11

996 91 11
                                    

Marquis mengusap penuh lembut, rambut kemerahan milik Brenda. Pipi dan bibir Brenda yang terluka akibat tamparan Atrick tadi sudah pun dirawat.

Melihat wajah lelah milik Brenda membuatkan hati Marquis dipagut rasa sayu. Marquis merasakan dirinya amat kejam kerana memperjudikan hidup anaknya demi kepentingan dirinya sendiri.

Dia sebagai ayah tidak pernah melakukan sesuatu yang membahagiakan puterinya sendiri sehingga puterinya sanggup melakukan satu kesalahan yang melanggar hukum alam di dunia ini. Bukannya dia tidak tahu, bahawa Brenda berniat ingin menamatkan hidupnya jika ada peluang. Namun dia tidak pernah berbuat apa-apa sebaliknya hanya diam dan melepaskan semuanya kepada pelayan yang merawat anaknya.

Semenjak kejadian 2 bulan lepas, Brenda berubah menjadi seorang yang lain. Walaupun begitu dia tetap menyayangi satu-satunya puteri tunggal keluarga Quez.

" Tuan Marquis, tuan putera mahkota mengirimkan surat untuk Tuan." Justine menghulurkan surat yang bercopkan logo kerabat diraja itu pada Marquis.

" Saya tak ada hati ingin membaca surat itu. Letakkannya diatas meja kerja saya, nanti saya baca." ujar Marquis sambil mengusap lembut pipi Brenda yang terluka.

" Baik, Tuan Marquis." Justine beredar dari bilik Brenda dan menuju ke pejabat Marquis.

Dalam perjalanan Justine menuju ke pejabat Marquis, telinganya tajam mendengar bisikan para pelayan.

" Tak sangka tuan putera sanggup menampar wajah tunangnya sendiri."

" Tapi saya dengar Cik Brenda yang tolak Helena."

" yelah tapi patutkah tuan putera tampar wajah Cik Brenda disebabkan si pelayan murahan tu."

" Ya, takkan awak tak dengar cerita yang selama ni tuan putera lebih prihatin terhadap pelayan murahan tu berbanding tunang dia sendiri."

" Saya ada dengar khabar angin tu.. Semasa hari ulang tahun tuan putera atau majlis - majlis diraja pun tuan putera berpasangan dengan pelayan murahan itu. "

" Kan. Tak sepatutnya tuan putera buat Cik Brenda begitu."

Justine mengeluh mendengar bicara para pelayan yang sibuk membicarakan tentang anak majikannya dan tuan putera. Biarpun begitu dia tidak menghalang malah hanya membiarkan dan berlalu pergi melimpasi mereka.

Dia juga bersimpati dengan nasib anak majikannya itu. Jika tuan putera tidak mencintai Brenda tiada salahnya kalau pertunangan itu dibatalkan, daripada membiarkan Brenda menderita dengan pertunangan ini.

~~~~

" Kamu sedar apa yang kamu dah buat, Atrick Louis!" murka Raja Frederick, ruangan kerja Raja Frederick habis bersepah kerana amukannya pada Atrick.

" Maafkan anakanda." Atrick menundukkan wajah, pipinya masih lagi terasa perit akibat tamparan dari sang ayah.

" Bukan kepada ayahanda tapi kepada Brenda." ujar Raja Frederick lemah. Dia juga turut bersalah dalm situasi ini kerana membantah keputusan Brenda ingin memutuskan pertunangan puteranya.

Dia sendiri tidak menyangka kejadian ini berulang dua kali, situasi yang sama dan orang yang sama.

" Ayahanda akan berbicara dengan Tuan Marquis tentang hal ini. Kamu boleh pergi, ayahanda tidak mahu melihat wajah kamu." Raja Frederick terduduk lemah di atas kerusi sambil memegang kepalanya.

Sudahlah khabar angin tentang kekacauan hubungan pertunangan Brenda dan Atrick masih belum reda tambah lagi tentang Atrick menampar wajah Brenda semakin tersebar luaslah kisah itu serantau kerajaan Friesland. Dimana dia ingin meletak wajahnya semasa ulang tahun kelahiran puteranya yang akan menjelma tidak lama lagi.

" Kamu benar-benar buat ayahanda pening kepala." Raja Frederick mengeluh kecil.

Atrick yang baru sahaja keluar dari pejabat ayahnya, itu terus disapa oleh Helena yang setia menunggunya diluar.

" Atrick, saya minta maaf sebab say-"

" Bukan salah awak. Saya yang salah." ujar Atrick lembut.

Air mata Helena mengalir apabila melihat bekas tamparan pada wajah putih bersih Atrick.

" Saya minta maaf, Atrick." Helena menangis hiba. Dua insan yang dia sayang terluka kerana dirinya.

" Tak apa-apa. Saya nak ke ruangan keja. Awak boleh tolong buatkan saya minuman?" pinta Atrick dengan nada lembut, tangannya naik mengusap pipi Helena yang basah dengan air mata.

" Ya, nanti saya hantarkan." Helena senyum lalu melangkah meninggalkan Atrick.

Atrick kemudian berjalan menuju ke pejabatnya. Tangannya yang menampar wajah Brenda tadi renung. Tidak sepatutnya dia menampar Brenda, sudah dua kali tangan ini naik menampar wajah itu. Semuanya kerana Helena, perempuan yang dia sayang.

" Maafkan saya, Brenda." Atrick menggenggam erat tangannya. Dia akan berhadapan sendiri dengan Brenda nanti.





Cukuplah sampai sini
642 patah perkataan😌


LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora