Misi : "Diez" Part 3

295 42 9
                                    

Storm berlari ke arah Dos, dan menendangnya. Dos terpelanting kebelakang, tapi berjaya berdiri lagi.

Storm(Taufan) : Woi! Kuat sangat tu Hali! Dia kan perempuan!
Storm(Hali) : Perempuan ke tidak, kalau diorang jahat, sama je hinanya dengan sampah masyarakat.

Dos berlari ke arah Storm, dan ingin menumbuknya, setelah tahu yang Storm kebal dengan elektriknya. Tapi, Storm mengelak, menangkap tangan Dos, dan buat perkara yang sama dengan apa yang dia buat ke Ridzuan.

Dos : Erk!

Dos memandang Storm dengan wajah bengis.

Dos : DIEZ! LAWAN LAH JUGAK! JANGAN DOK TERCEGAT JE DEKAT SITU TU!!!

Ridzuan hanya mampu menghembus nafas kesal. Ridzuan memacukan jari telunjuk dan jari tengahnya, dan berlari ke arah Storm. Dia ingin memengsan kan Storm, tapi, diorang memang tak belajar dari kesilapan. Storm menangkap tangan Ridzuan, dan menggunakan jari Ridzuan, meletakkannya ke leher Dos, dan akhirnya, membuat Dos pengsan.

Storm : Korang memang tak belajar dari kesilapan kan?

Storm berdiri, dan mencampak Ridzuan ke arah banggunan di tepi mereka. Badan Ridzuan terhentak ke banggunan itu.

Ridzuan : Erkg!!!

Storm berjalan ke arah Ridzuan, memandang ke bawah, memandang Ridzuan yang terduduk itu. Pandangan psychopath terselah di muka Storm. Ridzuan terasa diancam.

Musuh mereka kali ni tiada data. Tiba tiba je muncul, tanpa apa apa data yang perlu mereka ketahui seperti skill, kelajuan, kuasa dan apa apa. Sebab tulah Dos dan Ridzuan kekok bila lawan dengan Storm.

Storm : Kalau kau tak nak lawan dengan Ali, kenapa masuk ke dalam kumpulan UNO ni?
Ridzuan : A-apa?

Storm tersenyum kecil mendengar soalan itu.

Storm : Kau tak nak bermusuhan dengan Ali, tapi still jadi musuh kepadanya. Kau bukan buat satu hati je retak. Tapi dua. Ingat Rudy? Dia pandang kamu seperti seniornya, seperti UNO. Tapi, kamu juga membelot M.A.T.A. Sekarang, UNO dah tak ada. Siapa lagi yang dia nak lihat sebagai wiranya?
Ridzuan : S-saya-
Storm : Shhhhhhh

Storm menutup mulut Ridzuan dengan tangannya. Storm tak perlu mendengarnya. MA.T.A yang perlu dengar, bukan dia. Storm mengambil tangan Ridzuan dengan tangannya lagi satu.

Storm : Aku tak perlu mendnegarnya. M.A.T.A yang perlu. Sekarang, Goodnight Ejen Ridzuan.

Storm menggunakan jari Ridzuan, dan menetak leher Ridzuan, menyebabkan Ridzuan pengsan.

Setelah Ridzuan pengsan, Storm menggunakan kuasa Thorn, dan mengikat Dos dan Ridzuan bersama sama menggunakan akar berduri. Storm melihat ke atas banggunan, dan tersenyum.

Storm : Boboiboy kuasa dua!

.
.
.
.
.
.

Ali masih lagi sibuk berlawan dengan Tres. Sies dan Siete pulak dengan muka bosannya, cabut helmet diorang dan makan popcorn sambil tengok dua ekor tu berlawan sebab Tres nak lawan Ali sorang diri.

Sies : Bukannya dia tu kuat sangat pun nak berlagak nak habiskan budak kecik tu sorang diri.
Siete : Kannnnnn. *makan popcorn*

Tres melepaskan tumbukannya, dan menyerang Ali. Tapi, dengan cepat, Ali mengelaknya. Semua berkat latihannya dengan Alicia. Walaupun dia dah tak ada IRIS, tapi, sekurang kurangnya, dia dah pandai mengelak serangan lawan.

Batu batu banggunan yang agak besar melayang ke arah Ali. Ali mengeluarkan Yo-yo nya, dan memutarkannya. Batu batu banggunan itu semuanya hancur. Ali melemparkan Yo-yo nya ke arah Tres, dan berlaku letupan tenaga. Tres telempar sedikit kebelakang, tapi tak cukup kuat untuk buatnya tumbang.

Tres berlari semula kedepan, tapi Ali melompat ke atas. Selepas Tres melepasi nya, Ali menggunakan gasingnya semula, dan melemparkannya ke arah Tres. Gasing gasing itu berlanggar satu sama lain, dan berada dalam posisi. Gasing itu membuat garing berwarna hijau, tapi, sebelum sempat gasing itu memerangkap Tres, Tres melompat ke atas dan mengelak. Serangan Ali gagal.

Tres : Heh. Kau dah makin hebat tanpa IRIS. Tapi..... TAK CUKUP HEBATTTTTTTTTTT!!!!!

Tres sambung berlawan dengan Ali tanpa henti. Sies dan Siete pula hanya memasang muka bosan.

??? : Korang tidurlah dulu ya.

Sies dan Siete terkejut. Tiba tiba, kepala mereka berdua dihentakkan ke satu sama lain. Kulit pipi mereka yang dipegang oleh mahluk itu, terasa seperti terbakar. Mereka berdua pun pengsan.





















619 perkataan

Hueeeee. Tty teka itu fusion antara Boboiboy apa.


Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now