Misi : Bumi(Tamat)

262 33 8
                                    

Alicia yang berdiri di tepi, masih tidak faham dengan apa yang berlaku, terlihat Ali, yang sedang melihat telefonnya di tepi.

Dia pun berjalan ke arahnya.

Alicia : Ali, kau tengok apa tu?

Ali : Ada orang hantar messages.

Alicia : Messages? Dari siapa?

Ali : Aku..... aku tak tahu. Tak ada nama.

Alicia : Bak sini.

Ali menghulurkan telefonnya ke Alicia. Alicia melihat messages itu.

Alicia : Ini.... signal lokasi.

Ali : Signal lokasi? Lokasi siapa?

Alicia : Ini.....

Alicia mencuba untuk mengingat nombor yang ada dekat penghatar messages itu.

Seperti komputer, otaknya menganalisis satu persatu nombor itu.

Alicia : *wajah terkejut* Ini.......

Ali : Siapa? Siapa?

Alicia : Ini....... SIGNAL DARI M.A.T.A?!?!

Akibat terkejut, dia tidak sedar dia terjerit. Sedar akan itu, dia terus menutup mulutnya.

Yang lain, yang mendengar jeritan Alicia, berpaling, memandang Alicia.

Alicia : Alamak..... aku terlepas cakap.....

Boboiboy berjalan mendekati mereka berdua.

Boboiboy : Signal dari M.A.T.A? Apa maksud korang?

Ali yang gelabah, mencuba menyembunyikan telefonnya di belakang badannya.

Ali : T-tak, tak ada apa!

Habis banjir dahi Ali bila Boboiboy menenungnya dengan tatapan tajam. Dia tahu dia tak boleh nak tipu apa apa.

Ali : Haih, yelah, ni.

Ali menghulurkan telefonnya ke Boboiboy.

Memang betul. Bila dia tekan messages itu, tiba tiba sahaja muncul radar, dengan sebuah bulatan hijau, bertulis "M.A.T.A".

Boboiboy : Betul lah. Signal dari M.A.T.A.

Rudy : Tapi, kenapa M.A.T.A? Siapa yang hantar Signal ni ke Ali?

Alicia : Butang apa tu?

Alicia menunjukkan ke satu butan hijau di bucu kanan bawah telefon Ali itu. Seperti butang call.

Ali : Sini, aku tengok.

Boboiboy mengembalikan telefon itu kembali ke Ali.

Ali dengan tidak bersalahnya, menekan butang itu.

Alicia : Weh, kau tekan pahal?!

Ali : Habis tu, tak kan lah nak biar je?

Alicia : Hadui... *tepuk dahi*

Tiba tiba, muncul hologram dari telefon Ali.

Seseorang yang sangat dikenali mereka, muncul di hologram itu.

??? : Ali?! Ali!!!

Punyalah terkejut mereka berempat, sampaikan Ali terlepaskan telefonnya, dan jatuh ke tanah. Selamat tanah planet itu adalah pasir semata mata.

??? : Finally! Lama aku godam signal fon kau untuk cari kau! Dah 5 bulan aku tersekat dekat bilik ni cuba cari kau, kau tahu tak?! Kau dekat mana sekarang ni?!

Boboiboy berasa seperti mahu memijak mijak sahaja telefon Ali itu untuk mematikan panggilan itu.

Tapi, dia tahan, sebab telefon orang tu.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon