37 : Rewrite the stars.

Começar do início
                                    

Iesyraf dengan mata bulatnya menunding jari dalam ketidakpercayaan. Mulut melompong luas.

"Patutlah aku pelik kenapa Tuan Fattah yang buka pintu! Korang dua rupanya!"

Ketawa terkekeh - kekeh Naufal dibuatnya melihat muka terkejut beruk Iesyraf. Lupa pula kawannya yang satu itu ialah pegawai polis sama seperti Tuan Fattah.

"Hai Iesy. Surprise..." Lesu Naufal ingin bergurau - senda.

Akibatnya dia menerima tumbukan Iesyraf. Lagi berdekah tawa Naufal sambil cuba menghalang tumbukan itu.

"Kau ni, tak habis - habis buat aku risaulah! Hari tu mengadu demam macam dah nak mampus! Tiba - tiba hari ni kau mangsa rompak pula! Menyusahkan aku betul! Woi! Dengar tak woi?! Jangan buat - buat pengsan! "

Bebelan ibarat peluru berpandu itu masuk telinga kanan dan selang sesaat selamat keluar ikut telinga kiri. Naufal menutup telinganya dengan kuisyen. Dia tersenyum - senyum di sebalik kuisyen itu.

"Kau pula!" Sasaran Iesyraf kali ini ialah Yara pula. "Mana kau pergi seminggu ni?! Tahu tak suami kau dah macam mayat hidup?! Menyusahkan kitorang je tau!"

Yara pasrah dirinya dileter. Bukan dia tak tahu perangai Iesyraf. Dia marah sebab sayang tapi tak mahu mengaku. Hadap sahajalah.

"Relaks, Iesyraf. Yang penting dorang selamat," tutur Tuan Fattah selaku orang lebih tua.

Iesyraf mendengus kasar. Kalau bukan kerana dia yang dipanggil untuk menyiasat kes rompakan ini, entah bila dia akan tahu tentang keadaan Naufal dan Yara.

Dia berdiri memeluk tubuh. Termometer di atas meja diambil untuk periksa suhu Naufal.

"38 darjah Celcius. Sebelum ni cecah 40," lapor Iesyraf cukup kuat untuk pendengaran Yara. Biar gadis itu tahu betapa teruknya demam Naufal waktu dia tiada.

Dahi Naufal ditunjal - tunjal.

"It looks like Yara is your remedy huh?"

Naufal ketawa. "Of course."

"Cringe."

"Kau datang sini risaukan aku ke nak sindir aku ni?"

"Alah macam tak biasa," seloroh Iesyraf lalu dia putuskan untuk berhenti menyakitkan hati kawannya itu. Dia memberi signal kepada Yara dan Tuan Fattah untuk bincangkan sesuatu.

Setelah memastikan posisi mereka agak jauh daripada si pesakit, Iesyraf mulakan perbualan seriusnya.

"What exactly happen?"

"Ada perompak masuk, dia pecahkan tingkap dapur lepas tu buka tombol pintu. Masa tu, rumah memang gelap - gelita sebab saya duduk dalam bilik. Lepas dengar bunyi pelik - pelik tu, saya sempat telefon Naufal. Dia sampai tepat masanya. Jadi itulah hasilnya."

Oleh sebab pintu bilik Yara terkuak luas, mudah dia menunding jari buat perompak yang masih pengsan dengan berdarah hidungnya. Tidak lupa juga beberapa percikan darah dan air kopi yang menghiasi lantai malah kaca yang pecah berteraburan.

"Naufal punya darah ke tu?" Tuan Fattah bertanya. Waktu dia sampai tadi pun buku lima Naufal mempunyai kesan darah.

"Taklah, perompak tu punya. Naufal belasah dia. He was ruthless. I thought he will became a killer at that moment."

Iesyraf menekup mulut penuh dramatik. Dia seakan tidak percaya yang matanya sedang berfungsi melihat hasil pergaduhan itu.

"Belasah?! Like... like tumbuk betul - betul? Macam WWE tu ke?" Soalnya bertubi - tubi. Siap dibuat demonstrasi bergusti lagi.

HOUSE OF CARDSOnde histórias criam vida. Descubra agora