Bab 2 🦋

20.5K 1.7K 238
                                    

"Kau kenapa ni kura-kura? Time aku nak cepat lah kau buat hal. Minyak aku dah isi, carwash tiap-tiap minggu pergi.... apa lagi masalah ni?"

Hannah menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung. Dia sudahlah tidak tahu nak baiki kereta. 'Kura-kuranya' ini pula boleh buat hal.

Air mata mula bertakung di kelopak matanya, tunggu masa saja untuk tumpah. Emosi dia betul-betul tak stabil sekarang ni.

Sudahlah tertekan dengan tempat kerja, perut pun belum diisi lagi, tambah pula awan yang sudah semakin gelap. Ribut juga turut berbunyi.

"Ish! Kau lagi satu telefon, kenapa masa ni jugak lah nak habis bateri? Habis macam mana aku sekarang ni? Hari dah nak hujan, kereta pulak rosak"

Hannah buntu. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ini. Nak minta tolong, tiada satu pun kereta yang lalu.

Lama dia duduk termenung di bahu jalan, menunggu jika ada mana-mana kereta yang sudi berhenti menolongnya.

Tiba-tiba ada sebuah kereta Audi yang berhenti di hadapan kereta Myvi Hannah. Pemandu kereta itu terus keluar dan melangkah mendekati Hannah yang sedang duduk di bahu jalan itu.

"Kenapa?" soal lelaki itu pada Hannah.

"Entahlah kura-kura saya ni, tadi tengah bawa dia jadi tersengguk-sengguk lepastu terus tak hidup-hidup dah"

"Kura-kura?"

Lelaki tadi mengangkat keningnya sebelah. Hannah pula sudah menekup mulutnya, malu dengan diri sendiri.

Sudah, kantoi....

"Err... Maksud saya kereta"

"Kenapa tak panggil Ninja Turtle je terus? Kereta pun nak ada nama ke?" Harraz tergelak melihat reaksi Hannah. Dia sengaja mahu mengusik gadis itu.

Bukannya apa, dia nak menguji ingatan Hannah sebenarnya. Ingatkan Hannah masih ingat pada diri dia tapi rupa-rupanya tidak. Mungkin kerana sewaktu mereka berjumpa haritu, Hannah tidak dapat mengecam wajahnya.

"Bak sini kunci kereta kau" pinta Harraz. Hannah menghulurkan kunci keretanya kepada Harraz. Lelaki itu membuka pintu kereta kemudian matanya memandang lama pada meter minyak kereta.

"Minyak hitam kau ni dah kering. Bila last kau pergi hantar servis?" soal Harraz. Lengan baju kemejanya dilipat sehingga paras siku.

Bonet depan kereta Hannah dibuka. Terbatuk-batuk Harraz menghidu asap dari enjin kereta Myvi itu.

"Manalah saya tahu minyak hitam apa semua ni. Saya tahu bawak je" kata Hannah. Memang begitulah hakikatnya, kalau hantar bengkel pun biasanya abang dia yang akan uruskan.

"Tak pandai jaga rupanya, patutlah jahanam" kata Harraz selamba. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mula menelefon nombor seseorang.

Apa dia kata? Jahanam? Eh mamat ni, memanglah aku ni bodoh sikit bab-bab kereta ni tapi tak adalah sampai jahanam. Ikut sedap mulut dia je mengata aku.

"Kereta kau ni tinggal sini dulu, nanti mekanik aku datang ambil"

"Hah? Habis saya nak balik naik apa?" soal Hannah. Matanya memandang ke arah keretanya. Risau pula dia mahu meninggalkan 'kura-kura' dia di sini.

"Aku hantar kau. Jom"

"Eh, tak apalah, saya cari teksi nanti. Susahkan awak je nak hantar saya balik"

"Jom jelah. Lagipun hari dah nak hujan ni, teksi pun dah tak ada rasanya waktu-waktu macam ni" kata Harraz lagi. Dia memandang wajah bersih Hannah.

Cantik.

Setelah hampir lima minit Hannah mendiamkan diri, dia akhirnya akur dengan pelawaan Harraz.

Hai Encik Lanun [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora