Bab 54 🦋

15.8K 1.3K 628
                                    

Harraz mengusutkan rambutnya. Telefonnya dicampak ke tepi. Jam di dinding dilihat sekilas. Hatinya mula resah.

Sekarang sudah jam sebelas malam. Kenapa isterinya masih belum pulang? Ke mana isterinya itu pergi pada jam sebegini?

Jantungnya berdetak laju apabila dia melihat panggilan Hannah yang tidak berjawab pagi tadi. Disebabkan lelaki itu di dalam bilik mesyuarat dia terpaksa mematikan telefonnya.

"Kau pergi mana sweetheart...." Harraz resah. Apabila dia menelefon Ernie, gadis itu juga tidak menjawab panggilannya.

Harraz mengambil telefonnya kembali. Nombor Zyad ditekan.

"Hello?"

"Zyad"

"Ha, kau nak apa malam-malam ni?"

"Zyad, cuba tanya Ernie Hannah dekat mana. Aku dah call dia tapi dia tak angkat. Risau aku, dah malam macam ni tak balik lagi"

"Eh? Ernie kata Hannah minta dia tinggalkan Hannah dekat mall sebab dia nak pergi office kau pagi tadi. Nak surprise kan kau agaknya. Kau tak jumpa ke dia dekat office kau?"

Harraz terus sahaja meletakkan panggilan. Giginya diketap. Perasaan takut mula menerpa diri. Lelaki itu sekali lagi menelefon isterinya namun tetap tiada jawapan dari gadis itu.

Tanpa menunggu, dia terus sahaja mencapai kunci keretanya. Pintu rumah dikunci sebelum dia bergerak ke pusat membeli-belah yang Hannah dan Ernie pergi pagi tadi.

Harraz mengetuk stereng keretanya kuat. Pedal minyak ditekan. Keretanya meluncur laju di atas jalan raya. Sebaik sahaja lelaki itu meletakkan kenderaan di tempat parkir, dia terus berlari masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.

Keadaan di dalam pusat membeli-belah itu agak sunyi. Banyak kedai yang sudah tutup. Pelanggan juga tidak ramai kerana waktu sudah lewat.

"Encik?" Bahu Harraz ditepuk oleh seseorang. Lelaki itu berpaling ke belakang. Seorang pengawal keselamatan sedang berdiri di hadapannya.

"Encik, kami dah nak tutup mall ni. Encik kena keluar sekarang, sebab saya takut encik terkurung dalam ni" kata pengawal keselamatan itu.

Harraz mengeluarkan telefonnya. Gambar Hannah dicari sebelum dia menunjukkan gambar itu pada pengawal keselamatan di hadapannya ini.

"Ni isteri aku. Dia hilang, last location dia dekat sini. Kau ada ternampak dia atau tahu dia ada dekat mana?" soal Harraz serius.

Pengawal keselamatan itu hanya menggelengkan kepala. Harraz mengeluh. Dia mula terfikirkan sesuatu.

"Mall ni ada cctv kan?"

"Ada..."

"Dekat lot parkir pun ada. Kan?" Sekali lagi pengawal keselamatan itu mengangguk.

"Bagus. Aku nak tengok cctv tu sekarang"

"Maaf encik. Orang awam tak dibenarkan masuk ke bilik kawalan tanpa kebenaran dari pihak atasan"

Harraz mengetap giginya. Lelaki itu berdecit. Mata helangnya tajam menikam wajah lelaki dihadapannya itu.

"Kenal Tengku Hanif Omar?" soal Harraz dingin. Pengawal keselamatan itu hanya mengangguk perlahan.

"Aku anak dia. Tengku Harraz Rizqi. Jadi, aku masih dikira orang awam?" soal Harraz sedikit sinis. Pengawal keselamatan itu meneguk air liur kesat. Dia menunduk sedikit apabila melihat Harraz tidak lepas dari memandangnya.

Akhirnya pengawal itu bersetuju untuk menunjukkan rakaman kamera litar tertutup pada Harraz. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah bilik kawalan yang berada di tingkat tiga.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now