Bab 45 🦋

19K 1.5K 265
                                    

Selepas selesai majlis akad nikah, Harraz membawa Hannah ke rumah baru mereka. Apartment yang baru dia beli minggu lepas untuk gadis itu.

Harraz membalikkan badannya dan menghadap Hannah yang sedang duduk di atas sejadah itu. Mereka berdua baru saja selesai solat isya' berjemaah.

Harraz tersenyum. Dia menatap wajah bersih isteri kecilnya itu. Hannah pula hanya menunduk dari tadi. Tidak mahu bertentang mata dengan Harraz yang kini sudahpun menjadi suaminya.

Baru saja gadis itu mahu bangun, tangannya ditarik oleh Harraz. Gadis itu terduduk kembali.

"Sweetheart, kenapa kau dari tadi pandang bawah?"

"Tak ada apa" Hannah  menunduk. Tidak semena-mena pipinya merah akibat tatapan Harraz itu.

Harraz tersenyum nakal. Otaknya mula terfikirkan sesuatu. Lelaki itu pantas menarik sejadah yang sedang Hannah duduk itu untuk mendekatinya. Tanpa sengaja, gadis itu terjatuh ke dalam dakapan Harraz.

"Abang!"

Harraz menaikkan satu alis keningnya. Wajah Hannah pada dada bidangnya itu dipandang.

"Sweetheart? Kau panggil aku apa?"

Hannah mengetap bibirnya. Dirinya dikutuk berkali-kali. Kali ini dia langsung tak boleh nak bertekak dengan Harraz. Entah kenapa suaranya terasa seperti hilang pada malam itu.

"Tak ada apa..."

"Kau panggil aku abang?" soal Harraz lagi. Mengusik. Bibirnya tersenyum senget.

"Mana ada" nafi Hannah perlahan. Harraz yang mendengar kata-kata itu hanya tertawa kecil.

Jantungnya sudah berdetak laju apabila tangan Harraz mengusap belakangnya. Satu kucupan singgah di dahi gadis itu. Tidak semena-mena air wuduk mereka batal.

Lama mereka begitu. Hannah menarik nafasnya dalam cuba untuk bertatapan dengan Harraz yang sedang memeluknya itu.

"I love you" ucap Harraz tiba-tiba. Satu lagi kucupan singgah pada dahi Hannah. Dia kembali menatap wajah isterinya yang sudah memerah itu.

"Cute" kata Harraz. Suka apabila melihat pipi isterinya yang kembali merah merona itu. Pelukan dieratkan.

"Sweetheart....." lirih Harraz perlahan.

"Hmm?"

"Boleh aku tengok rambut kau?" soal Harraz lembut. Dia berhati-hati kerana dia tidak mahu memaksa gadis itu. Dia tahu, Hannah seorang yang pemalu.

Hannah mengetap bibirnya. Sememangnya dari tadi Harraz belum pernah melihat rambutnya lagi. Sepanjang masa dia memakai tudung bahkan jika dia masuk ke tandas.

Gadis itu menjarakkan dirinya daripada Harraz. Tangannya perlahan-lahan naik dan melepaskan telekung yang dia pakai sekarang.

Ikatan rambutnya dilepaskan.

Harraz terkaku. "Beautiful" ujar Harraz sambil menatap wajah isterinya. Matanya tidak berkelip memandang bidadari syurganya itu. Rambut hitam keperangan itu berjaya membuatkan Harraz terpukau.

Rambut Hannah diusap perlahan.

"You're so beautiful sweetheart" puji Harraz lagi. Hannah pula hanya menunduk dari tadi. Dia terlalu malu untuk bertatap mata dengan Harraz ketika ini.

Harraz yang perasan akan hal itu mula menjauhkan sedikit dirinya dari Hannah. Dia menghulurkan telekung gadis itu kembali.

"Kalau kau tak biasa lagi kau pakailah semula. Aku faham, tak apa" ujar lelaki itu lembut. Bibirnya tersenyum manis.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now