29

928 78 0
                                    

Flashback sebelum jumpa Luna

" Kau kenapa?" soal Lazarus pelik melihat Edward yang gigih mengeluarkan bebola kristal.

Edward diam tidak membalas soalan Lazarus. Dia tekun membaca mantranya dan melihat ke arah bebola kristal itu.

Seketika kemudian Edward ketawa lega setelah melihat wajah yang dia risaukan sedari tadi. Apabila melihat Luna yang gigih hendak melarikan diri dari kuil itu membuatkannya geli hati.

" Memang tidak dapat dinafikan lagi, itulah Lia yang sebenarnya." ujar Edward dengan sisa tawanya.

" Kau kenapa? Dah gila?" Lazarus memandang pelik ke arah Edward yang ketawa tiba-tiba.

" Tak ada apa.. Aku ada hal kat luar.. Jumpa nanti.." Edward segera melangkah keluar meninggalkan Lazarus yang masih lagi binggung dengan tindakannya.

Dia tidak peduli akan hal itu. Apa yang lebih penting lagi ialah bertemu dengan Luna. Dia amat merindukan wajah itu.

End Flashback.

" Ouh macam tu.... Tapi, macam mana awak boleh kenal saya?" soal Luna lagi.

" Kalau awak nak tahu... Saya boleh nampak jiwa sebenar seseorang.." jawab Edward.

" Ouh.. Patutlah awak boleh tahu saya ni orang asing...Rupanya awak boleh nampak wujud sebenar saya..." luah Luna dengan senang hati. Entah kenapa dia berasa gembira apabila Edward mengenali dirinya.

" Apa rancangan awak nanti?" soal Edward.

" Tak tahu..." jawab Luna acuh tak acuh.

Jari jemarinya bermain sesama sendiri. Lama mereka berdiam diri, membiarkan suasana sepi menyelubungi sekitar mereka.

" Kalau begitu, lebih baik awak tinggal bersama dengan saya." cadang Edward memecahkan kesunyian antara mereka.

" Tinggal bersama dengan awak?" Luna memandang wajah Edward tidak percaya.

" Ya."

" Hanya awak... dan saya... Tinggal bersama..." ujar Luna lagi.

" Ya... Sebagai balasannya, awak akan jaga rumah saya, masakkan saya sarapan, makan tengah hari dan makan malam..." ujar Edward.

" Tapi..." Luna terdiam seketika. Tawaran Edward amat berharga sehingga sukar untuknya tolak. Sudahlah sekarang dia tidak mempunyai apa-apa dan hanya membawa beberapa helai pakaian.

" Baiklah saya akan tinggal bersama dengan awak.. Dan sebagai bayarannya, saya akan bantu awak mengurus rumah..."

Edward senyum tipis lalu menanggukkan kepalanya.

" Baiklah. Mari kita pulang." Edward berdiri menghulurkan tangannya kepada Luna.

" Ke rumah." sambung Edward dengan senyuman manisnya menunggu Luna menyambut huluran tangannya.

Luna senyum tipis mendengar kata-kata Edward lalu menyambut tangan Edward.

Tiba sahaja mereka di rumah Edward, Luna tercenggang di pintu pagar rumah Edward.

Dia cakap rumah... Aku ingatkan rumah tapi...VILLA?!

" Ini rumah awak?!" soal Luna memerhati perilaku Edward yang sedang membuka kunci pintu pagar rumahnya.

" Ya. Kenapa?"

" Ini bukan rumah... tapi Villa!"

" Sama saja.. Rumah atau Villa.. Dua-dua mempunyai fungsi yang sama.. Tiada yang berbeza.." jawab Edward dengan selamba.

" Tapi dari segi saiz... Ia sangat berbeza!"

" Ya..ya ya... Sudahlah jum masuk.. Di luar sejuk.. Nanti awak selsema.." Edward menarik tangan Luna masuk ke pangkaran rumahnya.

Luna hanya diam mengikut langkah Edward.

Sebaik sahaja kaki Edward melangkah masuk ke dalam rumah agamnya, semua lampu terbuka secara automatik.

" Adakah itu kuasa magik awak?" soal Luna dengan polos.

" Ya.."

" Wahh! Hebat.."

Luna hanya mengikut langkah kaki Edward. Sepanjang dia mengikuti Edward, Luna merasakan hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah ini.

" Awak tinggal sendiri?" soal Luna.

" Ya.. Sejak ahli keluarga saya meninggal.."

Luna mati kata. Entah kenapa dia merasa bersalah bertanyakan soalan begitu kepada Edward.

" Ini bilik awak dan ini bilik saya.."

" Bersebelahan?" soal Luna.

" Ya... Senang nanti kalau ada apa-apa masalah awak boleh pergi terus ke bilik saya.. Ouh dan ada pintu menghubungkan bilik saya dan awak.."

" HAH?!"

" Jangan risau... Saya takkan apa-apakan awak.." Edward senyum menggoda.

Luna menjeling tajam ke arah Edward lalu segera masuk ke dalam bilik dan menguncinya.

" Esok awak akan mula bekerja.. Jangan lupa masakkan sarapan untuk saya.." arah Edward dari luar bilik.

" Tahulah."

Edward senyum lalu menuju ke biliknya.

Luna yang merasakan tiada bunyi pergerakan dari luar bilik melurut jatuh di hadapan pintu. Jantungnya sedari tadi asyik berdegup kencang. Senyuman menggoda milik Edward berjaya membuatnya tidak senang.

" Stop it Luna.. You are not his type..." Luna menampar wajahnya bagi menyedari kenyataan bahawa dunianya dan Edward jauh berbeza.

Stop dreaming...

LIVING WITH A LIE (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now