Misi : Akhir Alternetbot

237 37 4
                                    

Mata Leon tiba tiba terbeliak.

Leon : JAGA JAGA!!!!!

Leon mendepakan tangannya, membuatkan semua orang terundur ke belakang.

Alternetbot mengaktifkan kuasanya, membuat sebuah portal ungu yang sangat sangat besar.

Portal itu hampir mencecah siling markas itu. Tekanan udara yang sangat kuat, membuatkan mereka hampir tertarik masuk ke dalam portal itu.

Tapi, Alternetbot langsung tidak bergerak, seperti tekanan itu tidak terkesan kepadanya.

Leon yang hampir panik, dengan cepat menyebut sebuah jampi.

Leon : Ergh!!

Leon menghentakkan kakinya ke tanah, dan muncul sebuah dinding barrier luksinar di belakangnya, melindungi semua orang di situ dari ditarik masuk ke dalam portal itu.

Laura : Leon?!

Tanpa memikirkannya dua kali, Leon terus berlari, dan melompat ke arah Alternetbot.

Tapi, akibatnya, dia kehilangan keseimbangan, dan tertarik tekanan ke arah portal itu.

Laura : LEON?!?! JAGA JAGA!!!

Selamat, Leon berjaga gunakan satu jampi lagi, dan menciptakan sarang labah labah yang besar betul betul di depan portal, sehingga menahannya dari tertarik masuk ke dalamnya.

Alternetbot meronta ronta di dalam tangan Leon. Dia memang sangat tak sukakan mahluk hidup. Leon boleh rasakannya. Reverse pun sama. Seperti apa yang Boboiboy pernah rasakan.

Alternetbot trauma dengan semua alien yang pernah dia jumpa, dan mempergunakannya.

Sama seperti kes Emotibot.

Leon : Hey.... dah, cukup. Kau boleh berhenti.

Alternetbot : Huh?

Walaupun Alternetbot tak boleh rasakan emosi, dia boleh memahaminya. Dia tahu dirinya sekarang, sangat sangat sakit hati dengan apa yang Leon katakan.

Dengan senang hatinya dia cakap Cukup?

Tapi Alternetbot tak tahu, apa yang Leon sudah lalui juga.

Leon : Aku tahu yang kau benci aku. Tapi, tak ada gunanya kau nak buat semua ni sekarang. Tak ada satu pun yang berada di dalam ruangan ni, yang akan mempergunakan kau sama seperti diorang lagi.

Alternetbot sedikit terkesan dengan kata kata Leon. Dia melihat ke yang lain, di sebalik berrier ciptaan Leon.

Mereka semua melihat ke arahnya dengan mata yang ikhlas.

Dah lama dia tak melihat mata itu.

Dah 500 tahun rasanya masa sudah berlalu.

Sama macam Pak cik Jenahak tu....

Alternetbot sedikit merasa bersalah dah terbunuh dia. Tapi, masa dah tak mampu diulang lagi.

Walaupun dia timebot, tapi, dia tahu batas kuasanya.

Merubah masa depan, bukan sebahagian kuasanya.

Leon : Kami mungkin dah lakukan benda yang teruk dalam hidup kami, tapi, kami tak akan lakukan benda yang sama mereka lakukan. Kami hanya membunuh orang yang bersalah.

Alternetbot hampir termakan pujukkan Leon.

Alternetbot tidak mahu ambil apa apa risiko. Dia diprogram kan untuk jadi bijak.

Antara power sphera generasi pertama, itulah kelebihan mereka.

Alternetbot tak mahu ulangi kesilapan yang sama.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now