Bab 31 🦋

13.8K 1.3K 194
                                    

"Esok kau nak pergi tengok Aizat lagi ke?" soal Harraz dingin. Hannah yang mendengar soalan itu terus mengeluh.

"Awak nak saya pergi tengok dia ke?" soal Hannah pula. Lelaki itu berdecit.

Cemburu Harraz tak habis lagi ya.

"Dah la. Jom" kata lelaki itu ringkas. Dia keluar daripada kereta dan menunggu Hannah di hadapan kereta.

"Sweetheart, kenapa kau tak kunci pintu rumah?" soal Harraz pelik. Pintu pagar rumah yang tidak berkunci itu dibelek-belek sebelum dibuka.

Lelaki itu melangkah masuk ke dalam pagar rumah Hannah. Dia melihat sekeliling rumah gadis itu sebelum mendekati pintu rumah.

"Kak Irah ada dekat dalam la" jawab Hannah. Pintu rumah dibuka dan gadis itu mencari suis lampu untuk dibuka.

Harraz pula masih kekal disamping Hannah. Perasaannya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Sweetheart.... Look..." kata Harraz gugup apabila Hannah membuka suis lampu. Gadis itu berpaling ke arah Harraz. Mereka berdua terdiam  apabila melihat satu tulisan yang menggunakan cat merah pada dinding.

TWO WEEKS! ATAU AKU AKAN PASTIKAN KAU MATI SAMA MACAM MANA AYAH KAU MATI DULU!

Hannah terduduk. Dirinya terlalu takut dengan ugutan yang diterima. Bibirnya diketap, menahan diri supaya dia tidak menangis di depan Harraz.

"Don't scared sweetheart" kata Harraz perlahan. Lelaki itu menunduk dan menyamakan kedudukannya dengan Hannah. Penumbuk dikepal apabila dia melihat gadis itu mula menangis.

"Aku tak boleh nak usap air mata kau so please jangan menangis. It's hurt to see you cry sweetheart" ujar Harraz. Mata hazel gadis itu ditatap lama.

Jujur, dia mahu menghapuskan air mata gadis itu. Dia mahu memeluk dan menenangkan Hannah. Namun dia tahu, dia harus menjaga batas yang telah ditetapkan Islam. Batas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

"S...Saya takut Harraz. Saya dah tak ada siapa-siapa lagi-"

"Aku. Kau ada aku sweetheart. Aku janji aku akan lindung kau. Selagi aku ada, aku janji kau tak akan terluka. Itu janji aku pada kau" kata lelaki itu lagi.

Hannah mengetap bibirnya. Wajah Harraz ditatap lama. Terlihat kejujuran pada wajah lelaki itu.

"Saya pegang janji awak...."

"Aku tak akan kecewakan kau...."

Harraz hanya tersenyum hambar.

"Kau rehatlah dulu, biar aku bersihkan cat ni" ujar Harraz. Lelaki itu pergi ke dapur dan mengambil segelas air mineral. Gelas itu kemudian diserahkan pada Hannah yang sedang duduk di atas sofa.

Lelaki itu menyinsing lengan bajunya sehingga paras siku. Baldi yang dipenuhi dengan air sabun itu dilihat sekilas sebelum pandangannya beralih pada Hannah yang sudah tertidur. Raut wajah gadis itu jelas menunjukkan dia lelah.

Harraz mengambil sehelai kain dan mencelupkan kain itu ke dalam air sabun tadi. Dinding yang dipenuhi dengan tulisan merah itu disental sekuat mungkin.

"Red. Just like blood" ujar Harraz sendirian. Tulisan yang sudah pudar itu dipandang lama. Matanya dipejam seketika sebelum dia menyambung membersihkan dinding itu.

Hampir satu jam lelaki itu di situ dan akhirnya tulisan merah pada dinding itu hilang. Harraz mengesat peluh di dahi. Rambutnya yang basah kerana peluh itu dikuak ke belakang.

Kain yang dipenuhi dengan sisa cat itu dicampak kasar ke dalam baldi. Tiba-tiba telefon lelaki itu berbunyi dan Harraz menjawab panggilan itu malas.

"Tengku...."

"Yeah, I know. Jumpa aku petang ni dekat tempat biasa"

Tanpa menunggu dia terus memutuskan panggilan itu. Hannah yang sudah tertidur itu ditatap lama. Lelaki itu mengeluh berat. Rambutnya dikusutkan.

Dia bangun dan berjalan mendekati Hannah. Lelaki itu duduk di tepi Hannah dan menatap wajah gadis itu.

"I'm sorry sweetheart. I'm truly sorry" kata lelaki itu sebelum dia bangun dan keluar daripada rumah dan meninggalkan Hannah tertidur sendirian.

Gadis itu terjaga setelah seharian dia tertidur. Matahari yang terik itu menyukarkan dia untuk membuka mata.

Dia bangun dan melihat sekeliling rumah. Kelibat Harraz sudah tidak terlihat. Mungkin lelaki itu sudah pulang, fikirnya.

Dinding yang telah bersih itu ditatap seketika. Dia mengambil telefon pintarnya dan menekan nombor Harraz. Gadis itu menunggu namun tiada jawapan daripada Harraz.

Sudah tiga kali dia mencuba untuk menghubungi Harraz namun tetap tidak berjaya.

"Mana awak Harraz...."

Gadis itu mengeluh. Mungkin lelaki itu sedang sibuk sekarang. Hannah berjalan mendekati tangga dan menuju ke dalam biliknya.

Dia merebahkan dirinya di atas katil seketika. Hampir sepuluh minit dia begitu.

"Siapa kau sebenarnya. Apa kau nak dari aku?" ujar Hannah sendirian. Kepalanya sibuk memikirkan siapa yang mengugutnya selama ini.

Dia mengeluh lagi. Kakinya melangkah dan gadis itu masuk ke dalam bilik air. Selesai membersihkan diri dia berjalan ke ruang tamu semula.

Televisyen dibuka sekadar untuk mengurangkan kesunyian. Hannah kini sendirian di rumah. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang.

Bijirin di dalam mangkuk itu disuap ke dalam mulut. Hanya tiga suap kemudian dia meletakkan mangkuk bijiran itu di atas meja semula.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Gadis itu hanya membiarkan tanpa melihat siapa yang menelefonnya. Namun telefonnya masih berbunyi.

Gadis itu mengambil telefonnya dan mengangkat panggilan itu dengan malas.

"Ya, Aizat. Kenapa awak call saya banyak kali?"

"Cik Hannah......" suara lelaki itu kedengaran gugup. Takut mahu mengatakan hal yang sebenar.

"Kenapa?"

"Kak Irah meninggal dunia. Polis jumpa mayat dia belakang resort-"

Panggilan itu diputuskan oleh Hannah serta-merta. Telefonnya jatuh ke atas lantai. Dia begitu terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Aizat tadi.

"Kak Irah meninggal? Kenapa tiba-tiba. Apa yang jadi sebenarnya?" ujar Hannah tidak sedap hati.

Adakah ini satu kes pembunuhan? Kenapa mayat wanita itu boleh berada di belakang resort? Yang paling penting sekali, siapa dalang disebalik semua yang terjadi ini?

Fikiran gadis itu penuh dengan tanda tanya. Soalan-soalan yang jawapannya masih lagi tidak ditemui.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now