Air matanya yang mengalir diseka Hezrick. Mengapa mesti keluarganya yang menjadi mangsa manusia tidak berhati perut itu? Kasihan ibu ayahnya menjadi mangsa keadaan permusuhan yang tidak jelas ini. Tangan Hezrick digenggam erat. Nasi sudah menjadi bubur. Dia masih perlu meneruskan hidup seperti biasa.

     Telefon bimbitnya berdering. Hezrick menghulurkan telefon bimbit itu kepada Mikayla. Nama Amira tertera. Sudah lama dia tidak mendengar khabar Amira. Pasti gadis itu sudah tahu tentang hal ini.

     "Kayla are you okay? Awak dekat mana sekarang?" soal Amira di dalam talian.

     "On the way balik rumah."

     "Kayla, saya dah dengar semuanya daripada Zack. Takziah atas apa yang terjadi. Saya mintak maaf sebab tak ada dekat sana waktu awak perlukan. Tapi saya janji, bila free nanti saya balik Malaysia."

     "Tak apa Amira, jangan rushing. Saya okey je dekat sini. Terima kasih sebab risaukan saya..." Mikayla mematikan talian bersama senyuman. Dia tidak mahu Amira yang sedang belajar di luar negara itu risau akan keadaannya di sini. Semuanya masih mampu dikawal.

*****

     Pada malamnya, Hezrick, Firaz, Herith, Zieymo dan Enrique berkumpul di ruang tamu rumah mak ayah Mikayla. Enrique masih sibuk mencari suspek pembunuhan serta dua orang lelaki yang telah merosakkan kamera miliknya. Lelaki-lelaki itu tidak akan terlepas sama sekali!

     Dalam kesibukan Enrique, lelaki itu masih memberi perhatian terhadap Lian yang mengajukan pelbagai jenis soalan selepas gadis itu mendapat tahu suaminya melakukan macam-macam jenis kerja. Kini, Lian sedar mengapa lelaki itu tidak tidur di malam hari.

     "Enrique..."

     Perbualan mereka terhenti dek suara itu, Enrique menoleh ke arah Lian yang berdiri di tangga. Gadis itu membuat isyarat tangan memanggilnya.

     "Aku tengah kerja ni. Kejap lagilah aku naik." Enrique kembali memandang skrin laptop.

     "Esok sambung, aku dah mengantuk gila ni..." Hezrick berdiri kemudian merenggangkan badannya.

     Firaz, Zieymo dan Herith yang seakan mengerti juga bangun dari duduk lalu melangkah ke arah bilik di belakang. Mereka yang lelaki berkongsi bilik pada malam ini.

     Lian tersenyum lalu menghampiri Enrique yang duduk bersendirian di sofa.

     "Pergilah tidur dengan Ferliy Shira tu." Enrique memandang Lian yang sengaja duduk rapat dengannya itu.

     "Dua orang tu tidur buas sampai penuh katil. Kesian saya tak ada tempat nak tidur..." adu Lian sayu.

     "Lantaikan ada."

     "Hesy! Main-main tau awak ni." Lian mencubit lengan Enrique. Enrique hanya beriak biasa.

     "Jom keluar." Enrique tiba-tiba berdiri.

     "Tapi dah lewat..."

     "Jom jelah. Tukar seluar hitam, tudung hitam lepas tu pakai ni." Enrique menghulurkan hoodie bewarna hitam miliknya.

*****

     Mereka berdua melangkah keluar dari kereta. Lian diam membontoti Enrique, dalam fikirannya memikirkan tentang kawasan yang kelihatan seperti sebuah kelab malam itu. Kenapa mereka ke tempat seperti ini?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now