Ibu jari Naufal mengusap ubun - ubun Yara. Dia bersenandung kecil sebagai alunan lullaby untuk lenakan isterinya. Tiada sebarang bicara. Hanya melodi menjadi pengantara mereka.

Beberapa ketika dan Naufal memastikan Yara betul - betul terlelap barulah dia berhenti menyanyi. Rambut Yara dikalihkan agar tidak menganggu wajahnya.

Dia sangat cintakan gadis ini.

Tapi, kesilapannya waktu silam banyak menghalang cinta itu daripada peroleh bahagia.

Naufal tak mampu maafkan dirinya. Terlampau banyak dosa ini untuk dimaafkan.

Dia membelai pipi sang isteri penuh kasih.

"With me, you'll be broken, star."

Dia jatuhkan tangan yang menjadi tongkat, baring bersama Yara. Naufal merapatkan jurang sehingga tiada walau seinci pun memisahkan mereka. Dahi mereka ditemukan. Ditatap sepuas - puasnya setiap lekuk wajah bintang hatinya itu.

"Kenapa saya baru sedar sekarang? Saya minta maaf."

Lama bibir Naufal mendarat di dahi Yara.

"I love you."

Dan itu kali terakhir dia mengungkapkan tiga patah perkataan itu.





























































RASA bersalahnya terhadap Yara, Naufal letak tepi terlebih dulu. Sekarang dia lebih berdebar selepas isterinya yang satu itu memberitahu yang dia dapat kerja sebagai seorang tukang masak di sebuah hotel. Katanya penyelamat Yara tempoh hari bekerja di hotel itu. Ditanya nama, individu itu mahu kekal misteri.

Naufal hormat sahaja.

Bagai nak melompat keluar jantungnya mencari seseorang yang tampak punya kuasa. Kata Yara, dia hanya perlu sebut nama lalu tahulah staf di situ apa tujuannya ke mari.

Kaunter di lobi menjadi hala tuju Naufal. Dia memastikan kot yang dipakai kemas dan tampil profesional. Tiada walaupun secebis habuk pun!

"Excuse me?"

Penjaga kaunter itu memandang Naufal lantas dicoretkan senyum. "Yes, sir?"

"I'm Naufal Lutfan. My..."

"Oh Sir Naufal! I know why you're here," bicara Naufal pantas dipotong. Pekerja itu keluar daripada meja kaunternya. Senyum kian lebar.

Terkebil - kebil Naufal dibuatnya. Senang sungguh prosesnya, penat dia berlatih bercakap depan cermin semalam.

Dia membontoti pekerja itu ke bahagian restoran hotel. Kiri kanan dia menganalisis sekeliling seperti rusa masuk bandar. Segala hal untuk penerimaannya hanya diselesaikan dengan sebaris nama, terus ketua tukang masak itu terima dengan hati terbuka.

Pelik Naufal.

Dia duduk di ruangan menunggu, katanya dia boleh mula kerja esok. Hari ini boleh berkenalan dengan staf - staf supaya lebih senang dia sesuaikan diri nanti. Sementara menunggu waktu rehat, Naufal ditempatkan di sebuah bilik seakan ruang untuk pemilik hotel ini. Mewah dia bukan main - main. Siap dihidang teh dan kek lagi.

Naufal terasa seperti seorang VIP pula. Bagus betul layanan hotel ini.

Bagaimanalah rupa penyelamat Yara itu sebenarnya. Mesti dia seorang yang baik hati. Teringin Naufal hendak berjumpa dan berterima kasih atas jasa lelaki itu.

Teringatkan sang isteri di rumah, raut wajah Naufal bertukar murung. Kasihan Yara keliru mengapa layanannya berubah sejak mereka pulang dari bercuti. Naufal memang sehabis baik mengelak daripada berjumpa Yara sebanyak mungkin. Dia tak mampu hadap muka itu. Rasa bersalah akan menghantuinya.

HOUSE OF CARDSHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin