Bab 7 🦋

15.1K 1.3K 5
                                    

"Hannah, Abah accident...." Suara Hafiz di talian jelas kedengaran. Hanya butir kata itu yang mengetuk gegendang telinga Hannah. Kata-kata Hafiz selepas itu sudah tidak kedengaran.

Gadis itu kaku. Lidahnya kelu serta-merta. Tiada kata yang terzahir dari bibirnya hinggalah dia mendengar talian diputuskan.

Hannah terus menelefon Delilah dan memohon cuti untuk pulang ke kampung. Fikirannya sudah terbang jauh ke selatan tanah air. Risau memikirkan keadaan abah yang masih tidak sedarkan diri.

Petang itu juga dia tiba di Kedah dan terus menuju ke Hospital Sultanah Maliha di Pulau Langkawi. Haji Safuan telah dimasukkan ke dalam Intensive Care Unit.

Sebak dadanya melihat abah yang kaku terbaring di atas katil dengan wayar yang berselirat di sekeliling abah.

Hannah, Hani dan Hafiz berdiri kaku di depan katil abah mereka. Perlahan-lahan Hannah berjalan mendekati abah dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil wad abah.

Tangan tua Haji Safuan diusap lembut. Air matanya perlahan-lahan mengalir membasahi pipi mulusnya. Hatinya sayu melihat keadaan abah yang agak teruk kesan dari kemalangan.

Hani mencuit lengan adiknya. Hannah berpaling dan melihat lirikan mata kakaknya yang menyuruhnya beredar dari situ.

Hannah mengeluh berat dan ibu jarinya mengusap air matanya. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dan pergi ke arah Hani dan Hafiz yang sedang menunggunya di luar.

Di ruang menunggu, mata mereka berdua terarah pada Hannah yang sudah terduduk di atas sofa. Tudungnya basah kerana air matanya yang masih tidak berhenti mengalir.

"Hannah, jangan menangis. Kita kena doakan abah..." kata Hani perlahan cuba untuk memujuk adiknya.

Hafiz mengeluh.

"Doktor Wafri ada bagitahu aku yang abah mungkin akan lumpuh. Peluang abah untuk sembuh cuma 50-50. Ada kemungkinan abah akan lumpuh seumur hidup" terang Hafiz.

Hannah meraup mukanya.

Ya Allah, sembuhkan abah Ya Allah. Aku tak sanggup tengok abah dalam keadaan macam ni Ya Allah.

Hannah merintih di dalam hati. Sungguh sebak mendengar keadaan abah sekarang. Tak mampu dia bayangkan jika abahnya lumpuh seumur hidup. Bagaimana kehidupan abah nanti jika terpaksa bergantung dengan kerusi roda seumur hidupnya?

"Macam mana abah boleh accident?"

"Kereta abah berlanggar dengan lori. Kereta abah terbabas lepastu terlanggar pokok dan pokok tu hempap kereta abah. Kaki abah tersepit, sebab tu kaki abah lumpuh" terang Hafiz perlahan.

Matanya dipejam rapat. Sungguh ngeri bila memikirkan keadaan abah yang tersepit itu.

Hannah mengetap bibir. Air matanya mula bertakung lagi. Dia bimbang, takut, gelisah dan seribu satu rasa berbaur membuatkan dia gementar.

Matanya melirik ke arah Hani yang dari tadi berdiam diri. Kakaknya itu langsung tidak berbicara satu patah apa pun.

"Doakan abah, itu saja yang kita mampu buat untuk abah sekarang ni" pinta Hafiz selaku abang sulung bagi mereka bertiga.

Hani mengangguk perlahan. Hafiz pula berdehem.

"Satu lagi, siapa yang nak jaga abah bila aku atas kapal nanti? Cuti aku ada seminggu je lagi" matanya beralih pada dua adik perempuannya itu.

Masing-masing membisu. Hani memandang Hannah dan Hannah memandang Hani.

"Kau tak boleh ambil cuti lama sikit ke?" soal Hani memandang ke arah Hafiz.

Lelaki itu menggeleng.

"Aku bukannya kerja macam kau. Nak cuti bila-bila masa je boleh. Jadual aku dah tak boleh ubah dah. Lagipun kalau aku dah start flight bukannya sekejap, ada dalam sebulan lebih juga"

"Aku pun tak boleh nak ambil cuti sebab cuti aku tinggal lagi beberapa hari je. Lagipun murid-murid aku nak exam so memang susah aku nak cuti buat masa sekarang ni" jelasnya sekali gus cuba untuk mengelak daripada menggalas tanggungjawab untuk menjaga abah yang sakit.

Hafiz mengeluh kasar. Matanya melirik ke arah Hannah yang dari tadi hanya membatu.

"Hannah rasa kita kena upah jururawat untuk jaga abah" cadang Hannah. Bukanlah dia mahu mengelak, tapi dia sedar akan hubungan dingin dia dan abah membuatkan dia merasakan dirinya tidak layak untuk menjaga abahnya.

"Abah mesti tak nak. Tak akan lah abah nak orang luar jaga dia. Lagi-lagi nak uruskan keperluan abah" bantah Hafiz dengan suara yang tegas.

Hannah terdiam seketika. Dia tersentak dengan bantahan abangnya itu.

"Aku rasa abah tak nak orang luar jaga dia. Kita ni anak abah jadi kitalah yang kena jaga abah. Tak akan abah baru lumpuh korang dah jijik tengok abah?" soal Hafiz keras. Matanya mencerlung tajam ke arah Hani dan Hannah.

"Hannah, kau jaga abah ya? Nanti kalau aku dah habis kelas aku datang tolong kau"

"Aku setuju. Lagipun kerja kau je yang tak berat. Bos kau pun kawan kau kan? Cubalah minta untuk cuti sebulan dua tanpa gaji" putus Hafiz.

Hannah memandang Hafiz tidak percaya. Bukannya dia tidak sudi tapi dia tahu pasti abah tidak suka bila dia yang menjaganya.

"Tapi aku..."

"There is no choice Hannah. Cuba bertolak ansur sikit. Aku boleh jaga abah bila aku habis duty tapi bila aku fly kau dengan Hani yang kena jaga makan pakai abah semua" kata Hafiz sebelum dia mengundur diri masuk ke dalam wad abah semula.

Hani menepuk belakang badan Hannah perlahan.

"Kau jangan risau okay? Nanti ada apa-apa bagitahu aku, mana aku mampu aku tolong"

Mana aku mampu? Kalau kau tak mampu pun kau kena tolong. Ini tak, semuanya nak curi tulang.

Hannah hanya mengukirkan senyuman tawar. Matanya menangkap riak lega pada wajah Hani. Pasti kakaknya itu senang hati bila dia terlepas dari tanggungjawab untuk menjaga abah.

Hani meminta diri dan keluar dari kawasan hospital itu.

Hannah mengalihkan pandangan ke arah wad Haji Safuan. Gadis itu menelan perit air liurnya.

Mampukah dia menjaga abah? Mampukah dia menjalankan tanggungjawab itu dengan baik sedangkan dia sedar keadaan hubungan dia dan abah yang tidak begitu baik?

Hannah tiada jawapan ketika itu.

Hai Encik Lanun [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang