Misi : Abnormal Titan

403 50 6
                                    

Boboiboy melihat tajam ke dalam mata Annie yang bergelut cuba untuk lepaskan diri dari genggaman tangan Boboiboy. Ingat, mereka masih 15 dan 16 tahun di sini. Boboiboy dah 18. Jadi, mestilah Boboiboy lagi kuat dari mereka. Terutamanya, bila Boboiboy habiskan 2 tahun membiarkan Reverse mengawal badannya.

Annie : Er.......
Bertholdt : ANNIE?!?! APA YANG KAU LAKUKAN NI?!?!

Iris merah Halilintar yang tajam beralih ke arah Bertholdt. Seperti mengancam nyawa Bertholdt, matanya tidak beralih dari dia. Bertholdt menelan ludah kelat ketika itu.

Eren : B-Boboiboy, sabar. Tak perlu guna kekerasan. Tolong turunkan Annie, please? 🙏
Armin : Er.....
Mikasa : Nak aku belasah dia ke, Ereh?
Armin : J-jangan Mikasa! Dia ada kuasa kilat. Voltnya terlampau tinggi, untuk kau sekali pun. Eren pun boleh mati kalau terkena voltan tinggi tu.
Mikasa : Jadi, habis tu kita kena buat apa?
Armin : Aku tengah cuba fikir lah ni! * bisik*
Bertholdt : R-Reiner, apa yang kita nak buat ni?!
Reiner : Manalah aku tahu!
Bertholdt : Annie sekarang macam mana?!
Reiner : Nak selamatkan pun macam mana, kilat meyambar sana sini tu! *bisik* dan kita tak boleh berubah jadi Titan di sini.
Bertholdt : Huh.....

Tiba tiba, pintu di belakang mereka terbuka. Semua orang yang berada di dalam bilik itu memandang ke arah pintu itu, termasuk  Hali dan Annie yang masih sibuk cuba lepaskan diri. Kelihatan mata yang menakutkan memandang mereka semua yang berada di dalam bilik itu. Iris merah Halilintar tidak lekang dari memandang mata menakutkan itu.

Levi : Mr. Genzi. Apa yang kau buat ni?
Hali : ........
Levi : ........

Mendapati tiada jawapan yang diterimanya dari Hali, Levi mengeluarkan pedangnya. Dengan sepantas kilat, Levi melompat ke arah atas yang lain, dan menetakkan pedangnya ke arah Hali. Tapi, dengan cepat, Hali menahan pedang Levi dengan tangan kirinya. Mata kirinyanya berubah menjadi warna emas. Gempa mengawal separuh badan Hali. Tangan kiri Hali disalut dengan tanah tangan Gempa. Tapi, tanah itu hancur akibat kekuatan tetakkan pedang Levi. Tangan Hali terluka kerana memegang pedang itu. Tapi, ianya cukup kuat untuk memberhentikan pedang itu dari menyerangnya. Levi juga turut sedikit terkejut melihat kejadian itu.

Levi : ..........

Hali hanya memandang ke arah Levi dengan wajah tanpa perasaan nya itu. Tanpa perlu cakap apa apa, Hali melempar Annie ke tanah, melepaskan dia dari genggaman tangannya.

Annie : Erk!!!

Annie baru sahaja mahu membuka mulutnya, untuk memarah Boboiboy, tapi, terhenti selepas melihat tatapan mematikan dari Halilintar.

Hali : Apa? Kau ingat, hanya sebab kau perempuan, aku tak akan sakiti kau? Kalau kau musuh, selamanya musuh. Jangan ingat hanya kerana aku dah masuk ke dalam pasukan tentera korang ni, aku tak akan bunuh korang.

Hali melihat semula ke tangan kirinya yang masih memegang pedang Levi. Bilah pedang itu tertanam sedikit ke dalam telapak tangannya akibat tadi. Hali kemudian melihat ke arah Levi.

Iris Hali mengecil, matanya membesar, kedua dua irisnya berubah menjadi warna emas. Bajunya berubah menjadi kuning dan pirang a.k.a coklat. Tanah mula melapisi tangan Gempa kembali, dan menggenggam kuat pedang Levi sehingga pedang itu hancur. Levi terkaku sementara selepas melihat kejadian itu.

Walaupun Levi adalah tentera manusia yang terkuat, nyawanya masih lagi hanya satu. Lagi lagi, bila musuh yang berada di depan mereka, bukan lah Titans, tapi hanya manusia biasa yang memiliki kuasa yang dia tak pernah lihat sebelum ini. Silap langkah, mungkin dia akan mati (spoiler) sama seperti dia hampir mati waktu nak bunuh zeke dekat season 4 tu :v tapi si monyet tu selamat pulak. Dia masih belum mengetahui sepenuhnya kebolehan seorang manusia di depannya itu.

Gempa : Maafkan saya captain, kerana membuat kecoh di sini.

Gempa menunduk hormat, dan berubah semula menjadi Boboiboy. Darah masih menitik dari tangannya.

Levi : Tak apa. Cuma, jangan lakukannya lagi. Dan, nak saya balutkan tu?
Boboiboy : Ya, captain.

Skip, 30 minit kemudian, tangan Boboiboy sudah di balut oleh Levi.

Boboiboy : Tsk!
Thorn : Sakit sangat ke Boboiboy?
Boboiboy : B-boleh tahanlah....
Thorn : Hm..... ni dalam ni. Biar Thorn rawatkan!

Thorn pun blah nak siapkan barang barang untuk rawat tangan tuan dia tu.

Boboiboy : Hehe. Er.... Hali, Gempa. Korang tak apa apa?
Hali : Tak apa apa. Thorn dah rawat kitorang dah.
Gempa : Ya. Boleh tahan cepat ubat Thorn pulihkan luka ni. Dah nak sembuh dah ni. 
Boboiboy : Baguslah....
Thorn : Dah siap!

Thorn kembali ke mereka dengan membawa mangkuk batu lesung yang penuh dengan ubat buatan air tangannya. Gempa mengambil mangkuk itu dari tangan Thorn, dan mula merawat tangan Boboiboy. Dengan lembut sedikit demi sedikit tangan Boboiboy dirawat oleh Gempa.

Gempa : .......... Tolong hati hati lepas ni..... tolong jangan buat tindakkan bahaya macam tu lagi......
Boboiboy : ....... maaflah dah buat korang risau......

Tiba tiba, pintu bilik itu dibuka secara mendadak, membuat Boboiboy ter snap kembali ke dunia nyata. Semua orang yang berada di dalam bilik itu melihat ke arah pintu. Kelihatan Petra yang sedang tercugap cugap cuba membetulkan nafasnya semula.

Petra : CAPTAIN!!! DINDING ROSE DISERANG TITANS!!!! KEBANYAKKAN TITANS ADALAH TITAN ABNORMAL!!!!
Levi : APA?!?!

Levi melompat keluar dari tingkap bilik itu dan terus berlari naik ke atas banggunan tinggi yang berada tidak jauh dari sana. Benar. Sekumpulan besar Titan-Titan yang kebanyakkannya bersaiz 14-15 meter dan sebahagian besarnya adalah Titan Abnormal, berjalan mendekati kawasan mereka dari jauh. Semua penduduk lari lintang pukang cuba menyelamatkan diri. Boleh kelihatan beberapa skuad penjaga dinding terbang dengan maneuver gear mereka cuba membunuh titan titan itu. Ada beberapa titan yang telah tumpas. Tapi, jumlah mereka masih banyak.

Levi : TSK!!!!

Levi berlari semula ke arah bilik itu.

Levi : BERSEDIA SEMUA!!!! KITA AKAN MENYERANG TITANS!!!!!
All-Levi : BAIK CAPTAIN!!!!






888 perkataan

Hue, Boboiboy tak sedia apa apa lagi dah kena lawan titan. Kesian.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now