Bab 9 🦋

14.4K 1.3K 150
                                    

"Morning mummy" sapa Harraz mesra. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi makan. Dia melihat beberapa lauk yang terhidang di atas meja hasil air tangan ibunya.

"Morning. Daddy mana Harraz?"

"Daddy dah pergi office. Ada urgent meeting"

Tengku Akma Rajihah hanya mengangguk perlahan. Matanya meneliti wajah tampan anak tunggalnya itu.

"Harraz tak ikut daddy?" soalan Tengku Akma menerima gelengan dari Harraz. Lelaki itu menyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya sendiri.

"Harraz ada kerja mummy. Minggu depan Harraz nak pergi Langkawi, ada hal nak kena urus dekat sana" terang Harraz sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Air teh yang terhidang diteguk sehingga habis.

"Berapa hari pergi sana?"

"Maybe sebulan... Tak pun lebih" kata Harraz. Lelaki itu mengerling ke arah ibunya yang sudah mula gelisah. Bukannya dia tidak tahu, ibunya itu bukan percaya sangat dengan dirinya.

"Mummy janganlah risau. Harraz janji Harraz behave okay?"

"Macam la mummy boleh percaya. Jangan macam-macam ya. Mummy tak nak dengar lagi Harraz mabuk lepastu pengsan tepi jalan" tegas suara Tengku Akma mengingatkan anaknya itu.

"Okay mummy...." Harraz mengendurkan suaranya. Telinganya sudah masak mendengar nasihat dari ibunya itu namun dia tetap berdegil.

"Kalau Harraz nak pergi, bawa Aniq sekali. Kalau tak, tak boleh pergi"

Harraz tercengang. Aniq? Memang saja cari masalah kalau bawa pak cik bawang itu.

"Hah? La.... tak payah la mummy. Harraz pandai je jaga diri. Harraz dah besar la mummy, bukannya budak tadika lagi" bantah Harraz.

"Tak boleh. Kalau Harraz tak nak bawa Aniq, mummy yang ikut Harraz. Pilih"

Harraz terdiam. Susah la macam ni. Nak bawa mummy memang tak boleh. Kalau bawa si Aniq tu pula, buat menyusahkan diri sendiri saja.

"Mummy.... Tak akan la Harraz nak pergi cari menantu untuk mummy kena bawa Aniq? Potong line la nanti" kata Harraz cuba untuk mengelak.

Tengku Akma memandang anaknya tidak percaya. Entah betul ke tidak si Harraz ni.

"Apa? Menantu? Jangan mengarut la Harraz. Kamu tu Al-Fatihah pun tersekat-sekat ada hati nak cari menantu untuk mummy. Pergi cermin diri tu dulu"

Dang!

Terasa seperti peluru berpandu ditembak tepat pada dada Harraz. Lelaki itu memegang dadanya.

"Ish mummy ni, patutnya mummy bagi semangat dekat Harraz. Ini tak, makin diperli adalah"

Harraz mencebik tidak puas hati. Dirinya bangkit dari duduk dan mula mencapai telefonnya di atas sofa.

Dia melangkah semula ke arah Tengku Akma yang masih setia duduk di atas kerusi makan itu. Tubuh ibunya dipeluk erat kemudian dia mencium pipi Tengku Akma.

"Harraz pergi dulu"

"Harraz kalau nak kahwin bagitahu mummy, nanti mummy boleh hantarkan Harraz kelas agama dekat surau depan tu. Dah pandai agama baru la boleh jadi suami orang"

"Tak apalah mummy, Harraz kahwin dengan monyet je la kalau macam tu" kata Harraz sebelum melangkah keluar dari banglo setingkat yang didudukinya itu.

Tengku Akma hanya menggelengkan kepala. Sudah berbuih mulutnya menasihati anak teruna nya yang seorang ini.

Entah bila mahu berubah dia pun tidak tahu. Apa yang dia mampu cumalah berdoa kepada Ilahi.

Harraz keluar dari kereta Audi miliknya itu sebelum masuk ke dalam Art Gallery. Lelaki itu duduk di ruang menunggu sambil melihat sekeliling.

"Harraz!" laung seseorang dari jauh. Harraz tersenyum nipis kemudian melambaikan tangannya.

"Lama dah ke sampai?"

"Baru je. Kau dari mana?"

"Aku pergi check lukisan yang baru sampai dekat belakang tadi. Kau kenapa nak jumpa aku ni?"

Rissa melabuhkan punggungnya di sebelah Harraz. Gadis itu mencapai botol air mineral dan meneguk air itu sehingga tinggal separuh.

"Kau ada tak nombor Hannah?" soal Harraz. Belakang tengkuknya digaru perlahan.

Dulu memanglah dia ada nombor Hannah tapi lepas mereka bergaduh waktu di pasar mini dulu Harraz terus membuang nombor Hannah kerana dia terlalu marahkan gadis itu.

"Hannah?"

"Err.... Hannah, Hannah Sufiya kawan kau tu"

"Ouh, ada. Kenapa?"

"Aku nak boleh?" pinta Harraz serta-merta. Rissa memandang Harraz tidak percaya. Apa kena dengan kawannya ini?

"Kau nak buat apa?"

"Bagi jelah, ada hal penting aku nak cakap dengan dia"

"Yeke kau ni? Ke... Kau nak mengorat dia?" Rissa mengecilkan matanya. Alis keningnya diangkat-angkat.

Melihat reaksi Rissa membuatkan Harraz berdecit.

"Nonsense. Aku nak contact dia sebab kerja, bukannya saja-saja" bantah Harraz. Delilah tersenyum senget.

Telefon bimbit Harraz diambil kemudian dia menaip sesuatu pada telefon itu. Harraz hanya melihat dari sisi Rissa.

"Nah. Kau kata nak contact sebab kerja je kan? Kalau Hannah bagitahu aku kau kacau dia, siap kau. Aku mengadu dekat aunty"

"Kau dengan Aniq sama je. Sikit-sikit nak mengadu dekat mummy" Harraz berdecit. Telefonnya dirampas daripada tangan Rissa.

Lelaki itu bangun dan merapikan baju kemejanya sedikit sebelum melangkah. Rissa hanya membuntuti Harraz dari belakang dan berhenti di pintu masuk Art Gallery.

"Hannah ada dekat Langkawi" kata Rissa tiba-tiba membuatkan Harraz berpaling semula.

"Kenapa kau bagitau aku?"

"Manalah tahu, kot-kot kau rindu dia ke. Bolehlah pergi jenguk mak cik kau tu" kata Rissa dengan senyuman senget. Harraz sudah menjeling Rissa dengan mata helangnya.

"Banyak la kau punya rindu. Dah la, aku balik dulu"

Harraz melangkah masuk ke dalam keretanya. Nombor telefon Hannah ditatap lama pada skrin telefon.

Tanpa dia sedar bibirnya mula terukir satu senyuman tipis. Pantas saja jarinya menekan nombor telefon Hannah.

Telefonnya didekatkan di tepi telinga. Hampir satu minit telefonnya berdering dan akhirnya panggilan itu terjawab.

Suara lunak yang menyahut panggilan Harraz membuatkan lelaki itu terpana seketika.

"Siapa ni?"

"Hello?"

"Ish! Siapa pun awak, jangan call saya lagi. Assalamualaikum"

Tanpa menunggu lagi Hannah terus meletakkan panggilan itu bila tiada yang menyahutnya. Harraz menahan tawa mendengar omelan Hannah.

Comel.

Buat seketika Harraz terlupa tujuan utamanya mendapat nombor telefon Hannah. Matanya dipejam rapat membayangkan wajah putih bersih gadis itu.

Berangan la kau Harraz. Sedar diri sikit. Kau dengan dia tu musuh. Haihh....

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now