Bab 4 🦋

18.5K 1.6K 283
                                    

"Woi Harraz!"

Harraz memalingkan wajahnya. Lelaki itu berdecit memandang satu figura yang berdiri di sebelahnya itu.

"Kenapa kau tak datang subuh esok je?" kata Harraz sinis. Dirinya mula berpaling semula dan minum minuman di hadapannya kembali.

"Amboi kau, aku baru lambat sikit dah perli bagai"

"Ha yela Aniq, memang dua jam tu sekejap je kan? Macam dua minit" Harraz menjeling tajam ke arah kawannya. Pantang betul dia dengan orang yang tak tepati masa ni.

"Ye... Sorry Tengku Harraz Rizqi. Aku salah. Aku lambat" Aniq mengerdipkan matanya berkali-kali pada Harraz namun Harraz hanya mengendahkan dirinya.

Tanpa disuruh, Aniq melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Harraz. Minuman pada tangan Harraz diambil dengan selambanya dan diminum tanpa rasa bersalah.

"Apa masalah kau setan? Kalau nak minum order sendiri, jangan main rampas aku punya"

"Halah kau ni. Ingat aku nak sangat ke minum air kencing setan ni? Aku rela minum air longkang dari teguk benda ni" Aniq berdecit. Gelas minuman diserahkan kepada Harraz kembali. Lelaki itu mengambil minumannya dan meneguk air arak itu sehingga habis.

"Kau cakap je lebih, padahal tadi dah teguk kan?"

"Tak ada maknanya aku nak minum benda alah ni. Aku acah je"

"Kau datang sorang je ke? Zyad dengan Hakeem mana?" soal Harraz sambil bermain dengan gelas yang sudah kosong itu. Wajah Aniq ditatap malas.

"Eh tak lah, aku tak datang sorang....tak nampak ke ada lagi sepuluh orang belakang aku ni?"

"Kau, kalau aku campak kau dalam gaung jangan tanya aku kenapa"

Masing-masing menatap wajah masing-masing. Pantang betul kalau mereka ini berjumpa, pasti bergaduh.

"Zyad macam biasalah, pagi-pagi ni dia ada dekat kelab golf tu. Hakeem aku tak sure, sama ada still dekat pejabat or dia cuti hari ni"

Harraz hanya mengangguk. Matanya mula melihat sekeliling.

"Kau tak ada tempat elok sikit ke nak ajak aku lepak? Kedai mamak ke, kafe hotel kau tu ke, masjid pun elok juga, dapat insafkan kau sekali"

Aniq memandang riak wajah Harraz apabila dia menyebut perkataan insaf itu. Dia tergelak melihat wajah Harraz yang kelihatan menyampah dengan dirinya.

"Kalau kau rasa tak ada benda elok nak cakap, baik kau zip mulut kau"

"Elok apa cadangan aku. Lagipun aku tak naklah masuk syurga sorang-sorang, kan best kalau masuk ramai-ramai. Meriah je nanti syurga tu"

"Mulut kau memang puaka kan? Ingat banyak sangat dah pahala kau tu nak masuk syurga?"

"At least, aku masih ada harapan...bukan macam kau"

Harraz mengetap giginya kuat. Matanya mencerlung tajam ke arah Aniq yang sedang santai mengejeknya.

"Cakap besar la kau, entah-entah nanti kau pun sama masuk neraka. Jangan sombong, Allah tak suka hamba dia yang sombong"

"Jangan acah-acah baik, Allah tak suka manusia yang munafik"

Aniq tersenyum puas. Ingat senang nak lawan dia? Setakat perang mulut, apalah sangat. Dia juara pak cik bawang di sekolah dulu.

Siapa-siapa yang pernah diperli oleh Aniq Hanaqi mesti koyak teruk punya.

"Eh Tengku Harraz? Kenapa kau diam? Tak nak cakap apa-apa dah ke?" sindir Aniq.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now