Misi : Kokotiam

252 47 12
                                    

Klonnya menarik dia sepanjang jalan, sehingga mereka tiba di kokotiam.

Damn, Boboiboy sangat rindukan tempat ni.

Boboi(2) : Tunggu sini dulu eh? Biar saya siapkan semua benda dulu.

Klonnya pun pergi meninggalkannya sendiri. Sementara itu, Boboiboy melihat ke sekeliling tempat itu. Semuanya membuatkan Boboiboy nostalgia. Dia sangat rindukan Pulau Rintis.

Boboiboy : Tempat ni...... langsung tak berubah.....

Boboiboy menyentuh kerusi dan meja di sana. Semuanya mengimbau balik zaman dulu dulu, semasa masih di sekolah rendah, dengan semua kawan kawannya. Hanya hidup sebagai budak biasa, walaupun masih ada tanggungjawap menjaga bumi.

Selepas kejadian bersama Borara, itulah titik terakhir dia merasa jadi budak normal. Yang ada di gikirannya, hanyalah menyelamatkan semua. Dengan TAPOPS, M.A.T.A semua lagi. Mak Ayahnya, kawan kawannya, atasan atasannya.

Tak peliklah Blaze selaku asyik terlepas kendali. Semua benda itu membuatkan Boboiboy stress.

Sekarang ni, apa yang ada di fikirannya, hanyalah ketenganan. Dia sedikit berterima kasih dengan Alternetbot bawa dia ke sini. Dia kembali semula ke tempat dia bermula. Walaupun dia tahu ianya bukanlah dunia yang sama.

Boboi(2) : Saya kembali!

Klonnya telah kembali dengan memakai apron khas kedai kokotiam itu. Nampaknya kokotiam ni dah ada apron design baru nampaknya, haha!

Klonnya pun masuk ke dalam banggunan kedai itu dan terus buat kerja.

Dia masukkan serbuk koko ke dalam cawan, letak air panas, dan mula mengacaunya dan main tarik tarik macam buat teh tarik.

Rindu Boboiboy tengok cara klonnya itu buat air special hot koko betul betul di depannya itu. Seperti melihat Atuknya sendiri yang guat di depannya.

Dalam hati, Boboiboy dah kata, "Rindu sangat aku ni dengan Tok Aba". Mana tak nya. Dia dah habiskan hampir seluruh hidupnya dengan Atuk kesayangannya itu. Terutamanya bila dia satu satunya cucu Tok Aba. Dan Tok Aba ada satu satunya Atuknya.

Dia tak sempat nak berjumpa dengan Atuk dan Nenek belah Maknya. Sebab mereka dah meninggal sejak sebelum dia lahir lagi. Dia sempat bersama sekejap sahaja dengan nenek belah ayahnya, sehingga dia meninggal ketika dia berusia 7 tahun.

Walaupun kenangan kecil, ianya tetap berharga.

Boboi(2) : Siap!

Satu special hot chocolate asli berada di depannya sekarang. Selepas baca bismillah, dia pun menghirup air di depannya itu.

Rasa yang nostalgia. Rasanya masih sama seperti last yang dia ingat.

Boboiboy : Sedapnya!

Boboiboy hanya membuka topengnya hanya paras mulut sahaja. Bahagian atas masih tertutup. Jadi, klonnya masih tidak dapat melihat penuh mukanya.

Boboi(2) : Hehe. Terima kasih. Untuk Encik, saya bagi percuma! Sebab Encik pertama kali datang ke sini.

Boboiboy : Ye ke? Terima kaish banyak banyak. Oh ya, lagi satu. Kenapa kedai ni nampak macam tutup ya?

Boboi(2) : Memang tutup pun hari ni. Sebab stock koko habis. Saya kena buat stock koko banyak banyak dulu sebelum dapat bukak kembali esok.

Boboiboy : Oooooo bagus lah tu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kita kembali ke luar angkasa. Kelihatan Reverse yang sedang melihat keadaan Boboiboy. Dia melepaskan nafas lega.

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now