Misi : Dimensi 6 : ???

441 55 75
                                    

Boboiboy pun keluar dari portal itu. Kelihatan seperti dia berada di dalam hutan. Boboiboy jatuh agak tinggi jugak sebab portal tu muncul dekat langit. Nasib Boboiboy tak cedera. Bertuah punya portal.

Boboiboy pun duduk sementara di bawah pokok akibat kepenatan menggunakan kuasa voltra.

Kembali ke luar angkasa, kelihatan Reverse yang berada dalam mode mata putihnya. Bermaksud, dia cuba masuk ke dalam dunia jam Boboiboy. Tapi, kelihatan setitis air mata jatuh dari matanya itu.

Fang : Kenapa Reverse menangis?
Ali : Entah. Tapi, nampaknya dia buat lagi.
Fang : Buat apa?
Ali : Dia bagitahu aku, kalau mata dia jadi putih macam tu, bermaksud dia masuk ke dalam jam kuasa Boboiboy.
Fang : Dia boleh buat macam tu?
Laura : Ya, dia memang boleh. Boboiboy pun sama. Disebabkan Reverse masih lagi sebahagian dari Boboiboy, dia boleh lakukan apa yang Boboiboy boleh. Dia juga boleh telepati dengan Boboiboy, disebabkan mereka masih lagi satu.
Fang : Ooooooo. Tapi, kenapa dia menangis?
Laura : Mesti ada sesuatu yang berlaku pada budak elemental tu. Kita tak tahu. Hanya Reverse yang tahu. Dan kalau betul, mestilah dia risau. Dia kan dah anggap Boboiboy seperti abang kembar dia.

Fang dan Ali hanya menggangguk mendengar penjelasan Laura.

Kembali ke dunia jam kuasa Boboiboy, kedua dua Reverse dan Boboiboy berada di dalam jam kuasa Boboiboy. Tanpa amaran sikit pun, Reverse berlari ke arah Boboiboy dan memeluknya kuat.

Rev : BOBOIBOY!!!! SELAMAT KAU TAK APA APA!!!!

Reverse memang menangis teruk. Habis kedua dua matanya jadi merah sebab nangis banyak sangat.

Rev : BOBOY TAHU TAK YANG REV RISAU MASA BOBOY KENA TELAN DENGAN RAKSASA TU TADI?!?!

Reverse memeluk erat Boboiboy, seperti tak mahu melepaskannya. Boboiboy hanya mampu mengusap belakang Reverse, menenangkannya.

Boboiboy : Hei hei, shhhhh shhhhh..... jangan nangis Rev, abang tak apa apa.
Rev : Hisk.... Rev ingat... Rev kehilangan Boboy tadi.... hisk....
Boboiboy : Shhhhhh..... tak apa, Rev, jangan nangis please.... for me?
Rev : *sedut hingus* O-ok....

Reverse masih lagi tidak melepaskan Boboiboy. Boboiboy faham, dan membiarkan Reverse memeluknya. Yelahkan, Reverse masih baru. Baru je dapat jadi keluarga dengan dia. Of course lah dia risau. Boboiboy kan hampir mati tadi.

Lebih kurang 10 minit selepas tu, barulah Reverse melepaskan Boboiboy. Reverse pun berlari ke arah Hali pulak.

Rev : HALI!!!! ABANG HALI OK TAK?!?!?!
Hali : E-eh?! Apa ni peluk peluk aku ni?!

Hali cuba menolak Reverse dari badannya, tapi, kekuatan Reverse memang bukan calang calangnya bagi Hali. Tak terlepas langsung!!! Bergerak pun tak!

Rev : Rev risau ok?! Hali ingat Rev tak risau ke tengok Hali kena telan tadi?!
Hali : R-Rev boleh nampak kami?
Rev : MESTILAH BOLEH!!! HALI KENA TELAN HIDUP HIDUP DENGAN RAKSASA HODOH TU!!! HALI DAN BOBOY HAMPIR MATI TAU TAK?!?!

Rev memeluk Hali makin kuat. Hali, cuba sekali lagi untuk lepaskan Rev dari badannya, tapi, malangnya Rev terlalu kuat untuknya. Hali melihat ke arah Gempa. Tak sanggup dia nak renjat budak satu tu. Gempa hanya tergelak kecil.

Gempa : Biarkan lah dia. Dia risaukan kau tu. Dia mungkin sama rupa macam tuan dan kita, tapi mentaliti dia masih macam kanak kanak. Dia batu je wujud selama 2 tahun, dan baru je dapat rasai macam mana ada keluarga. Mesti lah dia risau, tengok kau hampir mati.

Hali melihat semula ke arah Rev. Rev tertidur di dalam dekapannya itu. Air mata masih mengalir dari matanya. Matanya sebam. Memang jelas yang Reverse dah lama menangis.

Tiba tiba, Taufan satang dan memeluk Hali dari tepi.

Hali : Hoi, apa kau buat ni?
Taufan : Hehe 🌚

Thorn pun turut datang dan peluk Hali dari belah satu lagi. Thorn menjelirkan lidahnya, seperti mengusik Hali.

Hali : H-hoi, apa ni?

Serangan mengejut diberikan oleh kembar Ice dan Blaze dari belakang. Mereka berdua memberi jelingan nakal kepada Hali.

Hali : Woi, lepaskan aku lah!

Gempa pun ikut mencelah dan memeluk mereka juga. Gempa menjeling ke arah Solar yang hanya tercegat seperti batu di tepi. Solar cuba kekalkan cool dia, dan menolak cermin matanya yang hampir jatuh dari mukanya itu.

Solar : E-ehem....
Gempa : Marilah sini Solar. Kenapa dok tercegat je kat situ tu.
Taufan : Solar malu ehhhhhh *suara menyakat*
Solar : M-mana ada!
Thorn : Malu lah tu nak hilangkan cool dia tu. Bukannya kacak mana pun. Dah bergaya macam tu pun kalah dengan Hali lagi.
Solar : *tersentap menusuk kalbu* H-HEI!

Thorn menarik tangan Solar, dan menarik dia ke arah mereka semua, dan memeluk Solar, membuat Solar terpeluk yang lain.

Thorn : Hehe~
Solar : Hm.... yelah.

Boboiboy pun melihat kesemua elemental yanb sudah dianggap seperti adik beradik nya itu berpelukkan dari jauh. Nampaknya, jawatan adik bongsu dah beralih ke Reverse. Solar dah jadi abang AHAHAHAHAHAH-

Boboiboy pun keluar dari dunia jam kuasanya itu dan berjalan cuba mencari jalan keluar. Dia nampak seperti ada cahaya yang datang dari jauh. Dia pun berlari ke arah cahaya itu dan menolak semua daun ke tepi. Boboiboy terkejut melihat dimana dia berada sekarang.

































































































Boboiboy : C-Cyberaya?











792 perkataan

............. dah paham sekarang?

OK, SEBAGAI TAMBAHAN SEBAB AUTHOR KEBOSANAN YA AMAT, BOLEH TAK KORANG JAWAP SOALAN SOALAN AUTHOR NI? SIKIT JE, AUTHOR JANJI.

1) Apa yang korang suka pasal series EAC ini?

2) Karakter mana yang korang paling suka dalam kesemua OC Author? Tidak termasuk karakter dari monsta.

3) Apa yang korang suka pasal Reverse yang Author buat untuk cerita ni?

4) Apa pendapat korang pasal series ni?

5) Adakah korang suka cerita karangan antaberantah dari budak 15 tahun ni?

6) Apa yang berlaku pada hidup korang sampai sanggup baca sampai season 5 ni?

Ok, sekarang korang boleh tanya soalan pada Author dan karakter karakter dalam buku ni! Termasuk oc Author dan karakter dari monsta! Isi di sini, Author nak buat Q & A kecil kecilan, sebab kebosanan hakiki :

[SOALAN ANTAH BERANTAH KORANG]

Korang boleh bagi sebanyak mana yang korang nak! 10, 20 soalan pun tak apa! Isi please, Author sunyi, dah lah tidur pukul 1 ke 2 batu terlelap qwq

Ejen Ali Crossover Season 5 : Black Wings (COMPLETE)Where stories live. Discover now