiba-tiba Marquis disapa oleh Atrick.

" Tuan Marquis."

" Ah! Ya, Tuanku." Marquis dengan hormat tundukkan kepalanya pada Atrick.

" Hahaha.. Tidak payah terlalu formal kerana nanti Tuan Marquis akan menjadi ayah mertua saya." seloroh Atrick.

" Ha, ya Tuanku." Marquis hanya mampu tersenyum tipis.

" Tuan baru balik dari perjumpaan baginda Raja dan Permaisuri?" soal Atrick.

" Ya, Tuanku."

" Cik Brenda, tak ada bersama dengan Tuan Marquis?" soal Atrick lagi, biasanya Brenda akan bersama dengan Marquis ketika ingin berjumpa dengan baginda Raja dan Permaisuri. Atrick semakin merasa pelik dengan kelakuan Brenda. Bukankah dahulu Brenda sering menjenguk bonda dan ayahanda nya, kenapa sekarang semakin sukar melihat batang hidung Brenda.

" Erk, Cik Brenda sekarang terlantar sakit, Tuanku. Jadinya, dia tak dapat datang ke istana menjenguk, Tuanku sekeluarga." jawab Marquis.

" Ouh! Maaf saya tak tahu pula Cik Brenda sakit. Kalau saya tahu dah lama saya datang menjeng-"

" Ehh.. Tak apa tuanku, tak payah datang jenguk sebab.. Erkk.. Sebab penyakit Brenda, penyakit berjangkit.. Nanti tuanku jatuh sakit kalau tuanku jenguk Brenda." peluh dingin mulai membasahi pelepis Marquis.

" Ermm.. Baiklah.. Nanti saya akan tuliskan surat untuk Cik Brenda. Terima kasih atas makluman Tuan Marquis tentang Cik Brenda." Atrick dengan rasa rendah dirinya mengucapkan terima kasih kepada Marquis.

" Haa.. Ya, tak apa-apa, tuanku. Kalau tak ada apa-apa lagi, izinkan saya meminta diri, tuanku."

" Ha ya. Selamat jalan."

Marquis tunduk lalu beredar menuju ke kereta kuda. Setelah naik, dia melepaskan nafas leganya. Perlahan dia membuang pandangannya ke arah istana yang berdiri megah itu.

Sejak bilakah, tuan putera mahkota ambil tahu tentang Brenda. Setahunya, putera mahkota sedaya upaya mengelak daripada bercakap soal anaknya itu. Adakah ini petanda yang baik bahawa tuan putera sudah jatuh cinta pada anak gadisnya. Perlahan senyuman kecil Marquis terukir diwajah tuanya.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now