Bab 27 🦋

13.9K 1.3K 255
                                    

"Maaf ya Hannah, uncle tak tahu tanah ni tanah Safuan. Kalau uncle tahu, memang uncle tak akan minta Hannah jual"

"Tak apa Tengku. Saya pun tak tahu yang abah dengan Tengku ni berkawan" kata Hannah sopan.

Tengku Hanif Omar, ayah kepada Harraz. Lelaki itu kini berada di dalam pejabat Hannah. Setelah dia mendengar yang tanah itu milik Haji Safuan, dia terus bergerak ke Langkawi untuk menemui sahabat lamanya itu. Namun hampa kerana Haji Safuan sudah lama meninggal dunia.

"Dah dekat sepuluh tahun uncle tak jumpa Safuan. Tahu-tahu dia dah tak ada. Cepat betul dia pergi" kata Tengku Hanif sayu.

"Allah lebih sayangkan abah Tengku. Saya sebenarnya rindu sangat dengan abah. Sekarang saya cuma ada kakak dengan abang. Ibu dengan abah dua-duanya dah pergi" kata Hannah pula.

Gadis itu hanya tersenyum hambar. Fikirannya mula penuh dengan wajah Haji Safuan.

"Sweetheart!" suara itu membuatkan Hannah terhenti dari mengelamun. Pemilik suara itu dengan selambanya menerjah masuk ke dalam pejabat Hannah tanpa mengetuk pintu dahulu.

Hannah dan Tengku Hanif serentak berpaling ke arah Harraz yang kaku berdiri di hadapan pintu pejabat itu. Lelaki itu perlahan-lahan berjalan mendekati Hannah dan Tengku Hanif sebelum dia meneliti setiap inci wajah Tengku Hanif.

"Daddy?"

"Harraz?"

Hannah bingung. Fikirannya mula datang dengan pelbagai persoalan. Siapa Tengku Hanif pada Harraz?

"Daddy buat apa dekat sini? Agak-agak la pun kalau nak cari isteri baru. Hannah ni dah berpunya jadi daddy boleh la berundur dulu" kata Harraz selamba sebelum dia berjalan mendekati Hannah yang dari tadi membisu.

"Daddy masih ingat mummy dekat rumah tu Harraz. Daddy datang nak jumpa Haji Safuan, bukan nak cari isteri baru" kata Tengku Hanif. Lelaki tua itu mengeluh.

"Tapi-"

"Ya, daddy tahu. Sebab tulah daddy dekat sini, daddy berborak dengan bakal menantu daddy ni. Kan Hannah?"

"Hah?" Hannah tercengang.

Bakal menantu? Wahh, jauh sekali. Tak nak aku jadi isteri Harraz. Dah la aku dengan dia ni tak pernah kalau tak bergaduh. Hancur rumahtangga kalau macam tu.

Tengku Hanif tergelak melihat reaksi Hannah. Harraz pula dari tadi asyik tersenyum.

"Daddy balik dulu la kalau macam tu. Harraz kalau boleh balik la awal sikit, mummy dah rindu sangat dengan Harraz" pesan Tengku Hanif.

Harraz hanya mengangguk sebelum dia bersalaman dengan ayahnya. Setelah itu, Tengku Hanif pun beredar dari kawasan Resort Teratak Indah dan meninggalkan Harraz dan Hannah sendirian.

"How's your ankle sweetheart? Getting better or not?" soal Harraz.

"Tengku Hanif ayah awak?" soal Hannah pula yang masih lagi dalam kebingungan. Gadis itu mengajukan soalan tanpa menjawab soalan Harraz.

Lelaki itu hanya mengangguk kerana itu adalah kebenarannya. Tengku Hanif Omar, ayah kepada Tengku Harraz Rizqi.

"Maknanya awak ni Tengku la kan? Tengku Harraz Rizqi?!" kata Hannah tidak percaya.

Selama ni yang aku kutuk, yang aku bergaduh tu anak Tengku?! Seriously?!

"Kenapa kau terkejut sangat sweetheart? Any problem?"

"Of course!"

Harraz mengeluh seketika sebelum menarik lengan gadis itu yang berlapik dengan baju untuk keluar dari pejabat Hannah.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now