Sekelip mata tangannya yang mencengkam pipi Miya itu terlepas akibat ditarik satu tangan kasar. Tanpa isyarat, wajah Enrique ditumbuk Freddy yang tiba-tiba berada di belakangnya. Tumbukan Freddy yang seterusnya sempat ditahan Enrique, perut Freddy ditendang mendorong belakang tubuh lelaki itu terkena penghadang tangga.

     "Fred!" Miya laju menghampiri suaminya.

     "Kenapa kau hantar orang untuk bunuh aku ek?? Memang dah lama ke benci aku selama ni? Asal dari dulu lagi kau tak bunuh aku? Padahal peluang banyak gila, kau nak mampus jugak ke?" soal Enrique bengang. Dia membuka langkah untuk mendekati Freddy namun ditahan Zieymo yang baru tiba di situ.

     "Aku tak pernah terfikir sikit pun nak buat macam tu." Freddy menggeleng kecil.

     "Habis tu kau nak cakap maklumat yang aku ada sekarang semuanya palsu? Aku dengan Lian kena serang dekat pulau hari tu semuanya disebabkan arahan sial kau! Sekarang aku tahulah kenapa Miya beria-ria ambik alih sistem kawalan penjejak kau. Dia cuma tengah letakkan diri dia dalam bahaya." Enrique tersenyum sinis.

     Freddy memandang Miya dengan riak biasa namun sepasang mata helangnya dipenuhi tanda tanya. Pandangannya kembali melekat pada wajah Enrique.

     "Apa yang kau merepek? Aku tumbuk kau sebab kau berkasar dengan bini aku, bukan sebab lain." Freddy membalas tenang renungan tajam Enrique.

     "Tak payah nak tunjuk muka bodoh kau dekat sini, aku dah tahu semuanya. Pilih, kau nak mengaku atau perempuan ni mati dekat tangan aku." Enrique mengeluarkan pistol sebelum diacu tepat pada wajah Miya.

     "Jangan cuba libatkan Miya dalam masalah kau yang entah apa-apa ni." Freddy menarik Miya ke belakang tubuhnya.

     "Aku nak dengar pengakuan kau sekarang." Enrique melepaskan tembakan, sempat tangannya ditolak Zieymo membuat tembakan itu tersasar melintasi Freddy.

     "Pengakuan apa? Apa masalah kau orang dua ni?" celah Zieymo.

     "Enrique, tolong jangan buat macam ni. Awak dengan dia patut berbincang baik-baik. Tak perlu membunuh." Lian yang berdiri di tangga sejak tadi perlahan-lahan menghampiri Enrique. Lengan Enrique ditolak ke bawah, pistol di tangan Enrique diambil kemudian dilempar ke sisinya.

     "Aku rasa kau dah tahu apa yang patut kau buat." Enrique menarik lengan Lian. Langkahnya dihalang Freddy.

     "Aku fikir kau bijak, akal panjang tapi bila dah jadi macam ni, kau nampak macam orang tak ada otak. Macam mana kau boleh ajak aku berperang disebabkan benda yang aku tak tahu?" soal Freddy bernada kasar.

     "Tak payah berlakon depan aku, jijik." Enrique dan Lian berlalu pergi.

     Freddy menghela nafas kasar sambil merenung Enrique yang laju menuruni anak tangga sebelum tangan kanannya yang telah menumbuk wajah Enrique tadi dipandang.

     "Apa yang Miya dah buat sampai Enrique mengamuk macam tu?" soal Zieymo yang masih berdiri di situ.

     Freddy dan Zieymo menoleh serentak ke arah Miya.

*****

     "Nah." Lian menghulurkan dua biji ubat sakit kepala buat Enrique yang sedang duduk sambil menongkat sebelah pipi. Ubat di tangan Lian dipandang sepi.

     "Telan ni lepas tu tidur. Saya risau tengok awak terus stress sampai sakit kepala." Lian melabuhkan punggungnya ke atas kerusi sebelah Enrique.

     "Jangan risau, aku okey."

     "Tak, awak bukan macam ni. Awak tak okey langsung." Lian menggeleng kecil sambil menyumbat dua biji ubat itu ke dalam mulut Enrique seterusnya menghulurkan air minuman.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now