Wajahnya yang pucat lesi jelas menunjukkan dia masih belum bersedia untuk keluar dari bilik rawatan vvip itu. Langkahnya terhenti akibat denyutan kepala yang menyucuk secara tiba-tiba. Tangan berpaut pada palang di dinding hospital.

     "Argh!" Herith yang berbaju hospital itu jatuh terduduk di atas lantai sambil memegang kepala.

     "Herith!" Mikayla dan Shira yang melihat Herith bergegas mendapatkan lelaki itu.

     "Herith, badan awak masih lemah." Mikayla mengarahkan nurse lelaki yang menghampiri mereka bersama kerusi roda itu membantu Herith.

     Herith perlahan-lahan duduk di atas kerusi roda dengan mata yang terpejam, berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan. Mikayla dan Shira hanya melihat dengan risau. Belakang tapak tangan Herith kembali dicucuk jarum air.

     "Thank you," ucap Shira dan Mikayla serentak pada nurse lelaki itu. Lelaki itu menunduk bersama senyuman sebelum melangkah keluar.

     "Mana Ricky?" soal Herith lemah.

     "Dia on the way. Awak kena banyak rehat, musuh ada cucuk something dalam badan awak sampai buat awak jadi macam ni. Nasib baik Enrique cepat selamatkan awak." Mikayla dan Shira mengambil tempat di kerusi sebelah katil.

     "Dia orang memang kurang ajar. Pengecut je yang buat serang hendap macam ni. Security Enrique semua dah tak boleh pakai." Shira membebel geram.

     "Semua selamat, kan?" soal Herith perlahan.

     "Dia orang dah ambik Lian," jawab Mikayla.

     Herith menghela nafas dengan mata terpejam.

     Dia melihat bangunan-bangunan pencakar langit dari bilik pejabatnya yang terletak di tingkat teratas. Indah sungguh pemandangan namun agak silau akibat sinaran cahaya matahari pada petang itu. Tiba-tiba dia terasa ingin ke tandas.

     Keluar saja dari tandas, rambut dirapikan di hadapan cermin. Dia senyum lebar untuk melihat tulang pipinya yang timbul. Setakat ini, dia merasakan senyumannya paling comel di antara lelaki lain.

     "Handsomenyalah kau ni," puji Herith sambil membelek dagu serta jawline.

     Setelah puas memuji diri sendiri di hadapan cermin, dia melangkah keluar dari tandas dan terus menuju ke telefon bimbitnya di atas meja kopi. Tiba-tiba dia merasakan lehernya dicucuk sesuatu. Tangan itu dipegang kemudian dikilas ke belakang.

     "Kau cucuk apa?" soal Herith yang mula terasa pening.

     "You will die." Lelaki yang memakai pelitup muka berwarna hitam itu berkata tanpa nada.

     Baru saja Herith hendak menendang lelaki itu, tubuhnya jatuh lemah di atas lantai. Dia mengerang kesakitan sambil memegang kepala yang sakit. Dia kenal sepasang mata bewarna biru dan juga suara itu.

     Herith dapat merasakan tubuhnya diangkat kemudian diletakkkan ke atas sofa. Dia yang separuh sedar itu tahu musuh ingin menampakkan dia sedang tidur di dalam pejabat. Tubuh lelaki yang berlalu keluar itu hanya mampu dipandang lemah sebelum pandangannya gelap.

     "Herith." Hezrick menyentuh dahi Herith.

     Herith mencelik mata. Wajah abangnya dipandang lama dengan mata yang mula berubah merah. Matanya berkaca-kaca memandang Hezrick. Ini kali pertama dia gagal selama bertahun-tahun dia berada di bawah Hezrick. Dia tidak biasa merasakan sesuatu yang teruk seperti ini.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ