2

1.3K 95 0
                                    

Mata perlahan dicelik, sinar menteri menceroboh masuk menyapa wajah Luna, perlahan Luna bangun sambil merenggang urat saraf.

" Cik Brenda dah bangun!" sapa Florina yang tiba-tiba sahaja membuka pintu menyapa Luna yang baru sahaja bangkit dari tidur lenanya.

Luna memandang sekelilingnya, masih di tempat yang sama seperti sebulan yang lepas.

Hari ini genap sebulan Luna di tempat asing ini dan selama sebulan juga dia tidak pernah berputus asa untuk kembali ke dunia asalnya.

Hidup sebagai Brenda Bedelia amat sukar untuk Luna Aurelia. Brenda adalah seorang gadis yang panas baran dan sombong. Memang patut dia dibenci oleh orang sekelilingnya. Hidup Brenda amat perit untuk dilalui oleh Luna.

Luna perlahan turun dari katil dan menuju ke balkoni biliknya. Suasana pagi itu amat menenangkan hati kecil Luna.

Tujuan Luna kini hanya satu, iaitu kembali ke tempat asalnya. Hanya itu yang dia perlu lakukan sekarang.

" Cik Brenda, hari ini tuan putera ingin menjemput Cik Brenda minum teh bersama. Saya akan siapakan pakaian Cik Brenda."

Luna mengeluh kecil, hampir dia terlupa bahawa dia kini adalah tunang kepada putera mahkota kerajaan Friesland. Putera mahkota yang langsung tidak mencintainya atau lebih tepat lagi tidak mencintai Brenda.

Luna kemudian bergerak menuju ke bilik air untuk menyiapkan diri. Tiba masanya untuk berhadapan dengan lelaki bangsat itu.

~~~~

" Atrick, saya tuangkan teh untuk awak." Helena senyum manis sambil mengangkat teko ke cawan Atrick.

" Terima kasih, Helena." Atrick senyum manis menatap lembut ke arah Helena. Tangannya naik mengusap rambut perang Helena.

" Sama-sama, Atrick." balas Helena sambil senyum manis ke arah Atrick.

Luna yang sudah sampai kira-kira 2 minit yang lalu tidak melepaskan peluang menonton babak romantik antara Helena dan Atrick.

Sekiranya dia sekarang adalah Brenda sudah pasti Helena akan menerima padah yang buruk namun kini dia adalah roh asing yang wujud dalam tubuh Brenda. Sudah pasti dia tidak tertarik dengan kuasa dan cinta yang ada di dunia ini. Hanya satu yang dia inginkan, kembali ke tempat asalnya.

" Maafkan saya kerana lambat." Luna tunduk hormat kepada Atrick, sang putera mahkota kerajaan Friesland.

" Bukankah itu sudah menjadi kebiasaan awak, Cik Brenda." ujar Atrick sinis.

" Ehh... Tak adalah, awak tak lambat pun, Cik Brenda, lagipun teh ni belum sejuk lagi." Helena segera bangkit apabila menerima kehadiran Brenda.

" Awak seharusnya sedar dengan kedudukan awak, Helena. Awak tahu apa salah awak sekarang ini." ujar Luna lalu mengambil tempat di hadapan dua gerangan manusia yang begitu menyebalkan bagi Luna.

" Cik Brenda, jaga tutur kata awak!" marah Atrick apabila melihat wajah Helena berubah setelah mendengar kata-kata Luna sebentar tadi.

" Kenapa? Betullah apa yang saya katakan tadi. Dia seharusnya sedar dengan status dan kedudukan dia sekarang. Awak hanya pelayan istana dan rakyat biasa tetapi bercakap dengan saya dengan nada yang casual. Bukankah itu satu kesalahan, Tuanku putera mahkota."

Luna senyum sinis sambil menyisip teh panas itu dengan perlahan, melihat reaksi Atrick seakan-akan panas itu menambahkan rasa senang dalam diri Luna.

" Cik Brenda!"

" Atrick, tak maksud saya tuanku. Betulllah apa yang Cik Brenda cakap. Maafkan saya sebab bersikap kurang sopan pada Cik Brenda." Helena segera memohon maaf pada Luna.

" Siapa saya hendak menghukum awak, Helena. Lagipun awak pelayan istana kesukaan tuan putera, semestinya saya tiada hak hendak memarahi awak mahupun menerima permohonan maaf dari awak." ujar Luna dingin.

" Woww! Minum teh tak ajak saya sekali ya..." entah dari mana, datang satu manusia yang amat menjengkelkan bagi Luna iaitu Jackson Alex Hansen, sang pahlawan yang bertanggungjawab mempertahankan keamanan kerajaan Friesland juga merupakan sahabat baik kepada Tuan Putera Mahkota Atrick Louis.

" Eh! Cik Brenda pun ada sekali!" Jackson senyum lalu mengambil tempat di tengah-tengah antara Luna dan dua manusia yang menyebalkan itu.

Luna pula hanya diam, lagipun dia sedar, Brenda langsung tidak wujud diantara mereka bertiga. Brenda hanyalah debu halus yang berkeliaran didunianya sendiri. Sedarkan kehadiriannya tidak diperlukan lagi, Luna segera meminta diri.

" Maafkan saya, tuanku. Saya ada kerja yang hendak dibuat jadi izinkan saya meminta diri." Luna segera berdiri dan sedikit menunduk hormat pada Atrick.

" Ya, silakan."

" Terima kasih sebab menjemput saya, Tuanku."

Luna dengan segera beredar dari situ, tidak betah ingin berlama dengan 3 makhluk yang cukup memporak-perandakan kehidupan Luna.

" Apa Cik Brenda senang hari ini?" soal Xavier, pengawal yang ditugaskan untuk menjaga Luna ketika keluar dari rumah agamnya.

" Ya." Jawab Luna sambil menerima hukuran tangan Xavier dan naik ke dalam kereta kuda.

" Terus ke rumah agam?"

" Saya nak ke kota, jalan-jalan." jawab Luna lalu membuang pandangannya ke luar tingkap kereta kuda.

" Baik, Cik Brenda."

Luna memerhati bayangan Atrick, Jackson dan Helena bergurau-senda antara satu sama lain. Jatuh simpati Luna terhadap Brenda yang langsung tidak dipedulikan oleh orang sekelilingnya. Wajarlah kalau Brenda bunuh diri dan menyerahkan nasib malangnya kepada Luna.

" Dasar pengecut." Luna memejamkan matanya, kini yang harus dia fikirkan ialah cara hendak kembali ke dunia asalnya.

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now