"Awam atau tak, aku akan habiskan dekat mana aku mula." Enrique menolak kasar tangan-tangan yang menahannya.

     "Please don't!" Saiymon cuba menahan Samuel yang juga tidak mahu mengalah itu.

     "I'm not afraid of everyhting, bullshit doggies." Enrique menggeleng kecil sambil mendekati Samuel.

      Kaki Samuel yang dilayangkan ke arahnya disambut dengan tangan sebelum diangkat kaki itu kemudian ditolak jauh darinya membuat Samuel yang kehilangan imbangan jatuh terlentang.

     "Enrique! Kita orang bukan nak bergaduh dengan kau!" Saiymon menahan Enrique yang masih maju untuk membelasah Samuel.

     "Then what?! Kau muncul tiba-tiba lepas tu cuba dekat dengan kawan aku, apa yang kau nak?! Tak jelas lagi ke apa yang aku cakap? Kau dengan Samuel boleh berambus, keluar dari kawasan aku!" Enrique menolak kasar tubuh Saiymon mendorong lelaki itu ke belakang.

     "Aku dengan dia datang untuk bercuti, tu je. Kau tahu kita orang dah pergi banyak negara sebelum ni, kan? Kita orang cuma..."

     "Aku tak berminat untuk tahu kisah hidup kau." Enrique menggeleng kecil.

     "Okey fine, aku dengan Samuel pergi lepas kita orang habis bercuti dekat sini. Puas hati?" Saiymon membantu Samuel berdiri.

     "Be ram bus." Tegas Enrique.

     Saiymon mengangguk dengan riak bengang sebelum dia membawa Samuel beredar. Samuel merenung Enrique tajam walaupun lengannya ditarik kasar oleh Saiymon. Beberapa saat selepas itu, dia berpaling mengekori langkah Saiymon.

     "Puas hati dapat pukul dia? Kalau tak puas, aku nak pergi tarik dia lepas tu sambunglah pukul," kata Herith.

     "Tak perlu, kalau dia nak mati, dia sendiri akan datang menghadap aku." Enrique berkata tanpa nada. Lian terus mendapatkan Enrique.

     "Awak okey?" Lian membelek lengan Enrique. Enrique mengangguk kecil sebelum dia menoleh ke arah Miya yang baru keluar kereta.

     "Miya?" Lian tersenyum lebar memandang Miya. Dia meluru ke arah Miya sebelum tubuh gadis itu dirangkul.

     "Awak sihat?" Miya menyoal mesra.

     "Sihat alhamdulillah. Kenapa tak datang melawat saya? Rindu tau..." Lian menjebik.

     "Awak tu yang tiba-tiba berpindah. Saya ada berita baik tau, saya mengandung!"

     "Alhamdulillah, dah berapa bulan?" Lian menunjukkan keterujaannya mendengar berita itu.

     "Awal lagi, baru sebulan."

     "Tahniah, jaga elok-elok kandungan awak. Tak sabar nak tunggu dia keluar, awak nak lelaki ke perempuan?"

     "Mana-mana pun okey, asalkan sihat," jawab Miya. Mereka berdua berbual tanpa mempedulikan lelaki-lelaki yang juga sedang berbual.

      "Kau pasti ke dia orang tak masuk mana-mana group? Sekarang ni aku tengah pelik, kembar tu nampak macam dah lama kenal Miya." Freddy berkata sambil menoleh sekilas ke arah Miya.

     "Mungkin kau patut tanya Miya sendiri." Herith mengangguk kecil.

     "Aku cuma tahu kewujudan kembar tu, selebihnya aku tak pernah ambik tahu. Lagipun, kau fikir Miya akan mengaku yang perangai dia dulu teruk? Tak mungkin. Kalau aku jadi dia pun, aku akan menipu." Enrique berkata sinis.

     Freddy hanya diam berfikir. Benar kata Enrique. Soal dadah pun orang lain yang beritahu padanya. Apa sebenarnya yang Miya telah lalui sepanjang hidupnya?

     "Hadaplah teruk dia sampai mampus. Kalau kau lepaskan dia, dah sah-sahlah dia mati." Enrique masih dengan sinisannya.

      "Tak baiklah cakap macam tu. Kesian Miya, kita tak tahu apa yang dia dah hadap selama ni sampai buat mental dia terganggu," celah Herith.

     "Mental dia terganggu sebab mak dia dulu pun gila. Tu penyakit keturunan. Dia tengah mengandung sekarang, kan? Makin teruklah perempuan tu meroyan. Harap anak kau pun tak gila macam keturunan dia." Enrique berkata penuh bersahaja.

     "Mana kau tahu pasal ni? Kau ke yang hantar Asniya dekat hospital hari tu?" Freddy membalas renungan Enrique.

     "Asniya tak tahu aku yang hantar location Miya. Saja nak tunjuk yang adik kembar dia dah bahagia, tak lama lagi ada anak," ujar Enrique dengan nada menganjing.

     "Habis, kenapa kau hantar Zieymo untuk bunuh Asniya?" soal Freddy.

     "Saja, dah bosan tengok dia hidup. Aku ada banyak benda lagi nak kena fikir." Enrique menoleh ke arah Lian yang sedang menghampirinya.

     "Dah habis? Pergilah bersembang lama lagi, sampai subuh pun tak apa. Aku tunggu dekat sini," ujar Enrique pada isterinya. Lian menjinjit untuk membisikkan sesuatu.

     "Saya nak anak jugak," bisik Lian.

     "Haih budak ni. Jomlah balik." Enrique terus masuk ke tempat pemandu manakala Lian duduk di tempat penumpang.

     "Eh eh dah aku nak balik macam mana?" soal Herith.

     "Jumpa kat office esok." Enrique menaikkan tingkap seiringan dengan kereta yang mula bergerak.

     "Suka-suka hati dia je tinggal aku macam ni. Terpaksalah balik jalan kaki." Herith memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam kocek hoodie. Perlahan-lahan kakinya mula melangkah.

     "Aik? Kau memang nak jalan kaki ke?" Freddy mengerutkan dahi melihat Herith.

     "Kau baliklah dulu. Aku nak pergi jogging kejap," laung Herith tanpa memandang Freddy.

     "Babi apa jogging pukul tiga pagi? Apa-apa jelah." Freddy terus masuk ke dalam perut kereta. Miya memandang belakang tubuh Herith yang semakin jauh sebelum dia juga masuk ke dalam kereta.

*****

     Zirul dan beberapa orang anak buahnya memasuki sebuah kereta hitam mewah setelah melihat Herith berjalan berseorangan menghampiri mereka. Wajah lelaki itu kelihatan tenang sambil tangan mengetuk tingkap kereta.

     Tanpa banyak kata, tingkap kereta diturunkan. Senyuman kecil Herith dibalas dengan riak biasa. Ini kali pertama mereka bersua muka, apa pula yang Herith mahukan daripada mereka?

     "Kau follow Enrique ke?" soal Herith.

     "Tak. Aku follow Fred."

     "Ye ke? Macam tipu je. Kau tipu, kan?"

     "Serius aku ikut Fred."

     "Eleh ingat aku budak tadika ke nak main tipu-tipu macam ni? Kalau Enrique tahu, kau dengan anak-anak buah kau ni semua dia letupkan. Main-mainlah dengan manusia hati kering macam tu." Herith memberi peringatan.

     "Aku cuma nak bos aku selamat. Kau jangan masuk campur. Aku tak ada masalah dengan kau atau Ricky." Zirul menggeleng kecil.

     "Tapi kau libatkan Enrique dengan Fred, dua-dua tu keluarga aku. Aku tak percaya kau ni orang baik tapi mungkin Fred fikir kau baik. Kau patut hargai kepercayaan dia pada kau sebelum terlambat." Herith berkata sinis.

     Tanpa membalas, Zirul menaikkan tingkap. Pedal minyak ditekan membuat kereta terus bergerak laju. Tiada guna berbincang dengan budak yang tidak tahu apa-apa seperti Herith.

     Herith tersenyum sinis melihat kereta yang bergerak itu.

     "Kalaulah kau tahu dari dulu misi kau dah dipergunakan, mesti kau malu kan? Kesian..." omel Herith bernada menganjing. Nampaknya, hanya dia yang berjaya mengagak dengan tepat. Inilah kelebihan bergerak secara solo.


Selamat malam readers, voters and everything <3

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚حيث تعيش القصص. اكتشف الآن