Bab 33 🦋

13.3K 1.2K 239
                                    

"Kau nak pergi mana ni Hannah?" soal Ernie resah. Hannah yang mendengar hanya tersenyum. Gadis itu menyambung mengikat tali kasutnya tanpa menjawab soalan Ernie.

"Weh, kau jangan macam-macam. Dah la haritu rumah kau ni kena pecah masuk. Duduk je la dekat rumah, teman aku" rengek Ernie lagi.

"Aku nak pergi keluar makan aiskrim dekat mall kejap. Bosan duduk dalam rumah ni" kata Hannah seraya mencapai beg galasnya yang berada di tepi pintu.

Wajah Ernie yang hampir menangis itu ditatap seketika dan dia mula ketawa.

"Kau janganlah takut. Duduk je rumah elok-elok. Kunci semua pintu dengan tingkap. Aku pergi tak lama, petang nanti aku balik"

"Petang?! Wehhh... Janganlah pergi Hannah. Kalau kau nak pergi pun bawa aku sekali-"

"Tak nak aku bawa kau. Nanti kalau berjalan lama sikit mula la mengadu sakit kaki la apa la. Macam aku tak kenal perangai kau"

"Ala.... Aku takut la Hannah. Macam mana kalau penceroboh tu masuk rumah kau balik? Kau tak sayang best friend kau ni ke? Kalau apa-apa jadi dekat aku macam mana?" kata Ernie lagi cuba memujuk Hannah. Bibirnya diketap perlahan. Mukanya mula menayang riak wajah meminta simpati.

Hannah yang mendengar rengekan itu hanya mengeluh.

"Kalau kau takut sangat, kau telefon Aniq dengan Zyad ajak diorang teman. Aku pergi dulu tau. Apa-apa telefon aku" kata Hannah sebelum dia berlari ke arah kereta Myvinya.

Enjin kereta dihidupkan dan dibiarkan sementara. Setelah dua minit dia begitu, Hannah mula bergerak keluar dari kawasan rumah.

Hampir dua puluh minit Hannah mengambil masa untuk sampai ke pusat membeli-belah yang berada di tengah bandar. Jalan raya yang sesak membuatkan gadis itu terlewat sampai ke destinasi yang dituju.

Sampai saja dia di dalam pusat membeli-belah itu, matanya mula meliar mencari sesuatu. Gadis itu terlalu fokus sampaikan dia tidak sedar akan keberadaan orang disekelilingnya.

"Ahh!"

Hannah jatuh terduduk di atas lantai. Punggungnya dipegang, menahan rasa sakit akibat terjatuh.

"Cik? Cik okay?"

"O...okay...."

Hannah mendongak. Terlihat seorang gadis yang berambut pendek paras bahu sedang berdiri dihadapannya bersama dua beg plastik di dalam genggamannya.

"Awak?" kata gadis itu tiba-tiba. Matanya mula menilik setiap inci wajah Hannah.

"Sorry?"

"Awak orang yang saya terlanggar dekat hospital dulu kan?" soal gadis itu lagi. Hannah pula masih mendiamkan diri. Otak cuba untuk mengingatkan kembali kejadian lalu.

"Lah.... Awak ke? Seingat saya yang langgar saya haritu perempuan rambut panjang"

"Saya la tu. Saya baru potong rambut minggu lepas" kata gadis itu dan kemudian dia membantu Hannah untuk bangun.

Gadis itu menepuk-nepuk bahagian belakang tubuhnya yang kotor kerana lantai pusat membeli-belah itu.

"Sayang!" satu laungan yang membuatkan kedua-dua gadis itu berpaling. Melihat siapa pemilik suara itu membuatkan Hannah kaku di tempatnya.

Lelaki itu berjalan mendekati mereka berdua. Hannah mengetap bibirnya. Hatinya mula berdetak tidak senang.

"Lamanya awak pergi toilet"

"Balik dari toilet tadi saya ternampak ni. Saya beli untuk baby kita nanti" kata lelaki itu sambil tangannya mengusap perut si isteri yang masih lagi kempis.

Hai Encik Lanun [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum