Special Chapter 🦋

21.9K 1.5K 584
                                    

"Abang, bangun...." Hannah menepuk lembut bahu Harraz. Lelaki itu menggeliat kecil. Dia membalikkan tubuhnya dan mendekati Hannah yang sedang duduk di sebelahnya itu.

"Hannah dah solat?" soal Harraz yang masih mamai itu. Dia meletakkan kepalanya di atas peha Hannah.

"Belum. Hannah tunggu abang ni"

Harraz tersenyum tipis sebelum dia bangun dari katil. Ubun-ubun Hannah dikucup lembut sebelum lelaki itu berlalu ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.

Pagi itu, mereka berdua solat subuh berjemaah.

Selesai solat, Harraz kembali berbaring di atas riba isterinya. Tangan Hannah diraih sebelum tangan itu dikucup lembut.

"Abang kerja tak harini?" soal Hannah. Rambut suaminya diusap lembut. Begitulah rutin mereka setiap kali selepas solat.

"Not sure. Why sweetheart?"

"Hannah ingat nak ajak abang dengan anak-anak keluar harini. Kesian budak-budak tu, dah lama tak pergi picnic" ujar Hannah.

Harraz hanya mengangguk sebelum dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor seseorang didail.

"Ya Tengku?"

"Sorry Rizal, aku kacau kau pagi-pagi ni"

"Eh tak apa Tengku. Ada apa Tengku call saya ni?"

"Cancel semua meeting aku harini. Aku tak masuk office, ada hal sikit"

"Ouh, baik Tengku"

"Thanks Rizal"

Harraz meletakkan panggilan itu. Dia memandang Hannah yang sudah cemberut. Lelaki itu ketawa kecil. Tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukan hangatnya.

"Kenapa pula abang cancel meeting-meeting abang tu? Kalau abang busy harini kita pergi hari lain jela"

"Aip. Hannah pun tahu, abang sentiasa utamakan sweetheart abang ni dengan anak-anak abang. Kerja tu abang boleh selesaikan kemudian" ujar Harraz lembut. Bibir Hannah dikucup sekilas.

"Nanti client abang kata Hannah ni tak faham kerja suami. Selalu suruh abang lebihkan keluarga-"

"Hey, sweetheart. Kenapa ni hm? Tak adanya diorang nak cakap macam tu" Harraz sedikit terkejut melihat air mata Hannah yang sudah mengalir. Ibu jari lelaki itu naik mengusap air mata isterinya.

"Hannah mengandung ke? Kenapa sensitif sangat ni?"

Harraz mengeratkan pelukannya pada gadis itu. Belakang tubuh isterinya diusap lembut.

"T..tak tahu"

"Janganlah mengandung lagi. Raesha baru tiga tahun. Nanti mummy marah abang"

"Abang la. Bukan salah Hannah, abang tu yang miang sangat" marah Hannah. Lelaki itu tersengih sambil matanya memandang Hannah.

"Hannah yang selalu goda abang. So basically bukan salah abang sepenuhnya"

"Diam la. Penat saya kalau cakap dengan abang ni" Hannah mengeluh. Dia mahu menjarakkan diri dari lelaki itu namun pegangan Harraz pada pinggangnya semakin erat.

"I'm sorry sweetheart. Janji tak buat lagi. Hannah pergi mandi lepastu siap-siap okay? Abang nak kejutkan anak-anak kita dulu" kata Harraz. Dia mengucup ubun-ubun isterinya sebelum berlalu pergi ke arah bilik anak-anaknya.

Raees Sayyed. Kanak-kanak lelaki itu kini sudah pun berumur lima tahun. Adiknya pula, Raesha Sajeeda. Umurnya sekarang sudah mencecah tiga tahun. Begitu cepat masa berlalu. Tanpa sedar, Hannah dan Harraz sudah hampir tujuh tahun menjadi pasangan suami isteri.

Hai Encik Lanun [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα