*****

     Hezrick dan Zieymo melangkah keluar menuju ke meja di tepi kolam. Seronok bersantai di bawah cuaca yang elok ini. Angin agak kencang bertiup sehingga menggoyangkan dahan-dahan pokok di luar tembok pagar. Tenang saja bunyinya.

     Kerja di pejabat masih dapat dikendalikan pekerja-pekerja walaupun Freddy sedang bercuti. Dia langsung tidak perlu risau kerana setakat ini, syarikatnya lebih daripada stabil.

     "Kau tak perasan sesuatu ke?" soal Zieymo yang duduk bertentangan dengannya.

     Hezrick mengangkat sebelah kening.

     "Aku pelik dengan perangai Enrique. Fred pun sama. Dua orang tu macam ada sembunyikan sesuatu daripada kita. Dahlah tak ada ribut, tiba-tiba nak kahwin serentak."

     "Biasalah tu, dua-dua nak berubah. Mana tahu bila dah ada bini sekarang dia orang akan lebih bertanggungjawab, kan?" jawab Hezrick tenang.

     "Bertanggungjawab?" Zieymo tersenyum sinis.

     "Aku kenal Enrique, keturunan Scilert semua sama je pentingkan diri. Otak terlebih guna sampai sanggup buat semua benda demi kepuasan. Lebih baik untuk tak bagi muka pada dia. Jangan sampai satu hari nanti, kau pun dia tikam," sambung Zieymo panjang lebar.

     "Aku masih percayakan dia," kata Hezrick bersama anggukan kecil sambil memandang kamera litar tertutup yang terlekat di tiang berdekatan. Dia tahu Enrique sedang memerhati dan mendengar semua perbualan ini. Mata lelaki itu berada di mana-mana sahaja.

*****

     "Memang patut pun kau percayakan aku. Pengorbanan aku paling banyak dalam keluarga ni. Kau orang semua takkan boleh hidup lama tanpa aku."

     Enrique yang sedang duduk di sebuah sofa single itu mula bersandar sambil menghadap skrin besar yang memaparkan banyak lokasi semasa.

     Dia yang sedang memakai kaca mata anti sinaran biru itu tersenyum sinis melihat lapan skrin besar yang terlekat di dinding bilik komputer itu. Menjadi penjenayah adalah pilihannya. Mendapatkan pembelaan daripada pihak berkuasa adalah pencapaian kecilnya.

     Masih ada sesuatu yang melekat di fikirannya iaitu Freddy. Tidak tenang dia melihat kebahagiaan Freddy walaupun tidak begitu ketara. Lelaki itu seakan sengaja ingin menunjuk belang di hadapannya.

     "Kenapa ek aku dengan dia tak serapat dulu?" soal Enrique sendiri.

     "Tak mungkin sebab kau dah ada Miya. Ricky dah ada Kayla dengan Hez tapi dia okey layan aku macam biasa..." Enrique diam merenung Freddy yang juga berada di dalam sebuah skrin televisyen sedang menaip sesuatu di komputer. Lelaki itu sedang menjauhkan diri?

     "Semua settle bos..." Ejad memasuki ruang bilik yang besar itu.

     Enrique menyambut huluran ipad. Surat yang tertera dibaca tenang. Dia tersenyum sinis melihat nama salah seorang pelanggannya. Kebanyakan pelanggannya adalah daripada pembunuh bersiri. Dia berpuas hati, permulaan perniagaan ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

*****

     Miya mengambil tempat di sebelah Freddy yang sedang membuat kerja di bilik mereka. Sudah lebih lapan jam Freddy duduk di kerusi itu. Tidak lenguhkah pinggang atau punggung lelaki itu?

     Hidup Freddy penuh dengan tugasnya sebagai seorang pekerja penting syarikat Hezrick sehingga hari cuti juga dihabiskan dengan menyiapkan kerja. Tapi tidak mengapa, Freddy sudah berjanji ingin mengambil cuti beberapa minggu dan membawanya berbulan madu di luar negara.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now