Misi : Dimensi 7 : ⚠️?¿?¿⚠️

370 48 9
                                    

Boboiboy memgangkat tangannya, cuba mencapai jalan keluar dari portal itu, sambil badannya ditolak arus tenaga vacuum yang berada di dalam Portal itu.

Boboiboy melihat jalan keluar, dan akhirnya dia berjaya keluar dari sana.

Selamat kali ini dia bukan di udara lagi. Badan dia masih sakit sakit selepas berlawan dengan mamat badan besar kedabak tadi.

Boboiboy menarik nafas panjang, sebelum akhirnya duduk di atas tanah.

Boboiboy melihat ke sekeliling.

Boboiboy : Eh?

Deja' vu.

Kenapa dia rasa macam pernah ke sini?

Dia berada di dalam hutan. Or, rasanya lebih tepat dipanggil dusun.

Dia melihat dengan lebih dekat ke arah buah yang tergantung di atas pokok.

Buah Koko.

Boboiboy : Jap- kenapa...... kenapa macam kenal je tempat ni?

Kalau tak salah, dia pernah pergi ke sini 4 tahun yang lepas dengan Tok Aba.

Ah, yes. Dusun Koko Tok Aba.

Boboiboy : Macam mana aku boleh sampai ke sini? Bukan ke aku masih lagi tersangkut dalam dunia Alternetbot? Tadi dunia dimana Ali dan aku tak pernah berjumpa...... ke aku dah berjaya keluar? Tapi kenapa aku di bumi? Bukan ke aku patut keluar di Planet tu semula ke?

Jenuh difikirnya. Kalau betul lah dia berjaya keluar, syukurlah. Tapi kalau ini memang masih salah satu dari dunia Alternetbot, dia tidak tahu mengapa ianya sama dengan kenangannya. Sama dengan rumah lamanya.

Dusun ni lah yang dia datang dengan Tok Aba untuk tolong atoknya petik buah koko. Selalunya Ochobot yang tolong, tapi dia tiba tiba kena panggil dengan Laksamana.

Boboiboy : ..........

Boboiboy memegang bahu di bahagian dadanya. Dia tidak tahu, tangannya spontan sahaja meremas bajunya kasar. Hatinya tiba tiba merasa sakit.

Bibir Boboiboy diketap kuat kuat, dan menggeletar. Dia tak tahu mengapa badannya rasa lemah. Lututnya sudah seperti tiada tenaga. Hampir sahaja Boboiboy terjatuh.

Perlahan lahan, air mata mengalir dari iris coklat gelap itu.

Boboiboy : Boboiboy....... rindu..... bumi......

Walau sebanyak mana pun Boboiboy berdendam dengan bumi, sepanjang dirinya dikawal oleh Reverse, dia masih lagi menyayanginya.

Disinilah dia membesar.

Disinilah dia menjadi Superhero.

Disinilah semua konflik yang berlaku yang memaksanya menjadi kuat.

Disinilah...... keluarganya berada......

Boboiboy terjatuh ke tanah. Kepalanya disujudkan ke tanah. Kedua dua tangannya memeluk perutnya. Satu badannya menggeletar.

Boboiboy : *Hisk*Tok.... Boboiboy nak balik..... Boboiboy tak nak jadi Superhero lagi..... Boboiboy penat *Hisk* Boboiboy nak hidup normal dengan Tok..... *Hisk* Tok..... kalau Tok masih hidup...... Boboiboy nak luangkan masa dengan Tok lagi........ Boboiboy tak kuat Tok..... Boboiboy nak balik...... *Hisk*

Air mata tidak dapat berhenti mengalir dari matanya.

Sejujurnya, dia masih manusia.

Dia tidak dapat beryahan selamanya.

Kenapa korang rasa si Reverse tercipta?

Semuanya kerana perasaan sedih, benci, keputusasaan, marah, dendam dan kekecewaaannya, terhadap semua benda, terhadap dirinya.

Terpaksa menjadi lebih cepat matang untuk tanggungjawapnya, terpaksa berkorban nyawa untuk orang yang entah dia akan berjumpa lagi atau tidak, terpaksa berhadapan dengan orang yang tak akan pernah bersyukur dengan apa yang telah dia lakukan.

What he know right now, he's tired.

Boboiboy :AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!

Boboiboy menjerit sekuat hati. Mengetahui yang dia sekarang berada jauh di dalam dusun, tiada yang akan dapat mendengar jeritannya.

Yang dia tahu, dia mahu melepaskan segalanya.

Penat lelahnya seperti terbang pergi bersama dengan jeritannya. Dia tiada sesiapa untuk membantunya saat ini. Hanay dia sahaja yang boleh lakukannya.

Dia lakukan benda yang mampu membuatnya rasa baik semula.

Jadi hero itu tidak mudah, bukan?

Dia memang berhasil jadi hero yang hebat, tapi orang sekelilingnya lah yang telah mengkotorinya.

Kena jadi pelajar yang baik.

Jadi cucu yang baik.

Jadi kawan yang baik.

Jadi nama yang baik.

Dia terpaksa menjadi baik untuk dunia.

Boboiboy : *suara pecah* Boboiboy dah tak larat Tok.... Boboiboy penat..... Boboiboy tak nak lihat muka semua orang lagi..... Boboiboy nak Atok.... nak Mak...... Boboiboy nak berhenti.....

Tapi dunia tidak dapat menjadi baik untuk nya.

in this world. Even his friends can't help him. Not Fang, not Ochobot, not Rebel Heroes, not M.A.T.A, not anyone. Even his Elemental also can't.

Why?

Kerana masalah ini adalah masalahnya.

Boboiboy : *hisk* Kalau Boboiboy dapat tengok wajah Atok sekali lagi.... itu sudah memadai...... Boboiboy rindu Atok.....

Boboiboy memeluk dirinya lebih kuat.

Boboiboy merasa lebih baik selepas melepaskan semuanya.

Boboiboy bangun dari tanah. Dan mengesat air matanya. Matanya sudah sebam dengan semua air mata yang dikeluarkannya.

Boboiboy melihat ke arah badannya. Luka akibat perlawanan di dimensi sebelum ni masih ada.

Boboiboy hanya membuat muka tak tahu. Dia boleh sahaja cari klinik or farmasi mana mana untuk beli ubat luka.

Dia boleh je minta Thorn untuk ubatinya, tetapi dia tahu Thorn penat dengan perlawan sebelum ni, jadi dia biarkan dia berehat.

Boboiboy menekan jam kuasanya. Muncul sebuah topeng muka macam hatsune tapi tak ada telinga secara holo(kot) dari jam kuasanya. Itu adalah Topeng yang digunakannya masa masih di bawah kendali Reverse, untuk menyamar.

Boboiboy pun memakai topeng itu, dan berjalan cuba mencari jalan keluar dari dusun itu.

Boboiboy cuba mengingat balik jalan keluar dari situ di memorinya dan akhirnya berjaya.

BUUUKKKK!!!

Seseorang tiba tiba terlanggarnya. Membuatkan Boboiboy terjatuh kebelakang dan terduduk.

Boboiboy : Adoi!

??? : Ah! Maaf! Aku tak nampak kau tadi! *letak bakul di tepi* sini aku tolong.

Lelaki itu menghulurkan tangannya ke arah Boboiboy.

Boboiboy : Terima ka...... sih.......

Boboiboy terdiam bila dia mengangkat tangannya, dan melihat wajah lelaki itu.



























845 perkataan

🕺 memandangkan yang Author akan hilang selama seminggu, korang boleh tanya apa apa ke Author! Tapi jangan soalan peribadi tau! Ok, bye!

[Soalan Korang]

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora