Misi : Rumah lama

241 39 13
                                    

Pak cik teksi itu pun membawa Boboiboy ke kawasan perumahan rumah lamanya di Kuala Lumpur itu sesuai janji.

Pak cik itu memakai spek mata hitam, membuatkan Boboiboy tidak dapat melihat matanya.

Masih ingat yang Boboiboy tinggal di Kuala Lumpur sebelum pindah ke Pulau Rintis?

Dalam sepanjang perjalanan, Boboiboy tak tahu mahu gembira atau benci, kerana semuanya mengingatkan dia dengan masa lalunya, ketika masih di Kuala Lumpur.

Boboiboy : Tch......

Pak cik teksi itu sendiri, pelik melihat Boboiboy yang seperti ada masalah hidup. Dengan muka gelisah semuanya. Macam baru merompak pun ada.

Pak cik teksi : Adik? Adik ok?

Boboiboy : Hm? Oh, ya, ya. Saya ok. Cuma, ada benda yang baru berlaku je.

Pak cik teksi : Kalau adik nak, adik boleh bagitahu Pak cik. Mungkin untuk ringankan beban adik sikit. Kalau adik nak lah. Pak cik janji Pak cik akan mampu simpannya untuk adik. Lagi pun, kita tak tahu jika kita akan bertemu lagi ataupun tidak.

Boboiboy terdiam sementara. Pak cik teksi itu pun pelik bila tiada jawapan yang diberi olehnya. Pak cik teksi melihat ke belakang menggunakan cermin tengah, dan melihat Boboiboy tertunduk ke bawah.

Pak cik teksi : Adik?

Boboiboy : Betul ni?

Pak cik teksi : Betul dik. Pak cik janji. Apa gunanya jika kita tak bantu seseorang yang dalam kesusahan bila kita mampu, kan?

Boboiboy tidak tahu mahu berkata apa ketika itu. Simpati bercampur terharu membuatkan fikiran bercelaru sementara. Boboiboy akhirnya menutup wajahnya dengan kedua dua tangannya, dan mengangkat kepalanya.

Boboiboy : Arrrrhhhhggggg!

Pak cik teksi : Adik? Adik ok ke tu?

Dia mahu je melihat kebelakang, tapi, dia tahu tanggungjawapnya memandu ketika itu. Dia takut dia kehilangan kendali, terumanya bila dia berada di bandar yang sibuk ketika itu.

Boboiboy : Kalau saya bagitahu Pak cik pun, mesti Pak cik tak akan percaya. Ianya cuma...... terlalu rumit.

Pak cik teksi : Tak apa dik. Bagitahu je, luahkan semuanya. Pak cik janji yang semuanya akan ok. Kita tak akan tahu apa yang orang lain lalui, walaupun ianya kedengaran merapu.

Boboiboy : ......... Saya dah tak tahu lagi dah Pak cik. Semuanya.... saya dah tak tahu apa nak percaya lagi dah. Saya bukan dari dunia ni. Saya dari dunia macam ni juga, tapi tak sama. Saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana. Tapi, lebih kurang macam tu lah.

Boboiboy menarik nafas, sebelum menyambung nya semula.

Boboiboy : Semua orang yang saya jumpa, semuanya langsung tak boleh saya percaya lagi. Semua orang asyik lupakan saya, semua benda yang saya dah buat, tinggalkan saya keseorangan, saya.... saya..... saya dah penat Pak cik......

Boboiboy menutup wajahnya dengan kedua dua tangannya, cuba menutup semua air mata yang tiba tiba keluar waktu menceritakan semua tadi tanpa dia sedar mula mulanya.

Boboiboy sendiri tak tahu kenapa dia percayakan Pak cik itu, orang asing yang dia tak pernah jumpa pun sebelum ni, dengan masalahnya sekarang ni, walaupun dia tak cerita sepenuhnya lah.

Pak cik teksi : Tahniah dik.

Boboiboy : Huh?

Pak cik teksi : Tahniah sebab dah berjaya luahkannya, walaupun pada orang asing macam Pak cik ni. Jangan risau. Pak cik percayakan kamu. Apa yang penting sekarang ni, kamu dapat lepaskan sedikit masalah kamu.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now