Misi : Travel Back

210 37 3
                                    

Boboiboy : I knew it......

Kata hati Boboiboy betul. Patutlah dari awal dia sampai ke sini dia dah tak sedap hati, macam ada je benda yang tak kena.

Boboiboy : Kenapa, Alternetbot.......

Dan hati Boboiboy, Boboiboy dah sumpah seranah si Alternetbot tu.

Walaupun dia suka menolong Power Sphera, tapi, kalau ianya bawa dia ke masalah besar macam ni, siapa je yang suka.

Di depan Boboiboy sekarang, adalah dirinya ketika masih berusia 10 tahun.

8 tahun yang lalu.... dia kembali ke sini.

Dirinya yang kecil penuh dengan bekas luka kerana di bully oleh budak budak tak guna 5 ekor tadi tu.

Boboiboy memegang kepalanya, cuba untuk tidak bertindak bukan bukan.

Sesungguhnya, dia sangat bencikan dirinya yang lama, kerana terlalu baik kepada semua orang, semua mahluk, sampaikan diri sendiri terjejas.

Dan tengok lah apa yang jadi. Dirinya di buat bukan bukan, dan terima sahaja kerana tidak sanggup melukai yang lain.

Lemah.

Boboi(kecil) : Abang? Abang ok?

Walaupun dengan badan sudah seperti itu, dia masih boleh bangun, dan cuba memastikan yang Boboiboy ok ataupun tidak.

Boboiboy : Tch...... aku yang patut tanya kau ok ke tidak....

Boboiboy melutut, membuat dirinya sama tinggi dengan dirinya yang kecil. Boboiboy mengusap kepala dirinya yang kecil.

Boboiboy : Mari. Kita rawat luka tu.

Walaupun segan, dirinya yang kecil mengikutnya, ke rumah lamanya di Kuala Lumpur itu.

Boboiboy : Kenapa adik biarkan je budak budak tak guna anak haram tu bully adik?

Walaupun dah tahu jawapan, dia masih tanya, cuba untuk buat budak tu percayakan dia.

Boboi(kecil) : B-Boboiboy...... Boboiboy tak boleh.... Saya tak cukup kuat.... mereka berlima, saya seorang diri sahaja.... maafkan saya....

Boboiboy : Kenapa adik minta maaf? Adik tak salah apa apa pun.

Boboi(kecil) : O-oh...

Boboiboy hanya mampu menepuk perlahan kepala budak tu sahaja, sudah mmgetahui yang budak tu pasti masih terkejut dengan semua bentu tu tadi.

Tidak jauh dari situ, mereka tiba di rumah mereka. Boboiboy mengetuk pintu.

Boboiboy : Assalamualaikum!

Tiada jawapan.

Seperti yang Boboiboy jangka.

Sama sahaja macam biasa.

Boboi(kecil) : M-maaf Bang. Mak dan Ayah Boboiboy tak ada dekat rumah. Mereka pergi Out station ke luar negara dari minggu lepas lagi.

Boboiboy : Abang tahu.

Boboiboy kecil memberinya kunci rumah, dan mereka pun masuk ke dalam rumah itu.

Ini adalah ketika tiga bulan sebelum Boboiboy pergi ke Pulau Rintis untuk Cuti Akhir Tahunnya.

Pada ketika itu, Boboiboy masih percaya yang Mak dan Ayahnya berkerja sebagai Duta, bukan Ahli TAPOPS. Sebab tu lah Boboiboy kecil kata yang mereka sedang Out station di luar negara.

Boboiboy bermalam di rumah kawannya sepanjang waktu Out station itu, sehinggalah mereka balik. Jadi, tak adalah sunyi sangat jadinya.

Boboiboy meletakkan dirinya yang kecil di atas sofa.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now