"Auch!" Miya menggosok lengannya yang sakit itu.

     "Dengar sini, aku bukan Fred tau nak berlembut dan bagi muka pada kau dalam waktu Fred perlukan aku macam ni. Tolong dengar arahan aku, kau dengan Fred akan selamat." Zirul terus menghubungi anak-anak buahnya yang lain untuk mengesan lokasi Freddy.

     Miya membuka beg bagasinya, ipad dikeluarkan. Lokasi kereta Freddy pantas dijejak. Kereta suaminya sedang bergerak laju di jalan raya. Adakah Freddy tahu ke mana lelaki yang menyerang mereka tadi pergi? Dia hanya risaukan keselamatan Freddy yang tidak membawa sebarang senjata itu.

*****

     Freddy meninggalkan keretanya dengan berjalan kaki setelah melihat kereta yang mencurigakan tadi memasuki simpang sebuah rumah. Pokok-pokok besar menjadi tempat berselindung dari terlihat musuh. Pandangan diliarkan ke sekeliling ruang belakang rumah itu.

     Kakinya melangkah dengan penuh berjaga-jaga mendekati tingkap di sisi rumah. Ruang kosong dalam rumah itu tidak kelihatan seperti berpenghuni. Tiba-tiba telinganya menangkap buyi derapan kaki di belakang. Sepantas kilat dia berpusing dan menangkap lengan lelaki itu.

     "Woo woo relax dude... It's me, Jovial..." Lelaki itu mengangkat kedua-dua tangan.

     Freddy melepaskan Jovial iaitu salah seorang daripada anak buah Brad yang tinggal di sini.

     "I saw him here..." Freddy kembali melihat ke dalam rumah melalui tingkap itu.

     "Leave it to me. You shouldn't put yourself in danger. Oh anyway, I just want to tell you about your wife, she raged on and almost kill Zirul." Jovial tersenyum lebar.

     Freddy melihat telefon bimbitnya yang bergetar sejak tadi. Jika bukan disebabkan Miya, pasti dia menyertai Jovial menggeledah rumah itu. Rasa aneh kerana lelaki yang diekorinya tadi menghilang begitu sahaja.

*****

     "Awak cuba culik saya, kan? Saya kata saya nak Fred! Awak tak dengar ke saya menjerit dari tadi??" Miya mengutip bantal di lantai lalu dibalingnya ke arah Zirul yang sedang menaip sesuatu di laptop.

     Zirul hanya buat tidak endah. Dia perlu cepat menghapuskan bukti kekecohan di hotel tadi. Bosan dia melayan karenah Miya yang entah apa-apa itu. Masih tidak mendengar kata walaupun telah berulang kali dijelaskan. Bagaimanalah lelaki seperti Freddy mampu bertahan?

     Pintu utama rumah itu dibuka dari luar membuatkan Miya berhenti daripada menyumpah seranah Zirul. Gadis itu terus berlari ke arah Freddy lalu memeluk tubuh lelaki itu.

     "Awak okey? Apa yang terjadi? Awak pergi mana tadi? Kenapa tinggalkan saya seorang? Saya risau tahu tak? Macam mana kalau ada apa-apa terjadi pada awak?" Miya memegang kedua-dua belah pipi Freddy.

     "Saya okey." Freddy menjawab sambil melangkah ke arah Zirul di sofa.

     "Yang kau nampak tu hanya tikus. Jovial dah periksa rumah tu dan berjaya tahan dua orang lelaki. Salah seorangnya adalah lelaki yang masuk bilik hotel kau tadi." Zirul memandang Freddy dan menjelaskan dengan tenang.

     "Lelaki tu akan dibawa ke sini?" soal Freddy.

     "Macam biasa, mereka terlalu setia pada ketua dan takkan bukak mulut sikit pun. Dua-dua mulut dah macam kena jahit. So, aku buat keputusan untuk hapuskan je. Kau nak jumpa dia orang ke?"

     "Tak. Aku dengan Miya akan balik Malaysia esok." Freddy memandang Miya yang hanya diam di sebelahnya.

     "Habis tu, macam mana dengan kes dekat sini? Kau tak nak tahu ke siapa yang ganggu kau?"

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now