Bab 47 🦋

19.7K 1.5K 233
                                    

"Sweetheart....bangun" panggil Harraz perlahan. Bahu isterinya yang terdedah itu diselimutkan. Dahi gadis itu dikucup penuh kasih.

Hannah menggeliat kecil. Selimut tadi ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Badannya didekatkan pada Harraz. Lelaki itu tersenyum kecil dan menarik Hannah ke dalam dakapannya.

"Bangun sweetheart, kita solat subuh dulu" kejut Harraz lagi. Bibirnya turun mengucup bibir Hannah pula. Gadis itu mula tersedar.

Matanya dibuka perlahan dan pandangannya bertembung dengan Harraz yang tidak berbaju itu. Lelaki itu hanya memakai seluar pendek.

"Pukul berapa dah sekarang?" soal Hannah yang masih lagi mengantuk.

"It's already six o'clock sweetheart. Kau pergi mandi dulu lepastu kita solat sama-sama, okay?"

Hannah hanya mengangguk. Baru sahaja dia mahu bangun dia terbaring kembali. Wajah Harraz ditatap seketika.

"Awak keluar dulu boleh? Saya nak pakai baju" kata Hannah perlahan. Bibirnya diketap. Harraz hanya menahan dirinya daripada tersenyum.

Tubuh isterinya yang masih berselimut itu diangkat dan dia membawa Hannah ke dalam bilik air. Menjerit kecil Hannah apabila lelaki itu tiba-tiba saja mendukungnya.

Harraz meletakkan isterinya di tepi singki. Bibir isterinya dikucup lembut sebelum dia menjarakkan dirinya kembali.

"Nak mandi sendiri ke, kau nak aku yang mandikan-"

"Tak payah!" celah Hannah. Pipinya membahang dengan soalan Harraz tadi. Lelaki itu tertawa kecil apabila melihat reaksi isterinya. Hidung gadis itu dicuit.

"Mandi cepat. Kau lambat, aku gigit" ugut Harraz.

Mata Hannah sudah membulat. Sejak kejadian malam tadi lelaki itu semakin berani. Cakap pun sudah tidak berlapis lagi.

Pintu bilik air itu ditutup. Harraz membiarkan isterinya bersihkan diri dahulu. Dia mengambil sehelai baju melayu hitam dan kain pelikat lalu disarungkan pada badannya. Baju dan kain pelikat itu sememangnya sudah tersedia di dalam kereta Harraz.

Hannah keluar dengan hanya memakai kemeja Harraz. Dia sememangnya tidak membawa apa-apa pakaian. Lagipula dia tidak merancang untuk tidur di hotel pada malam itu. Ini semuanya plan mengejut Harraz.

"Nah" Lelaki itu menghulurkan kain telekung pada isterinya. Sejadah dibentang dan Harraz bersiap-siap untuk memulakan solat.

"Mana awak dapat ni?" soal Hannah pelik. Wajah Harraz yang sedang menatapnya itu dipandang lama. Segak betul lelaki itu berbaju melayu.

"Aku pinjam dengan staf hotel ni" kata Harraz sambil membetulkan rambutnya. Hannah hanya mengangguk. Lelaki itu kembali menghadap ke arah kiblat.

Selesai solat, mereka berdua kembali berbaring di atas katil. Tangan kekar Harraz tidak lepas dari memeluk tubuh isterinya itu. Dahi Hannah tidak berhenti dikucup olehnya.

"Sweetheart aku nak tanya"

"Tanyalah"

"Kenapa kau save number aku as Encik Lanun? Siap ada emoji kura-kura pula tu" soal Harraz sedikit tidak puas hati. Tak macho langsung letak emoji kura-kura. Ingat dia penjaga zoo ke?

"Padanlah dengan awak. Awak kan suka memaksa saya, lepastu semua benda kena ikut cakap awak. Sebijik macam lanun" jawab Hannah bersahaja. Rasa ingin tergelak melihat wajah Harraz yang tidak puas hati itu.

"Kutuk depan-depan nampak?"

"Better la dari mengumpat belakang-belakang. Tak gitu Encik Lanun?" Hannah mengetap bibirnya, menahan dirinya dari tergelak.

"Banyaklah kau Encik Lanun. Encik Lanun yang suka memaksa ni dah jadi suami kau pun sweetheart" cebik Harraz. Masih lagi tidak puas hati dengan nama panggilan yang diberi oleh Hannah itu.

Hannah terus tergelak besar mendengar kata-kata Harraz tadi. Dia memandang Harraz dan Harraz juga memandangnya. Tawa mereka bersatu.

Hannah menarik nafas. Cuba untuk tenangkan diri supaya berhenti ketawa. Dia memejamkan matanya seketika.

"Aku kasar ke dengan kau sweetheart?" soal lelaki itu tiba-tiba. Dia tahu Harraz sedang membangkitkan hal semalam. Hannah hanya mendiamkan diri, tidak mahu bercakap tentang hal itu lagi. Tidak semena-mena pipinya merona.

"Kau ada sakit mana-mana sweetheart?" soal Harraz lagi dan memandang wajah mengantuk isterinya. Hannah hanya menggeleng. Dirinya didekatkan lagi dengan lelaki itu. Mukanya disorokkan pada dada bidang Harraz.

"Betul?" soal Harraz lagi sekali, risau.

"Iya abang...." jawab Hannah meleret. Sengaja mahu mengusik Harraz. Mata gadis itu masih terpejam. Badannya terasa agak penat.

Harraz mengetap bibirnya. Wajah bersih gadis itu tidak lepas dari pandangannya. "Jangan goda aku sweetheart. Nanti apa-apa jadi jangan salahkan aku" kata Harraz. Keras intonasi suaranya ketika itu.

Hannah yang mendengar hanya tertawa kecil.

"Panggil abang pun tergoda. Lemah betul iman awak" ejek Hannah lagi.

"Iman aku lemah sebab kau sweetheart. Only you can make my heartbeat go crazy like this" kata Harraz lagi sambil tangannya mengambil tangan Hannah dan meletakkan tangan gadis itu pada dadanya.

Hannah membuka matanya terkejut. Laju betul degupan jantung suaminya ini. Sama macam orang baru habis maraton.

"Did you hear that?" soal Harraz perlahan. Hannah hanya mengangguk.

"It's all because of you sweetheart" sambung Harraz lagi. Tidak semena-mena bibir Hannah dikucup olehnya.

"Harraz...."

"Yes sweetheart?"

"Kenapa awak suka saya?" soal gadis itu tiba-tiba.

"Correction, it's i love you not i like you. Love and like are not the same thing, it's different sweetheart" jawab Harraz.

"Apa-apa jelah. Tapi kenapa dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni awak cintakan saya?"

"Do I need a reason to love you? I don't think so. I just love you sweetheart. I love you more than you can ever imagine" kata Harraz lagi. Tanpa sedar, Hannah tersenyum mendengar jawapan dari lelaki itu.

Jujur, dia sendiri tiada jawapan yang sebenar-benarnya untuk soalan itu. Dia terlalu cintakan isterinya ini sampaikan dia tidak tahu sebab mengapa dia cintakan Hannah.

Tangan Harraz perlahan jatuh pada perut isterinya. Permukaan perut yang berlapikkan kemejanya itu diusap lembut. Bibirnya tersenyum manis.

"Aku janji dengan kau, aku akan cuba sedaya yang aku mampu untuk bahagiakan kau. Mesti seronok kan nanti kalau kau pregnant. Kau mesti mengidam macam-macam nanti"

Hannah hanya tersenyum. Tangan Harraz pada perutnya itu dipegang.

"Awak jangan berharap sangat tau. Saya takut saya tak dapat bagi awak anak, saya takut kalau saya kecewakan awak-"

"Hey, listen okay sweetheart. Kita ada baby atau tak, itu semua atas takdir Allah. Kalau tak ada sekalipun, aku tak kisah. Yang penting aku ada kau" kata Harraz, memintas percakapan isterinya. Tidak suka apabila Hannah berkata begitu.

"Awak...."

"Hmm?" Mara Harraz bertembung dengan mata hazel Hannah.

"Kalaulah kan, kalaulah saya betul-betul tak boleh pregnant, awak kahwin satu lagi tau-"

"Don't ever say that again. Last warning okay sweetheart. Tak kisahlah apa yang jadi sekalipun, aku tak akan pernah duakan kau. Kahwin dengan perempuan lain? Tak akan pernah terjadi, pegang janji aku" pintas Harraz sekali lagi. Tegas lelaki itu bersuara.

Tidak semena-mena bibir isterinya dikucup sekali lagi. Hidung mereka bersentuhan.

"You're my first and last sweetheart"

dah" balik ke pangkuan
keluarga masing-masing yaa ☺️🔪

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now