Wajah Zirul terus ditumbuk dua kali. Zirul terjatuh ke lantai. Beberapa orang anak buah yang ingin menghampirinya mengkuburkan niat setelah melihat Freddy mengangkat tinggi penumbuk kanannya.

      "Siapa yang halang aku, aku anggap dia mintak untuk mati malam ni." Freddy memberi amaran dengan penuh ketegasan. Dia menghampiri Zirul yang cuba untuk berdiri.

     Tubuh Zirul disepak dan dipijak tanpa belas kasihan. Zirul hanya mampu mengerang kesakitan, tiada sedikitpun ruang untuk dia melawan sehingga satu saat, dia menjerit kerana sudah tidak tertahan. Dia tidak boleh mati dalam keadaan begini.

     "Scilert yang bunuh Brad!" jerit Zirul kuat membuat pergerakan Freddy terhenti.

*****

     Lian mencelik mata sebaik sahaja lelaki-lelaki tadi beredar dari ruang itu. Bibirnya mengukir senyuman kecil setelah melihat pintu yang terbuka luas. Ini peluangnya untuk melarikan diri. Dengan teknik yang dipelajari daripada Enrique, dia mungkin akan dapat meloloskan diri dengan begitu mudah.

     Syukur hanya tangannya yang terikat dengan tali. Dia perlu mencari jalan untuk memotong tali ini terlebih dahulu. Pedang di atas lantai dipandang. Mungkin dia boleh gunakan pedang itu.

     "Tunggu saya Enrique..." omel Lian sambil menghampiri pedang itu.

*****

     Enrique memberhentikan keretanya di hadapan markas Zirul. Sekeliling kawasan itu direnung dengan teliti. Kehadirannya ke sini hanya bertemankan otak dan senjata ciptaannya. Inilah waktunya untuk dia menguji kemahiran berfikir sebagai penjenayah berteknologi tinggi itu. Cewah...

     Pelitup muka pada wajahnya dibetulkan. Cukup susah untuk mereka mencerobohi sistem kawalan di markas ini dan sehingga kini mereka tidak berjaya namun dia sudah tidak mahu menunggu lama. Isterinya masih berada di dalam bahaya.

     Tembok batu dipanjat dengan mudah, beberapa orang pengawal ditembak menggunakan Brunella-43 Gun. Lelaki-lelaki itu rebah di atas lantai namun masih bernyawa. Mereka cuma tidur untuk beberapa jam.

     Kereta milik Freddy dipandang sekilas. Jelas, lelaki itu berkomplot dengan Zirul selama ini. Dia tidak akan membiarkan Freddy dan Zirul terlepas begitu sahaja.

     Tiba-tiba dia terdengar tapak kaki yang sedang berlari dari tepi markas itu. Muncung Brunella-43 Gun dihalakan pada arah itu. Dia berselindung di sebalik kereta sementara menunggu kehadiran musuh yang mungkin telah perasan dirinya berada di tempat letak kereta itu.

     Dahinya berkerut melihat seorang gadis bertudung yang sangat dikenalinya sedang berlari dalam keadaan berkaki ayam sambil memegang rifle. Bibir Enrique terus tersenyum lebar. Pandai betul perempuan ni.

     Sengaja dia menunduk setelah melihat Lian perasan akan kehadirannya di sebalik kereta itu. Dia pasti Lian tidak mengecamnya oleh kerana pelitup muka. Tiba-tiba beberapa das tembakan dilepaskan ke arahnya membuat Enrique semakin menunduk.

     Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

     "Matilah kau!" jerit Lian yang masih melepaskan tembakan.

     Dia berhenti melepaskan tembakan setelah merasakan lelaki itu sudah mati tanpa dia sedar yang ingin ditembaknya itu adalah suami sendiri. Lian sambung berlari menuju ke pintu pagar. Enrique yang kembali mengintai Lian mula tersenyum kecil.

     Enrique menoleh ke pintu utama yang dibuka seseorang. Matanya membulat melihat seorang lelaki melangkah keluar sambil mensasarkan Lian yang sedang menggelabah membuka pintu pagar besar itu. Sekelip mata lelaki itu rebah di atas lantai setelah ditembak Enrique. Nasib baik.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now