Misi : No Powers

225 45 12
                                    

Boboi(2) : Encik ok?

Klonnya menghulurkan tangannya ke arah Boboiboy, mahu membantunya bangun.

Boboiboy : Saya ok, terima kasih.

Boboi(2) : Maaflah pasal tadi. Mereka dua tu.... memang suka cari masalah dekat sini.

Boboiboy : Tak apa, saya faham. Dekat tempat asal saya dulu pun ada juga orang macam mereka dua tu.

Lebih tepatnya, Alien.

Boboi(2) : Huh..... saya rasa, kita patut pergi ke tempat lain dulu. Nak ke taman?

Boboiboy : Boleh je.

Mereka berdua pun pergi ke taman permainan yang sama seperti ketika Boboiboy Series. Ingat episode beberapa terakhir Musim 1 dan Episode Boboiyot Air? Hah, taman yang tu.

Nostalgia betul si Boboiboy tu melihat taman itu. Langsung tak ada perubahan walaupun dah 2 tahun lamanya berlalu.

Merek berdua pun duduk di atas palang yang banyak banyak tu yang macam waktu Gopal buat aksi gymnastik tak berbayar tu.

Boboiboy : Diorang berdua tu memang dah buat benda macam tu dah lama ke?

Boboi(2) : Boleh tahan juga lah. Sejak aku 10 tahun lagi.

Mereka berdua dah mula selesa untuk menggunakan aku kau.

Boboiboy : Kau tak buat apa apa ke?

Boboi(2) : Selalunya kawan kawan aku yang selalu back up aku selalu. Tapi, sekarang diorang dah pergi ke Universiti masing masing. Yaya mula ambil aliran untuk dapar kerja doktor tu, Ying mahu jadi atlet negara, dan si Fang tu dah sambung belajar ke Jepun, ikut Abang dia. Gopal aku tak tahu lah.

Jadi di dunia ini kawan kawannya sudah pergi ke impian masing masing.

Boboiboy : Oh ya, tadi, kenapa kau tak guna kuasa je untuk lawan dengan Adudu tadi?

Boboi(2) : Hm? Kuasa? Kuasa apa?

Jawapan klonnya itu membuatkan Boboiboy terkejut. Boboiboy melihat ke arah klonnya itu dengan muka tak sangka.

Boboiboy : Kuasa kau lah. Gempa, Taufan, Hali, dan yang lain?

Tapi, klonnya hanya melihat ke arahnya dengan muka bingung.

Boboi(2) : Gempa? Taufan? Hali? Yang lain? Kuasa? Aku tak faham lah.

Dia menjawap seperti apa yang berlaku padanya tidak berlaku kepadanya.

Boboiboy : M-macam mana dengan Ochobot?

Boboi(2) : Ochobot? Maksud kau kucing aku?

.........

Oh. Boboiboy dah mula faham apa dimensi yang dia terperangkap sekarang ni.

Boboiboy : Jadi, dunia ni adalah apa jadi kalau Ochobot dan Adudu asli tak datang ke bumi.

Tanpa dia sedar, dia tersebut benda itu kuat kuat.

Boboi(2) : Adudu dan Ochobot asli datang ke bumi?

Ah sudah. Habislah dia.

Boboiboy : Arhhhh..... erm......

Boboiboy menggaru belakang kepalanya, cemas dan gugup. Dia dah terlepas cakap.

Boboiboy : Huh....... boleh kau simpan rahsia?

Boboi(2) : Simpan rahsia? Er.... boleh je. Kenapa?

Perlahan lahan, Boboiboy membuka topengnya, dan memperlihatkan wajah disebalik topeng itu.

Ia membuatkan klonnya sangat sangat terkejut.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Onde histórias criam vida. Descubra agora