38 : Well, well, well.

Start from the beginning
                                    

"ABCDEFGHI..."

"Bukan ABC tulah, bangang."

"Tak baik carut."

"Tak baik mengarut."

Bagai ada arus elektrik antara renungan padu Naufal dan Adrian. Naufal tersengih - sengih gembira dapat menyakitkan hati seorang manusia yang suka datang datang tidak diundang. Adrian tak ada kerja ke macam mana? Jawatan sebagai COO itu tak cukup sibuk?

"Ceritalah. Kalau tak, aku hantui hidup kau."

"Kenapa aku kena cerita kisah hidup aku kalau kau pun kuat berahsia?" Naufal bermain tarik tali. Dia mengangkat - angkat keningnya. Jujur kata, dia berkawan baik dengan Adrian pun atas dasar lelaki itu mengetahui rahsia keluarganya. Sedangkan Adrian itu sudah berpunya atau belum pun dia tidak tahu.

Adrian kata, silence is golden.

"Cakap cepat, sebelum aku buat announcement reveal identity kau."

"Haiwan pink sungguh engkau ni."

Nafas dalam ditarik sebelum panjang - lebar Naufal menjadi penglipurlara tidak bertauliah. Khusyuk dia bercerita, siap dengan tangan terawang - awang di udara. Adrian pula sudah bersila atas kerusi sambil terangguk - angguk mendengar. Habis satu pinggan dia telan tika tamatnya kisah Naufal. Perut kenyang, maklumat pun diperoleh.

Adrian happy!

"Kau melahap je kerja, dengar tak sebenarnya aku cerita ni?" Naufal menyoal dek ragu - ragu. Dia menatap Adrian atas bawah. Lelaki itu sibuk menghirup jus oren dengan menayangkan muka paling naif di dunia ini.

"Dengarlah. Kau nak aku cakap apa? I'm happy for both of you? There's already too much cliche in my life. No need to add more."

"Gosh, just give some reaction will you? Tak faham aku kenapa orang lain fikir kau cold. Menyakitkan hati je banyak."

"Emotion is a damn huge disadvantage for humans. You should keep a poker face so your enemies will never know your weakness. Aku baik dengan orang yang aku percaya je. Kau termasuklah dalam kategori tu. Bersyukur sikit," ujar Adrian relaks. Dia tersenyum sinis buat muka cemberut Naufal.

"What's wrong with emotion? If you happy, you laugh. If you sad, you cry."

"You really have no idea how emotion really work. Aku bagi contoh terdekat, Yara. Sebelum ni dia pernah menangis sebab sedih kan? Okay faham. Tapi kenapa dia boleh ketawa juga masa tu? Ha, jawab jawab. Kau kata ketawa bila gembira je."

Terdiam seribu bahasa Naufal dibuatnya. Adrian pula yang tersenyum kemenangan.

"But emotion play a big role in our life too. Hate. Love. This two complete each other. If there's no love, how do you know hate? If there's no hate, how do you know love?"

"Tapi kan, Ad..."

"Apa?"

"Tak tahu pula aku isteri aku tu ada dua personaliti," tutur Naufal sambil meraba - raba dagunya.

"Maksud?"

"Satu yang comel dan ceria macam kau selalu tengok tu. Kedua tu, uisy... seksi, dingin dan menakutkan!"

"Janganlah cabar kesabaran dia lepas ni."

"Taubat doh! Even versi kedua tu agak menggoda..." Perkataan terakhir diperlahankan. Naufal tersenyum nakal.

Langsung membulat mata Adrian! Berkerut dahi membayangkan apa yang lahir dalam otak Naufal. Dirty mind!

"Kau nasib baik aku ni lelaki bertamadun. Kalau tak, dah lama aku rancang nak rampas Yara tu tau."

HOUSE OF CARDSWhere stories live. Discover now