"Shh... Meh sini..." Enrique menarik lengan Lian sehingga tubuh gadis itu masuk ke pelukannya.

     "Beleter lagi, aku cium mulut itu tak lepas nanti baru tahu."

     "Ciumlah, awak fikir saya takut ke?"

     Enrique hanya diam merenung ke dalam sepasang anak mata Lian. Perlukah dia memaksa Lian mencuba pregnancy test atau periksa perut gadis itu di hospital? Bukan apa, dia cuma pelik dengan perut Lian yang membuncit seakan ada benihnya yang sedang membesar di dalam.

     "Aku dah ada nama untuk anak pertama kita," kata Enrique secara tiba-tiba.

     "Scilert?"

     "Mestilah. Dia akan mewarisi impian yang akan aku capai tak lama lagi."

     "Boleh tak kalau saya tak nak anak kita terlibat dalam pencapaian awak? Saya nak anak kita hidup normal macam budak-budak lain. Mungkin tu lagi bagus untuk masa depan dia."

     "Boleh." Enrique mengangguk kecil membuat Lian tersenyum lebar.

     "Tapi kau kena mati dan aku akan dapatkan pewaris daripada isteri sementara. Dapat seorang anak pun jadilah asalkan ada generasi baru," sambung Enrique tenang.

     Senyuman Lian terus mati. Jadi, tiada jalan keluar selain mati? Sesak dadanya mendengar kata-kata Enrique itu. Tangan Enrique pada perutnya ditolak sebelum kaki melangkah turun dari katil. Tudung sarung dicapai kemudian dia melangkah keluar dari bilik itu.

     Enrique yang ditinggalkan sendirian tanpa sebarang kata itu merebahkan tubuh. Siling putih direnung. Sudah dua bulan sejak kejadian Lian diculik itu berlalu. Masa bergerak pantas seiring dengan syarikatnya yang kembali 'bernyawa' seperti biasa.

     Temu ramah daripada wartawan telah diuruskan Alzam dan Dzafri yang bertugas sebagai orang atasan di syarikat itu. Segala persoalan dijawab secara profesional. Itu sememangnya kelebihan Alzam dan Dzafri.

     Langsung tiada gangguan di dalam keluarga mereka selama dua bulan ini. Permusuhan itu seakan sudah berakhir walaupun Saiymon dan Samuel masih di luar sana. Oleh kerana mereka tahu tentang kelicikan Saiymon dan Samuel, Hezrick telah memutuskan untuk tidak bertindak buat sementara ini.

     Bagi Enrique, hanya satu perkara yang masih menjadi sasaran, iaitu impiannya. Dia hanya perlu membunuh beberapa orang dalam, untuk kecapi impian ini. Dengan kemahiran Lian kini, dia telah cukup bersedia untuk segalanya.

     "Bila semuanya aku dah letupkan, hanya aku yang akan mengawal dunia gelap ni." Enrique tersenyum jahat.

     Telefon bimbitnya yang berdering terus dilekapkan pada telinga. Makluman daripada Ejad itu membuat dia terus bangun dari pembaringannya. Wallet di atas meja sisi katil dicapai sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

     "Pergi siap." Enrique memandang Lian yang sedang mengunyah sesuatu di hadapan peti.

     "Hm okey." Lian terus beredar.

     Enrique mengerutkan dahi melihat belakang tubuh gadis yang semakin jauh itu. Bukannya perempuan tu marah ke tadi?

     "Nak pergi mana?" soal Zieymo yang sedang mengambil air di dalam peti.

     "Sibuklah kau." Enrique beredar dari ruang itu.

     "Sibuk-sibuk jugak, lepas tu mulalah mintak tolong aku," omel Zieymo.

*****

     Enrique melangkah masuk ke dalam kereta bersama beg kertas bersaiz besar. Lian terus membuka beg kertas itu untuk melihat isi dalamnya. Tiba-tiba riak wajahnya berubah sedih. Ini saja makanan yang dibeli Enrique setelah nak dekat satu jam dia menunggu di dalam kereta ini?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now